Wednesday, 19 December 2012

Pantang larang makanan...
Sejak melahirkan ( ce... wah...sopan je ayat ...) takkan nak tulis beranak..(ops sungguh kurang sopan) banyak makanan yang aku telah tinggalkan bukanlah bermakna tinggalkan terus tapi kalau teringin sangat sekadar rasa je tak bolehlah nak hadap semahu mahunya..... bukan apa bila makan akan membawa mudarat pada badan. Mudarat tu maksudnya demam atau sakit-sakit badan ... cam tu lah lebih kurang. Orang lain pantang selepas bersalin sahaja tetapi aku pantang sampai bila-bila. Lagipun bagus jugak sebab secara tidak langsung aku tak sentuh makanan yang sejuk, berangin dan berbisa 
( makanan pun ada bisa oulls).

Sayur-sayuran



Tumbuhan yang menjalar seperti kacang panjang, kacang boncis dan timun.
Rebung sangatlah berbisa dan tajam kalau boleh elaklah dari makan rebung tidak elok untuk bahagian intim. Selalunya mak bidan akan berpesan perkara yang sama, tumbuhan yang menjalar jangan makan kerana sejuk tidak elok untuk kesihatan wanita.
Taugeh dan Terung pun aku langsung tak boleh makan, kalau makan kat kedai aku selalu pesan jangan letak taugeh biasanya akan ulang 2 x kalau letak jugak alamatnya ko buat lain lah ye tak kosa aku nak makan. Kalau terlupa nak pesan pepandailah pilih dan buang sendiri.

Buahan- buahan


Buah yang menjalar seperti tembikai, tembikai susu dan labu
Buah betik dan nenas juga tidak elok untuk bahagian intim
Buah nangka dan cempedak berangin

Ikan 


Ikan pari pantang seumur hidup, tak tau la apasal berbisa sangat, pernah cuba makan sakit satu badan sampai demam. Kalau masak asam pedas kuah asam pedas tu pun aku tak boleh makan sakitnya sama macam makan isi ikan. Family aku memang tak makan ikan pari ma tak pernah masak tapi bila dah kawin en suami  suka dah mengikut ke anak-anak tapi setakat ni aku tak pernah masak kat rumah kalau diorang makan selalunya kat kedai.

Sebenarnya untuk mengelakkan badan sakit-sakit dan sensitif pada makanan sejuk dan berangin ni mudah sahaja, amalkan pengambilan majun, kaip fatimah atau ubatan tradisional  yang boleh memanaskan badan. Aku semenjak dua menjak ni je dah kurang amalkan makan manjakani,kacip fatimah atau majun dulu aku digelar ratu jamu kat opis pagi-pagi dah  makan jamu, kalau tak makan sehari rasa pelik tak sempurna hidup.

1 comment:

Zailia Masayu said...

Same goes here ;)maybe sebab dah biasa pantang2 dr kecik
Even anak bongsu dah umur 5tahun,sy still pantang all those food yg sis mention above.
Biarlah org kata kolot ke ape,dalaman kita x taw bdn kita mcm mane.especially our private parts.