Baru je nak mencuba tengok ramai sangat orang makan akak pun nak gak cantik muda sokmo. Lebih baik makan kolagen asli lebih murah bebas dari bahan kimia. Kalau buat sendiri macam ni dah sah-sah asli tiada campuran. Akak tak sabar nak tengok hasilnya jangan terkejotttt nanti tengok muka akak bersinar -sinar dan tegang .....wahh overr gitu.. puiii banyak ler ko punya tegang .....eh tapi kalau dapat hilangkan kedut-kedut seribu yang ada kat muka ni kan bagus tak yah gi enjet botok, ko caya ke sampai tahap tu akak sanggup untuk kelihatan cantikkk tengok jarum pun dah menggigil ( ni cerita rekaan semata-mata).
Bila udah berumur ni mulalah sibuk nak menjaga muka dulu tak kesah pon...ye la dulu
mana ada kedut ......ko jangan lah taksub sangat makan kolagen leh hilangkan kedut bagai.......mungkin dapat mungurangkan kedutan dan melembapkan kulit bila kulit lembap maka kuranglah kedutan tu.....
Ginilah rupa kolagen ....
Kolagen yang telah di rendam semalaman
Rendam semalaman sebelum direbus. Basuh berkali-kali pastikan benar-benar bersih.
Selesai di rebus kolegen menjadi seperti agar-agar simpan dalam bekas bertutup dalam peti sejuk. Sehari makan 3-4 sudu besar setiap pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur. Pastikan minum air banyak kalau tak tekak akan kering dan dahaga sokmo.
Kolagen yang telah dimasak rasa macam agar2 yang tak de warna tu untuk masker pakai
setiap malam sebelum tidur ....
Masker wajah
Caranya cuci bersih wajah, lebih elok jika diwapkan barulah sapu kolagen buat tidur dan cuci apabila bangun pagi supaya kulit menjadi halus, lembut, anjal dan cerah. Amalkan selalu untuk hasil yang menawan. Kalau nak guna kat muka jangan diletak warna pulak ye...
Khasiat Rumpai Laut Asli
*Bertindak sebagai antibakteria dan berupaya memecahkan toksin
*menghilangkan sembelit dan boleh menyembuhkan buasir
*mengurarangkan tekanan darah tinggi dan hypertension
*Merawat mencantikan dan menegangkan kulit
*Sesuai untuk ibu mengandung untuk mendapatkan kulit bayi yang cantik
*Melancarkan perjalanan darah
Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit. Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua peringkat usia.
KOLAGEN - 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan yu dan 24% kolagen ini bersamaan
denggan 2 keping sarang burung layang-layang.
KALSIUM - 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.
ANTIOKSIDA - 550 kali lebih kuat dari vitamin C.
VITAMIN A - 40 kali lebih hebat dari Beta Carotine atau 638 kali lebih hebat dari daging lembu.
PROTEIN - 21 kali lebih banyak dari susu.
OMEGA 3 DAN OMEGA 6 - 2326 kali lebih banyak dari ikan.
Rumpai laut mempunyai kandungan iodine yang tinggi, berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum, yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang. Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh sepertikalsium, magnesium, potasium, Vitamin B6, B12, C, A, omega 3 dan antioksidan. Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.
Elakkan dari mengambil minuman berkarbonat, kopi Nescafe dan teh secara berlebihan dalam masa 4 jam untuk mendapatkan kesan kolagen sebenar
Thursday 31 January 2013
Monday 28 January 2013
Cara Mengurangkan Stres Oleh Dr Bubbles
Cara Mengurangkan Stres Oleh Dr Bubbles
Dalam hidup ini semua orang mengalami masalah stres tak banyak sikit....tak sikit banyak..... dan apa yang penting cara kita menanggani stres tersebut, kerana jika silap langkah akan membawa mudarat dalam kehidupan. Moh kita tengok beberapa cara yang dapat mengurangkan stres.
Tuan Iskandar yang berkelulusan Chemial Engineering
Memilih menjadi Badot sebagai kerjaya yang menghiburkan kanak-kanak
di hospital dan mangsa bencana alam dan terlibat dengan aktiviti sukarelawan.
Macam Aflin Syauki
1. Ketawa
Ketawa secara semulajadi atau ketawa yang dibuat-buat selama 15 minit sehari dapat
mengurangkan stress kerana ketawa merendahkan hormon stres( kortisol)
Ketawa juga dapat meningkatkan hormon penahan sakit ( endorfin)
Ketawa akan menyebabkan saluran darah mengembang dan membolehkan lebih banyak
oksigen disalurkan ke seluruh tubuh. Apabila kita stres, salur darah di dalam tubuh akan
mengecil.
Kajian di Jepun mendapati ketawa dapat meningkatkan melatonin dalam susu ibu, dan
mengurangkan alahan anak yang menyusu.
2.Makan limau
Makan buah limau juga boleh mengurangkan stres.
Menurut kajian yang dikongsi oleh Dr. Mehmet Oz, orang-orang yang mengambil 1000mg
vitamin C sebelum mereka memberi ucapan, didapati tekanan darah dan kadar hormon
stres (kortisol) mereka menjadi lebih rendah.
3.Mencium bau buah mangga /lemon
Mencium bau buah mangga yang masak ranum. Ia mengandungi linalool, sejenis bahan
kimia yang dapat meredakan stes. Selain buah mangga, buah lemon dan bungan lavender
juga mengandungi bahan kimia yang sama.
4.Makan Oat
Oatmeal boleh meningkatkan kadar serotonim dalam otak. Sirotonim adalah
neurotransmiter yang boleh membuatkan kita berasa tenang.
5. Minum tea
Kajian juga mendapati orang yang minum empat cawan teh ( black tea) setiap hari,
selama 6 minggu akan lebih cepat meredakan stres mereka dan mempunyi kadar hormon
stres kortisol yang rendah berbanding orang lain.
6.Kunyah chewing gum
Kajian juga mendapati dengan menguyah chewing gum kadar hormon stres kortisol
menurun sebanyak 18% dalam air liur kita. Menurut kajian itu lagi apabila kita menguyah,
pengaliran darah ke otak juga meningkat lalu membuatkan kita lebih cergas.
7.Mendengar muzik
Kajian dari University of California mendapati apabila kita mendengar muzik klasik
tekanan darah kita menurun lebih cepat dan kita lebih mudah relaks berbanding
apabila kita mendengar muzik pop atau jazz.
Muzik boleh merangsang emosi positif dan merendahkan kadar hormon stres. Kajian yang
dilaporkan dalam journal of Advance Nursing mendapati pesakit yang mendengar lagu
kesukaan mereka berasa lebih tenang sebelum mereka menjalani pembedahan.
8.Menulis
Menulis mengenai peristiwa yang menyebabkan kita stress, (kira macam ko luahkan
segala perasaan yang tak puas hati atas kertas) yang dilakukan selama 20 minit pada
2 hari yang berbeza dapat mengurangkan stres kita.
9.Membuat kerja rumah
Membuat kerja rumah seperti menyapu dapat meredakan ketegangan dalam diri, apabila
kita leka melipat kain atau membersih lantai rumah, corak pemikiran menjurus kepada
stres terganggu lalu merangsang tindakbalas relaksasi pada tubuh kita.
10.Mengurut badan
Aktiviti mengurut badan dengan menggunakan kerusi urut selama 15 minit boleh
meredakan stres dengan menenangkan sistem safar simpatetik tubuh kita.
Alternatif yang lebih mudah golekkan sahaja bola tenis pada otot tubuh kita
dengan tangan bagi mendapat kesan mengurangkan stres yang sama.
11.Berkebun
Kajian dari Belanda menunjukkan berkebun boleh mengurangkan stres. Kajian itu
mendapati aktiviti berkebun dapat merendahkan kadar hormon stres ( kortisol)
malah, ia lebih rendah daripada aktiviti membaca buku.
12.Tidur sebentar (waktu tengah hari)
Pastikan anda tidur tidak melebihi 30 minit supaya anda bangun dengan segar sekali.
Jika lebih anda boleh berasa lesu dan pening akibat 'sleep inerti'. Tidur sebentar
membolehkan tubuh dan otak berehat sebentar dan boleh mengelakkan dari serangan
penyakit jantung ( oleh itu tidurlah walau hanya 15 minit )
13.Berdoa
Apabila kita berdoa untuk orang lain, ia dapat mengurangkan stres kita. Oleh itu
kalau stres banyak-banyaklah berdoa untuk orang lain ye. Orang yang mengaminkan
doa juga dapat manfaatnya. Dalam islam sekalipun kalau kita stres kita akan berdoa
bermohon ketenangan kepadanya.
14.Berfikiran optimistik
Kajian terbaru dari Harvard School of Public Health risiko orang yang diserang sakit
jantung jauh lebih rendah berbanding orang-orang yang kurang optimistik dalam hidup.
Kajian itu mendapati ia juga benar tanpa mengira faktor umur, berat dan tabiat
merokok.

Tuesday 22 January 2013
REZEKI....
Allah boleh beri rezeki kepada sesiapa sahaja dengan tidak terhitung banyaknya.
Apa yang didapati melalui usaha kita, terdapat padanya rezeki orang lain.
Orang yang beriman yakin rezeki itu dari Allah sedangkan orang yang tidak beriman yakin rezeki itu daripada usahanya.
Ilmu telah mengubah cara kita melakukan kerja, dengan ilmu kerja menjadi mudah dan ringan ilmu adalah rezeki.
Tiada pernah rezeki itu terlambat atau terlewat menemui tuannya.
Tidak perlulah kta bersangka buruk kepada sesiapa apabila rezeki kita menjadi sempit atau berasa hebat apabila rezeki kita melimpah-ruah.
Ukuran dan sukatan rezeki setiap makhluknya sudah siap sehingga hari kiamat.
Banyak sungguh sebab yang Allah boleh datangkan kepada kita untuk mengambil milik kita untuk menjadi rezeki orang lain.
Monday 21 January 2013
Roti Goreng Telur Cheese ermmmmm
Bahan-bahan
8 keping roti
4 keping cheese
2 biji telur
Susu segar
Cara-cara
Pukul 2 biji telur bersama susu segar
letakkan sekeping cheese di tengah roti kemudian celup dengan telur
Masak roti yang telah dicelup dengan minyak yang sedikit
Sentiasa balik-balikkan tau ....
Ok siap ....
Sunday 20 January 2013
KETEREH Kampung Yang Ku Rindu....
Rindunya nak balik kampung. Rindu...rindu....rindu sangat bila teringat hanya gambar ler yang menjadi pengubat rindu. Dulu masa sekolah cuti panjang bulan 12 biasanya aku akan berada di kampung. Masa tu seronoknya tak ingat pun kat family kat KL. Bila balik kampung aktiviti aku tiada lain naik beskal round sawah padi sampai ke hujung kampung, orang kampung tengok pun pelik pehal la anak dara merayap kat sawah...anak dara kampung duduk rumah je .....seronok....seronok sangat kenangan tu.
Dah lama tak balik kampung. Sejak kawin boleh dikira berapa kali aku balik kampung, ye la bila ada cuti tentu nak balik kampung en suami, lagipun mak dengan bapak aku duduk kat KL kat kampung yang tingga hanya nenek dan saudara mara. Bila ajak en suami balik Kelantan mesti dia cakap jauh ler saya tak larat nak drive penat....ermmm alasan yang sama maklumla orang dah besa kampung dekat .....walaupun tak dapat balik, tak tau entah bila boleh balik, kampung tetap dihatiku.......aku buat entri ni khas untuk kampung yang ku rindu....
Ni gambar tahun 1999
Rumah lama nenek aku sekarang dan diroboh hanya tinggal kenangan
Pokok getah ni pun dah tak de lagi
Cantikkan pemandangan belakang umah nenek aku sekarang dah banyak berubah
Tu nenek aku dah tak sihat.... rindu kat mok
Aku suka mandi kat tali air ni buat rakit, indahnya kenangan dulu-dulu
p/s en suami....tolong bawak saye balik kampung......

Photoshoot @Taman Orkid
Jelmaan si gadis orkid........
Ok ke gaya macam ni abah......
Mood baik ni suruh apapun boleh....
Cepatlah abah ....cepatlah panas ni.......
Purple......orkid
Gaya paling ayu.....
Senyum senget......
Cepat...cepat.....lepas ni belanja makan tau abah
Aimi dengan gaya tersendiri.......
Friday 18 January 2013
Resepi Sup Ikan Jenahak
Menu Hari Cuti
Kebiasaannya kalau hari cuti pagi-pagi lagi dah masak.....senang breakfast + lunch gitu.....bertuahnya dapat binikkk yang rajin macam akak..... jimat pun jimat kannn ( jimat kerrr). Kang petang kalau lapor pepandai ler masak apa yang patut. Dan hari cuti ialah hari untuk memenuhi permintaan en suami dan anak-anak masing - masing dengan selera yang berbeza......
Sup Ikan Jenahak kegemaran en suami
Bendi masak ikan bilis bercili kegemaran sekeluarga
Sambal sotong special request dari si kerenteng.....
Sekali hadap habis licin......breakfast + lunch........
Resepi Sup Ikan Jenahak
Bahan-bahan
5 ulas bawang putih- ditumbuk
1 biji bawang besar - di potong 6
1/2 sudu lada hitam - ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntuml bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 biji buah keras
1 inci halia - diketuk
Carrot 1 biji
6 biji cili api
1 tangkai daun sup
1 sudu serbuk rempah sup adabi
Cara-cara
Tumis bawang putih, lada hitam, kayu manis, bunga lawang dan puah pelaga dengan sedikit minyak
Masukkan rempah sup dan buah keras
Masukkan air ikut banyak mana kuah yang diperlukan
Bila air dah mendidih masukkan ikan
Masukkan carrot, cili api, tomato,halia dan bawang besar
Akhir sekali masukkna garam dan sedikit serbuk perisa
Bila nak makan perah asam limau, daun sup dan taburkan bawang boreng

Thursday 17 January 2013
Spaghetti Tuna Goreng....
Esok ada majlis bacaan yasin kat ofis so kami buat pot luck memasing bawaklah makanan sendiri, aku rasa menu ni paling sesuai sebab aku boleh masak malam. Kalau nak kena masak pagi-pagi buta memang tidak ler.... tak sanggup akakkk dik nonnn...Akak suka sangat spaghetti tuna goreng ni kalau spaghetti daging dan ayam tu kurengg ..... Resepi ni pun main agak-agak je lepas makan kat cafe di City Square, dulu sanggup pergi City Square semata-mata nak makan spaghetti tuna, sekarang tempat tu dah tak wujud lagi tinggal dalam lipatan sejarah, tak kisahla jadi resepi agak-agak menjadi dan sama rasa dengan apa yang aku makan tu. Kalau nak pedas letaklah cili api banyak-banyak biar pedas meletup gitu.... Nak masak spaghetti ni mudah je tapi rasanya sangatlah super yummy.......
Bahan-bahan
1 bungkus spaghetti
1 tin tuna
10 biji cili api kira jangan tak kira
1 ikat daun ketumbar
Sedikit minyak zaitun untuk menumis
2 Biji bawang besar - potong dadu
4 biji bawang putih- dicincang
Serbuk lada hitam
Cara-cara
Rebus spaghetti dan toskan
Hancurkan tuna
Tumis bawang besar dan bawang putih
Kemudian masukkan tuna
Masukkan daun ketumbar dan cili api
Masukkan sedikit serbuk lada hitam
Gaul rata ....letak garam dan sedikit bahan perisa....
Gaul rata ....letak garam dan sedikit bahan perisa....
Wednesday 16 January 2013
Maggi Goreng Jerrrr......
Bahan-bahan
3 Bungkus maggi kari
2 biji bawang putih
2 biji bawang besar
7 Biji cili api
2 biji telur
Sayur kangkung
3 paket serbuk kari maggi
Cara -cara masak tak mau kasi tau.... buat sendiri lah ye ...takkan tu pun nak citer...
Tuesday 15 January 2013
Daging Kambing Dan Salad
Anak-anak dah kenyang en suami gi kerja, kebetulan ada daging kambing...olah serba sedikit dengan apa yang ada maka jadilah apa yang terhidang ini.....tak kisahlah asal kenyang.....alhamdulillah....
Monday 14 January 2013
Ayam Penyet yang pedas meletop...
Biasanya kalau nak makan ayam penyet kami akan pergi Restoran Ayam Penyet Wong Solo, sambal dia wow memang pedas yang amat. Sebelum ni pernah cuba buat en suami kata tak berapa menjadi sebab aku main agak-agak je ( konon macam pandai....) ok kali ni betul-betul buat ikut resepi...tapi aku hanya masak nasi biasa kalau ikutkan nasi ayam penyet berempah. Aku masak sup tauhu rasa tercekik kalau makan makanan yang tak berkuah. Manakala untuk ayam diperap dahulu, kukus kemudian goreng seketika barulah isi ayam menjadi lembut. Untuk resepi ayam penyet yang lengkap ko cari sendirilah kat google tak kosa nak taip panjang bebenor...aku cuma kongsi resepi sambal sahaja.
Resepi sambal ayam penyet
Sambal 1
6 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
15 biji cili api
6 biji cili masak
1/2 inci belacan
ikan bilis
2 biji asam limau -perah
Garam, gula dan serbuk perisa
Sambal 2
5 Biji cili masak ditumbuk kasar
1 biji bawang putih
Garam, gula
Cara-cara
Goreng ikan bilis dan tumbuk lumat
Goreng bawang putih, bawang kecil, cili masak, cili api dan belacan dengan minyak yg sangat sedikit
Kemudian masakkan semula dalam kuali bersama ikan bilis yang telah ditumbuk
Sambal ni kalau buat boleh simpan lama so buatlah banyak sikit supaya lain kali leh makan dengan ulam- ulaman
Saya Tak Reti Masak......
Aku rasa semua orang pun tak reti memasak pada awalnya, tetapi jika ada keinginan untuk belajar maka semua yang kita rasakan susah akan menjadi mudah. Buang sahaja sikap malas dan rajin mencuba sudah pasti menjadi. Sedap atau tidak bukanlah ukuran, yang penting ada keinginan untuk mencuba. Insyallah jika semua yang kita lakukan untuk kebaikan ...seluruh keluarga akan mendapat manfaatnya.
Pernah dengar tak orang kata saya tak reti memasak....suami saya tak kisah makan kat luar...suami saya sporting.....tak masak pun tak pe tak marah.....wah bertuahnya kalau dapat suami macam tu, sebenarnya dari sudut lain anda adalah seorang yang rugi......rugi kerana anak-anak tidak dapat merasa air tangan seorang ibu begitu juga suami tidak dapat merasa air tangan seorang isteri. Sedangkan itu adalah tunggak kebahagian sebuah rumahtangga.
Ambillah peluang untuk memasak walaupuan sekali seminggu. Bila memasak jangan lupa bersalawat dan niatlah apa yang anda inginkan supaya anak-anak menjadi anak yang mendengar kata dan menapat kasih sayang suami berterusan. Memasaklah dengan penuh kasih sayang insyalah apa yang kita hidangkan akan mendapat barakahnya pada anak-anak. Semasa masak nasi jangan lupa bersalawat niatkan supaya satu keluarga bersatu hati dan dan sentiasa berkasih sayang. Jika kita tidak memasak maka terlepaslah peluang untuk berbuat seperti ini.
Anak-anak yang makan air tangan ibu lebih mendengar kata dan taat pada ibubapanya. Kerana apa sahaja yang kita masak masuk kedalam perut anak-anak pastilah berkat. Berbanggalah menjadi seorang ibu dan isteri yang dapat menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
Pernah dengar tak petua orang -orang tua dahulu supaya anak -anak berkongsi cawan yang sama sewaktu makan supaya kelak kepandaian yang mereka miliki sama rata dan sentiasa berkasih sayang diantara satu sama lain.
Saturday 12 January 2013
Popia Kemboja untuk minum petang
Resepi popia kemboja ni aku dapat dari maid jiran sebelah umah mak aku ( paham tak ...kalau tak paham ulang 2 x kalau tak paham jugak suka hati ko lah...). Saniah ni baik orangnya aku suka la borak-borak dengan dia dan suka sangat makan masakan yang dia masak.....kalau dia masak sup, bubur kemboja dan popia kemboja adoiii memang sedap teringat-ingat ( eh jangan pulak ko ingat aku gi ngendeng kat umah dia, ni tuan dia yang kasi ye), bertuahnya sape dapat maid macam dia. Sekarang dia dah balik Kemboja dan meninggalkan resepi popia ni untuk aku......bila buat popia teringat kat saniah. Untuk memudahkan popia digulung sediakan kain maslin lembap untuk menutup kulit popia jika tidak kulit popia akan cepat kering dan pecah semasa menggulung.
Macam ni la upenyer isi popia kemboja....
Lobak merah setelah diparut....
Letak isi popia bersama lobak merah macam ni....
Sedia untuk di makan......
Kulit popia
1 paket ayam kisar
1 sudu lada hitam
2 biji bawang besar - dipotong dadu
5 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 biji ubi kentang - diparut
2 biji lobak merah - diparut
Soo hoon
Cara-cara
Tumis bawang putih dan bawang besar
Masukkan lada hitam
Masukkan ubi kentang
Masukkan ayam
Apabila ayam telah masak masukkan soo hoon
Masukkan garam dan serbuk perisa kacau rata ok siap ...