Friday 28 November 2014

Menu di kampung

Sekarang sedang bercuti kat kampung menu hari ini antara lauk kegemaranku nangka masak lemak cili api bersama ikan masin berselera sungguh.....

Tuesday 25 November 2014

Bila Arissa dapat bola

Suka tengok gelagat Arissa main bola ni mesti tengok Ocu sepak bola tak padan dengan pakai gaun comel ja, budak2 memang cepat meniru.

Saturday 22 November 2014

Kambing Aqiqah

Alhamdulillah tertunai sudah tanggungjawab sebagai ibubapa buat aqiqah untuk Arissa.

Friday 21 November 2014

Petai...petai....petai

OTW balik kampung beli petai seikat besar dekat tepi jalan keluar Tol Sungkai hamik ko borong sebelambak murah hanya 45 hengget ja. Masa kenduri aqiqah buat petai goreng ikan bilis.

Wednesday 19 November 2014

Alhamdulillah...

Malam tadi Arissa discharged, 2 hari dalam ward macam berhari2 rasanya, jaga orang sakit ni yang sihatpun boleh sakit sama. Dua hari bil hospital rm 3000++ bapak mahal....nasib ofis cover kalau nak bayar sendiri alamatnya ke HKL jer la memang idak mampu, aku rasa bil hospital swasta sangat mahal macam tak masuk akal. Apapun Arissa dah sihat daripada demam virus bukan denggi alhamdulillah....

Tuesday 18 November 2014

Admitted....

Malam tadi Arissa demam panas pukul 3 pagi dia biru menggigil aku ni manusia yang sangat menggelabah tapi kali ni aku kena kuat sebab sendiri drive ke Hospital Ampang Puteri walaupun kaki menggigil bawak slow2 sampai emergency, nasiblah jalan lengang tak ada kereta. Alhamdulillah demam dan kebah bergilir2 jaga dengan Najla. Arissa under Dr.Normee ex boss masa kat IJN dulu. Esok keputusan darah harap2 tiada apa2 boleh discharge awal nak balik kampung.

Sunday 16 November 2014

Cameron Highland yang semakin terancam

Setiap tahun Cameron Highlang merupakan destinasi percutian pilihan kami sekeluarga. Aku memang suka naik Cameron Highland kerana suka menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau (pecinta alam gitu). Dari pemerhatianku kini kerosakan Cameron Highland semakin menjadi-jadi. Sepanjang perjalanan terdapat banyak tanah runtuh, bukit di tarah sesuka hari, pembangunan yang tidak terkawal kesian tempat yang "indah" ini sudak tidak seindah dahulu terlalu banyak kerosakan semuanya angkara perbuatan manusia rakus yang meneroka setiap ruang bukit.


Tidak pasti sampai bila kerosakan ini akan berterusan. Dimana pihak berkuasa apa pula kerja Pegawai Daerah Cameron Highland. Adakah mereka hanya menjadi pemerhati pembangunan yang tidak terkawal ?. Terlalu banyak pembukaan ladang2 baru yang dilakukan tanpa batasan yer tanpa batasan..... seolah2 setiap ruang bukit boleh di terokai tanpa penguatkuasa undang2, seolah2 tanah Cameron Highland mak apak diorang yang punya 
( macam itulah lebih kurang bahasa kasornyer).

Selain masalah kerosakan alam Cameron Highland juga mengalami masalah kebanjiran pekerja asing yang terlalu ramai, boleh dikatakan pekerja kebun sayur adalah terdiri daripada orang2 Nepal dan Bangla aku confuse sekejap aku berada kat Bangladesh atau di tanah airku. Suasana di Cameron Highlang sunyi sepi dan lengang kedai2 banyak tutup kerana ketiadaan pekerja(pekerja nyorok imegresan sedang jalankan operasi tangkap pekerja haram). 

Sepanjang melalui Jalan Tapah Cameron Highlang aku melalui berpuluh-puluh kawasan tanah runtuh, semua ini tidak akan terjadi jika hutan tidak diterokai oleh pembalak-pembalak tak pastilah pulak halal ke haram. 

                   

Saturday 15 November 2014

Jogathon

Hari ni pagi2 dah hantar Aimi pergi sekolah ada Jogathon selalu aku join sekali tapi kali ni tak laratlah. Aimi dapat tempat ke 9 ada jugak yang mewarisi mama boleh lari jarak jauh tapi mama dulu lagi hebat pernah jadi juara.

Najla @ Gold Cost Morib

Seronoknya Najla dapat pergi holiday bersama bff. Kebetulan semua bff pengawas koperasi. Koperasi sekolah buat dinner hujung tahun kat gold cost morib semalam ni semua gambar2 yang kakak whatsapp.

Friday 14 November 2014

Udam galoh

Hari ni menu dinner udang galah masak lemak,udang galah goreng berempah dan sayur kailan ikan masin alhamdulillah.....

Wednesday 12 November 2014

Mek pink....

Warna pink kegemaran mama maka tidak hairanlah setiap kali beli baju anak2  warna pink akan menarik perhatianku. Daripada Najla kemudian Aimi sehinggalah Arissa tak habis2 dengan baju pink. Sekarang kakak dan Aimi dah besar sudah ada citarasa tersendiri diorang tak suka baju yang aku pilih. ..Najla selalu cakap mama kakak bukan kecik lagi ok tak habis2 mama pilih warna pink. Aimi pulak kalau aku nak beli baju dia akan pesan mek tak nak warna pink yer, mama pun tersentak dari lamunan. ....sekarang dah ada Arissa dia pulak jadik mangsa pink mama. Kalau beli baju warna pink tetap menarik perhatianku nak buat caner....pada aku kalau gegirl pakai baju pink terserlah kecomelannya. 





Di mana Arissa disitu ada putih...