Sunday 27 March 2016

Hari ini

Hari ni pagi2 dah masuk dapur sebab lapar sangat so cepat masak cepat dapat makan. Menu hari ni ikan bawal percik, bendi goreng telur, ikan kering dan ketam masak lemak.

Wednesday 23 March 2016

Menu lunch

Hari ni teringin nak makan sambal udang petai cari punya cari petai tak hado so buat sambal udang biasa ja. Masak sayur bayam dan kerabu mangga. Alhandulillah .

Mendeco part 1

Seronoknya dapat mendeco rumah sendiri mengikut citarasa sendiri. Tak kesah la orang nak cakap buruk ke hape ke janji rumahku citarasaku. Masa rumah kat Kl dulu ada jugakla deco tapi en suami tak berapa nak layan tak de masa katanya penyudahnya banyak lukisan dan barang perhiasan yang aku beli tak tergantung. Mujurlah kali ni dia mau berkerjasama demi untuk merialisasikan rumah idamanku. Aku suka konsep yang simple perabut pula kena ada unsur2 kayu sedikit. Kali ni aku guna semua sofa fabrik bercorak dan kosong. Hampir 95% perabut beli kat KL sebab lebih murah banyak pilihan dan cantik. Carpet tak beli lagi lantai nampak tak berseri. Day curtain masih tak sempat nak pasang tak tahulah bila baru boleh setel, disebabkan semua kena buat sendiri ambil masa sikit nak sempurnakan semua sekaligus.

Orkid tetap menjadi pilihan
Ini sudut yang paling aku suka 
Gabungan kelabu hijau dan biru
Ruang tamu utama

Cuti

Berakhir sudah cuti empat hari khas untuk kemas rumah  lega kepala ni selama ni punyalah serabut kotak sana sini nak kemas tak boleh sebab almari tak de. Sekarang semua dah kemas baru puas hati. Tenangnya jiwa bila tengok rumah kemas dan bersih. Tugas aku kemas segala barang yang ada dalam kotak. Manakala en suami bersihkan tingkap cermin dan kawasan luar rumah. Selepas ni aktiviti mendeco pulak.

Saturday 19 March 2016

Fettuccine tuna goreng

Dah lama bebenor  dapurku tak berasap eh bukan dapur rumah tapi dapur blog. Dapur dah siap sepenuhnya mood nak memasakpun berganda2 ko. Sebelum siap rumah masak kat dapur kedai ja memang tak lalu nak makan walau sedap manapun lauk tetap tak berselera.  Bukan aku ja yang mengalami masalah ni en suami lagi teruk langsung tak makan kalau aku masak kat dapur kedai tertutup selera katanya tapi Aimi 24 jam berselera asal mama yang masak semua dia bedal. Menu hari ni sangat senang disediakan kegemaran kami sekeluarga.

Thursday 17 March 2016

Retak

Kisah petang semalam Arissa jatuh dari kerusi bukan tak pernah jatuh tapi kali ni agak tinggi. Lepas jatuh meraung tak berhenti sakit....sakit....sakit....tak boleh angkat tangan sebelah kiri. Pergi emergency Hospital Manjung azabnya menunggu lama tapi ok sikit berbanding HKL. Lepas x ray dr kata tulang bahu retak sedikit. Tak buat apa2 pun hanya perlu balut tangan selama sebulan. In syaa allah akan bercantum semula. Semoga sayang mama cepat sembuh. 

Tuesday 8 March 2016

Gerhana matahari

Masih segar dalam ingatan kejadian gerhana matahari semasa aku berumur 10 tahun. Kebetulan cuti sekolah kami ramai2 bersama jiran tetangga melihat kejadian gerhana seperti pesta meriahnya.  Kami takung air dalam besin yang besar lihat ramai2 melalui air tak berani langsung melihat direct kerana dikatakan akan jadi buta. Setelah 30 tahun kejadian sama berulang kembali. Pagi tadi dapat lihat dengan jelas subhanallah tiada kata yang terucap. Sesungguhnya kejadian yang terjadi bukan semata2 fenomena luarbiasa alam tetapi itu tarbiah Allah untuk membawa hati manusia dekat padanya.

Wednesday 2 March 2016

Sebulan sepokok

Tepi rumah ada sikit tanah bolehla untuk tanam pokok. Dalam pala otak ni dah berangan nak tanam macam2, pokok mata kucing, kedondong, rambutan benih beli ja kat pasar sabtu ada cina lori jual. Untuk permulaan aku tanam pokok mangga dulu kang senang nak buat kerabu mangga petik jer tepi umah tak yah beli ceh...ceh...ceh tah berbuah ke idak hahaha ...insyaaallah berbakti kepada tanah akan dapat hasilnya.

Arissa Safiya

Arissa dah 2 tahun 3 bulan sekejap ja masa berlalu. Tak puas mama abah dan kakak nak bermain dengan adik tup tup dah besar. Budak sorang ni sebijik ikut peel abah anak abah sungguh sikit2 abah pantang abah tak de depan mata mencari saja. Mulut bijak cakap macam orang tua pandai pulaktu bergurau mengenakan orang. Sangat aktif melombat berlari memanjat aktiviti dia dirumah tangan sakit tapi tetap aktif.