Friday 26 February 2016

Sukan sek men batu 10 lekir

Hari ni pagi2 lagi aku dah pergi sekolah kakak ada sukan tahunan bersama peneman setiaku mek cha dan mek cha pulak bersama peneman setianya si puteh. Hantar kakak dan terus tunggu acara perbarisan suka tengok perbarisan rumah sukan maka terkenang masa zaman sekolah dulu ermmm andai dapat di putar waktu.

Wednesday 24 February 2016

Uncle The Journey

Kalau nak tahu uncle ni selalu makan kat kedai aku menu kegemaran mihun goreng tak nak sayur dgn air tea setiap kali datang itulah yang dia pesan tak berubah. Aku cakap kat dia uncle macam muka pelakon The Journey la dia tanya apa itu?apa itu The journey ? Erm memang tak tahu apa2.... yang dia tahu kutip hutang ja.  Aku selalu beramah mesra dengan dia suka dengar cerita dia tentang pengalama 25 tahun ulang alik dari Sitiawan ke Teluk Intan naik motor kutip hutang SINGA. Bayangkan dengan motor yang uzur jarak perjalanan 65 km selamba ja dia boleh berulang hampir setiap hari. Boleh dikatakan setiap minggu dia datang kedai kadang2 selang sehari sanggup datang jauh semata2 nak makan kat kedai aku. Uncle ni bujang terlajak ko...tak de masa nak kawin busy kutip hutang gamaknya hahaha. Kalau tengok motor dia memang kelakor macam2 ada semua barang untuk baiki mesin jahit.

Sunday 14 February 2016

Sebuah bilik tidak bernombor

Sejak berpindah dari KL hanya seminggu aku menumpang di rumah mertua yang selebihnya hampir enam bulan kami menjadi penghuni sebuah bilik kecil di belakang kedai. Disitulah juga aku anak beranak berhimpit tidur. Boleh bayangkan bilik yang sebesar hotel budget itu tempat kami solat,makan semuanyalah disitu. Langsung tidak selesa kerana tidur hanya beralaskan toto bila bangun pagi badan sakit2. Baju pulak sebakul untuk 4 beranak demi untuk menjimatkan ruang yang terhad. Kaedahnya hanya 2 helai baju tido dan 3 helai baju kerja yang aku gilir sepanjang tempuh rumah siap. Ada jugakla perasaan malu asyik2 pakai baju tudung yang sama tapi nak buat caner demi untuk menjimatkan ruang yang sempit. Namun disebalik kejadian ada hikmahnya, Allah beri aku merasa  "kesempitan hidup" untuk seketika. Disamping mendidik hati untuk bersyukur, sabar dan redho kerana keadaan itu hanya sementara waktu sahaja. Memang tidak dinafikan adakalanya menitis air mata namun aku kuatkan hati. Alhamdulillah rumah dah siap dan kami telah berpindah dari bilik sempit tapi yang menjadi masalah ada seorang insan yang tidak boleh terima hakikat.....dia tetap nak "acuk yik" ( masuk bilik) itulah arissa safiya setiap kali nak tido mengamuk suruh mama "acuk yik" nak jugak pergi bilik sempit hahaha anak....anak....terpaksa mama bawak tunjuk bilik sudah tidak ada bantal,  bakul dan toto.....dua tiga kali baru dia faham bilik kecil sudah tidak dihuni lagi.....sekarang menjadi surau untuk kegunaan ramai.

Friday 12 February 2016

Thursday 11 February 2016

Letrik

Dengan penuh kesabaran kami tunggu cuti CNY hari ni TNB datang pasang meter dan masuk letrik. Kat sitiawan ni sangat panas kalu tak de kipas atau air cond dalam rumah macam duduk dalam oven.

Thursday 4 February 2016

Cuci rumah

Alhamdulillah rumah dah siap tapi tak boleh duduk lagi sebab tiada elektrik kena tunggu TNB datang bila tak tahu apa2 pun bersihkan dulu bukan aku yang cuci upah orang kalau aku yang buat mau pengsan.

Pindah lagi

Rumah dah siap so sikit2 hangkut barang guna kancil ja ko....dalam sepuluh trip setel semua barang aku hangkut. En suami pulak hangkut barang2 besar guna kereta sorong ja hahaha lawak jer kan.... dahhh...takkan nak sewa lori rumah mak dengan rumah aku lebih kurang sepuluh langkah ja.