Friday 13 January 2017

Resepi Akok Kedut

Memang tak sangka mudoh sungguh buat akok dengan menggunakan Trio cuisine baru beli oulls. Paling best dalam masa hanya satu jam iaitu sekali bancuhan boleh dapat 45 ke 50 butir. Sejak dok perak ni akak tok jupo lagi ore jual akok dok terliur sokmo sekarang nak makan akok tiap2 hari pon boleh. Nak kasi tahu akak tak jual benda ni carilah sendiri ok meh nak kongsi resepi akok kedut yang sedap. Ni nak pesan buat akok telur tu jangan nak baget2 sangat eh...kalau dalam resepi 8 biji ikut jer jangan nak memandai kurangkan...kang tak jadi ko nak salahkan resepi lak...padahal ko yang derhaka resepi..

Kalau guna Trio Cuisine ni pasti jadi
Letak jangan penuh sangat 
Yang terkeluar tu sbb letak penuh so kalau nak cantik kurangkan sikit ...
Senang sangat tak payah nak set suhu bagai letak ja kalau dah masak penutup tu akan terbuka sendiri
Ok dah siap akok yang sedap molep kedut dih tu sebab banyok telur
Bahan2
8 biji telur
1 cawan tepung
1 cawan air pandan guna 6 helai daun pandan blend( kalau nak buat perasa pandan)
2 karet nise (rebus dgn 1 cawan air kalau nak buat perasa nise)
1 cawan gula (kalau tak suka manis kurangkanlah)
1 1/2 cawan santan
Secubit garam
Blander semua 
Cara²
Blend semua bahan 
Masukkan dlm jug
Tuang dalam acuan
Panaskan acuan terlebih dahulu