Tuesday 2 May 2017

Laluan Kuala Bikam-Sungkai

Jalan ni dibuka sejak Disember tahun lepas tapi kami pertama kali lalu tak sangka jalan pintas dari Teluk Intan ke Sungkai ni sangat memintas. Dari Kuala Bikam hanya 20 min dah sampai pekan sungkai dekat sungguh, jalan cantik masih baru tak banyak kereta macam tak caya tup2 dah sampai pekan sungkai. Melalui jalan kampung Baru Kuala Bikam ni boleh la tengok kebun mangga, keledak, jambu air dan jambu batu malah pekebun menjual hasil tanaman kepada pengguna jalan raya ada beberapa gerai di kiri kanan jalan. 

Saturday 4 March 2017

Soto

Hari ni masak menu kegemaran keluarga soto ayam. Pegedil tu mek bam bam yang buat besau2 macam saiz dia jugak hahaha. Dia kata pegedil mama kecik sangat tak puas makan .

Sunday 12 February 2017

Anniversary

Alhamdulillah dah 18 tahun usia perkahwinan kami semoga jodoh berkekalan sehingga ke jannah. Paling tidak ku sangka bila Najla buat suprise ya allah pertama kali dalam sejarah hidup mama dapat hadiah anniversary macam ni dari anakanda tercinta. 

Ada "orang" datang hantar kat kedai 

Birthday Ain

Suprise Birthday untuk  Ain, Najla plan dengan geng2 kesian birthday girl dengan pakai tudung senget sebelahnya redho jerlah dengan gelagat kengkawan.

Thursday 2 February 2017

Rumah abah

Sayu hati tengok rumah ni. Sejak dibina lebih dari sepuluh tahun kami tidak pernah tinggal disini. Abah berhajat nak pindah kampung tapi sampai sekarang hajat tidak kesampaian malah tidak mungkin menjadi kenyataan tambahan pula dengan keadaan abah yang sudah uzur sekarang. Pada aku abah dan ma kena tinggal di KL supaya mudah untuk anak2 menjenguk. Kelantan terlalu jauh 2 hari sahaja adalah perjalanan jika terjadi apa2 emergency bukan mudah untuk kami sampai dengan cepat. Dalam setahun mungkin hanya tiga atau empat kali sahaja boleh balik kelantan kerana masing2 terikat dengan kerja. 

Pada mula abah buka mulut nak buat rumah aku dah tak setuju malah adik beradik lain pon tidak bersetuju tapi abah tetap dengan pendiriannya, aku sangat yakin rumah ini nanti akan menjadi rumah tinggal dan akan membawa banyak masalah dan sekarang andaianku terbukti benar. Entah berapa ramai penyewa yang pernah tinggal disini kebanyakannya bermasalah untuk membuat pembayaran ada yang berbulan2 tidak membayar sewa. Rumah pulak sudah banyak kerosakan. 

Tak tahulah apa nasib rumah ni beberapa tahun akan datang abah sudah tidak larat nak balik kelantan kecuali jika anak2 yang bawa. Antara kami adik beradik tak der sorang pon nak tinggal di Kelantan rasanya jalan yang terbaik jual sahaja rumah ni...mungkin tidak sekarang....satu hari nanti akan tiba masanya. 

Rumah besar yang tidak berpenghuni...
Pic dari google 

Friday 13 January 2017

Resepi Akok Kedut

Memang tak sangka mudoh sungguh buat akok dengan menggunakan Trio cuisine baru beli oulls. Paling best dalam masa hanya satu jam iaitu sekali bancuhan boleh dapat 45 ke 50 butir. Sejak dok perak ni akak tok jupo lagi ore jual akok dok terliur sokmo sekarang nak makan akok tiap2 hari pon boleh. Nak kasi tahu akak tak jual benda ni carilah sendiri ok meh nak kongsi resepi akok kedut yang sedap. Ni nak pesan buat akok telur tu jangan nak baget2 sangat eh...kalau dalam resepi 8 biji ikut jer jangan nak memandai kurangkan...kang tak jadi ko nak salahkan resepi lak...padahal ko yang derhaka resepi..

Kalau guna Trio Cuisine ni pasti jadi
Letak jangan penuh sangat 
Yang terkeluar tu sbb letak penuh so kalau nak cantik kurangkan sikit ...
Senang sangat tak payah nak set suhu bagai letak ja kalau dah masak penutup tu akan terbuka sendiri
Ok dah siap akok yang sedap molep kedut dih tu sebab banyok telur
Bahan2
8 biji telur
1 cawan tepung
1 cawan air pandan guna 6 helai daun pandan blend( kalau nak buat perasa pandan)
2 karet nise (rebus dgn 1 cawan air kalau nak buat perasa nise)
1 cawan gula (kalau tak suka manis kurangkanlah)
1 1/2 cawan santan
Secubit garam
Blander semua 
Cara²
Blend semua bahan 
Masukkan dlm jug
Tuang dalam acuan
Panaskan acuan terlebih dahulu

Saturday 24 December 2016

Layan upin ipin

Mek cha kalau dapat tengok upin ipin mama panggil pon dia tak layan buat bodo jer....minat sungguh tersengeh sengeh tergelak sorang2. MaDulu pon dia suka tengok upin ipin tapi layan tanpa perasaan tak paham sekarang dah paham siap ajuk percakapan uncle muthu sikit2 ayo yo ayo yo....betul...betul..betul...cute jer. Meh tengok gaya2 mek cha layan upin ipin.

Amboi khyusuk benor...
Kalau macam ni masa nak tido putih disisi sambil tangan gentel ekor putih
Yang di pulak kat dapur kedai bila cust tak de semua orang borak kat luar bising dia lari ke dapur 
Bila orang busy time tu la dia nak balik umah bila tak de sapa nak layan dia bawak diri siap baring kat tangga