Wednesday 30 September 2015

Malang tidak berbau...

Kejadian berlaku semasa kami nak bercuti ke PD tak sampai 1km perjalanan dah kena langgar, nasib sikit ja tak buat report polis pun sebab cikgu sulaiman nak bayar dia yang salah masuk lorong kami tak perasan katanya.....alhamdulillah dapat teruskan perjalanan untuk bercuti.

Thursday 24 September 2015

Raya Haji

Buat pertama kali kami balik kampung KL. Macam biasa anak2 sangat seronok dapat tengok tok yah sembelih lembu. Tahun ni 7 ekor lembu dikorbankan.

Saturday 19 September 2015

Genab seminggu...

Alhamdulillah pantas sungguh kerja pembinaan rumah seminggu dah naik tiang. Tiap2 hari tengok depan mata diorang buat kerja memang puas hati hasil kerja yang teliti.

Friday 18 September 2015

Kampung girl

Orang yang paling hepi balik kampung tentulah Aimi bukan sahaja dapat makan sedap2 tapi nampak sangat keseronokkan dia dapat bermain permainan kampung. Mama nak tau semua permainan kg dalam cerita upin ipin mek dah main best sangat. Yer la mek sampai dah gelap tak lekat rumah langsung selagi tak maghrib tak balik. Tengok dia sebijik macam aku kecik dulu ada jugak yang mewarisi. Lupa terus pada bff kat kl kesian Nabila hp langsung tak pegang wasap kawan2 tak reply dia terlalu busy dengan berbagai aktiviti.

Saturday 12 September 2015

Rumah tanpa pelan

Dekat KL boleh ke buat rumah tanpa pelan ? Memang sengaja cari pasal ler kalau buat gitu tup tup majlis perbandaran datang saman. Rumah aku kawasan kampung kalau tak buat pelan no problem. Kos untuk buat pelan lebih kurang 5k dengan duit sebanyak tu macam2 aku boleh beli. Rumah aku sederhana ja dari segi bentuk tak boleh buat yang pelik2  kos mahal budget pulak ciput. Aku lukis sendiri macam mana design yang aku nak tunjuk kat kontraktor dia cadangkan apa2 penambahan sekarang rumah dalam pembinaan cepat dan pantas tak sabar nak duduk rumah baru. Rumah setingkat dengan kelebaran 30 kaki, panjang 65 kaki ada 4 bilik tido dan 3 bilik ayor.

Monday 7 September 2015

Pecah tanah

Alhamdulillah hari ini Isnin 7 September 2015 bermula pembinaan rumah baru kami. Syukur kepada allah semoga lancar dan dipermudahkan segala urusan. Mengikut perancangan pembinaan akan mengambil masa selama empat bulan in syaa allah rumah akan siap pada bulan Disember.

Sunday 6 September 2015

Kerjaya baru...

Mulai sekarang inilah kerjaya baru aku jadi casher kat kedai sendiri haaa kerlas ke idok cop cop tapi bertahan seminggu ajer...tak boleh la jadi casher tak sesuai dengan jiwa akak hahaha kalau aku jadi casher penyakit stress datang funin....ada yang tertukar bil salah meja macam2 hal kalau customer sikit ok la cool tapi kalau udah ramei2 aku jadi tak keruan penyakit menggelabah tetiba keluar ya ampun en suami tak dapat teman nak menolong sabor ajelah yer bukan tak kenei perangai bini ko ni. Tapi aku tetap tolong kojer2 dapur bukan duduk goyang kaki ja. 

Najib nak bergambar dengan kakak???

Hahaha saja nak buat tajuk kontraversi. Kakak gi majlis kawin Mak Su Aliya  dapat bergambar dengan Najib kakak kata Najib tak senyum pon. Penat la tu banyak hal negara nak pikir sampai tak leh nak senyum alahai tengok tu letihnau rupanya.