Malam tadi en suami masak masakan ala thai sedap lazat kami makan sampai licin.....menu malam ni ikan siakap masak pedas, kerabu sotong, udang goreng tepung dan tom yam udang.
Monday 28 July 2014
Saturday 26 July 2014
Balik kampung
Baru nak mulakan perjalanan balik kampung entah pukul berapa sampai tak taulah harap2 jalan tak jam semoga kami selamat sampai ke destinasi biar lambat asal selamat.....
Wednesday 23 July 2014
Hantaran bertunang Abg Ngah
Dalam sibuk2 orang dok buat persiapan raya aku pulak dok buat hantaran bertunang tak de kena mengena dengan raya. Buat hantaran ni untuk Abg Ngah nak bertunang pada hari raya ke 3. Pihak lelaki bawa 5 dulang dan perempuan 7 dulang idea ni aku tak tiru tau... main buat jer sesedap mata memandang......tapi rasa cam comel jer cam sweet jer....kan..kan..kan...
Monday 21 July 2014
Puding Buah Peach
Yummy yummy sedapnya puding susu peach. Aku selalu buat puding susu nenas dan laici tapi kali ni guna peach pulak nak tau sebab apa ? sebab dah lama nau en suami beli kalau tak silap tahun lepas idok buat sampei sekarang tapi masih elok belum expired lagi.
Bahan-bahan
1 tin buah peach
1/2 sudu tepung jagung
1/2 tin susu cair
2 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 paket agar2
Nata dicoco
Tudung saji pun jadik
Ni lah aktiviti si kecik kalau kami dok berbuka puasa suka nau main tudung saji dia panjat dan duduk bertenggek atas tudung saji tak padan dengan gegirl awak tu baru 7 bulan tapi "agahnya" macam dah pandai berjalan.
Tengok siap duduk atas tudung saji....sayang oii awak tu baru 7 bulan....
Sunday 20 July 2014
Iftar day 22
Hari ni masak apa yang ada habiskan mee semalam dan udang galah yang en suami pancing sebelum bulan posa so buat mee dan meehon sup jer.
Yang ni khas untu en suami udang besau....
Yang ni khas untu en suami udang besau....
Yang ni untuk aku udang kocik2
Saturday 19 July 2014
Mee goreng
Semalam berbuka masak mee goreng menu yang paling senang nak masak
Bahan-bahan
1 bungkus mee
1 paket tauhu kering
1 sudu cili giling
5 ulas bawang putih
5 sudu cili sos
4 sudu tomato sos
2 sudu sos tiram
Kicap kipas udang
8 ekor udang
8 batang sawi
Daun kucai
Daun sup
Daun ketumbar
1 sudu kecil gula
Cara-cara
Tumis bawang putih dan cili
Dah naik bau masukkan udang
Kemudian masukkan cili sos,tomato sos,kicap
Masukkan garam...gula
Masukkan mee dan sedikit air
Masukkan sayur...kucai...daun ketumbar...daun sup
Ok dah siap selamat mencuba
Bahan-bahan
1 bungkus mee
1 paket tauhu kering
1 sudu cili giling
5 ulas bawang putih
5 sudu cili sos
4 sudu tomato sos
2 sudu sos tiram
Kicap kipas udang
8 ekor udang
8 batang sawi
Daun kucai
Daun sup
Daun ketumbar
1 sudu kecil gula
Cara-cara
Tumis bawang putih dan cili
Dah naik bau masukkan udang
Kemudian masukkan cili sos,tomato sos,kicap
Masukkan garam...gula
Masukkan mee dan sedikit air
Masukkan sayur...kucai...daun ketumbar...daun sup
Ok dah siap selamat mencuba
Thursday 17 July 2014
Resepi udang butter prown
500 g udang
1/4 butter
3 tangkai daun kari
4 biji telur (guna kuning telur sahaja)
Bawang putih 4 ulas cincang
1/4 cawan susu segar(susu cair pun boleh)
5 tangkai cili padi
Cara-cara
Goreng udang bersama butter angkat toskan
Tumis bawang putih bersama butter,daun kari masukkan susu kemudian udang
Dalam kuali yang lain masak kuning telur bersama sedikit susu, buttersedikit garam dan kacau sehingga telur masak
Taburkan bahan2 ini diatas udang yang telah digoreng terlebih dahulu
Wednesday 16 July 2014
Masak Kuey Teow Ladna
Percubaan pertama yang menjadi lepas ni boleh masak lagi serius sedap bangat. Tak susah rupanya nak masak kuey teow ladna. Meh nak kasi tau masak cara aku.
Bahan-bahannya
lobak merah diparut
Kobis bunga
Sawi
Cili api
1 bungkus Kuey teow
2 sudu tepung jagung
1 inci halia
8 ekor udang
Kicap kipas udang
Cara -cara
Tumis 3 biji bawang putih dengan sedikit minyak kemudian masak kuey teow dan masukkan sedikit kicap
Angkat kuey teow
Kemudian untuk membuat kuahnya tumis 3 biji bawang putih
Masukkan air rebusan daging
Masukkan 1 sudu sos tiram
masukkan udang dan sayur sayuran
Masukkan telur
Masuk garam dan sedikit serbuk perasa
Masukkan sedikit lada sulah
last sekali masukkan tepung jagung ( bancuh dgn air dahulu)
Bahan-bahannya
lobak merah diparut
Kobis bunga
Sawi
Cili api
1 bungkus Kuey teow
2 sudu tepung jagung
1 inci halia
8 ekor udang
Kicap kipas udang
Cara -cara
Tumis 3 biji bawang putih dengan sedikit minyak kemudian masak kuey teow dan masukkan sedikit kicap
Angkat kuey teow
Kemudian untuk membuat kuahnya tumis 3 biji bawang putih
Masukkan air rebusan daging
Masukkan 1 sudu sos tiram
masukkan udang dan sayur sayuran
Masukkan telur
Masuk garam dan sedikit serbuk perasa
Masukkan sedikit lada sulah
last sekali masukkan tepung jagung ( bancuh dgn air dahulu)
Mula -mula goreng kuey teow dengan bawang putih dan kicap
Tuesday 15 July 2014
Jahit manik
Tahun ni baju raya aku biasa2 jer no manik2 yang ni aku tolong jahitkan kawan punya baju sebab kesian tengok lace yang sedia ada "buruk sangat" so aku tolong belikan lace yang lain dan jahit pulak manik kat atas lace tu kalau nak cantik gunalah manik lebih dari 1 warna dan pelbagaikan saiz manik barulah nampak menyerlah dan hasilnya dah macam baju orang kawen pulak.
Sebelum jahit manik nampak biasa2 jer
Lepas dijahit manik baru menyerlah
Haa ni pulak baju lama tuan punya blog
Setelah siap dijahit manik kenapa pilih hijau? sbb nak pakai tudung hijau
Sunday 13 July 2014
@Jalan TAR
Setiap tahun kalau nak raya acara wajib mesti ukur Jalan TAR rasa tak lengkap kalau tak pergi jalan TAR tahun lepas tak pergi langsung maklumlah masa tu dok mengandung tak sesuai nak pergi dengan ramainya manusia jalan kaki pun boleh jam. Semalam pagi2 dah kuar nak beli baju kurung Aimi dan tudung tahun ni mama malas nak jahit hanya sempat jahit baju Arissa jer. Boleh tahan gak harga sepasang baju kurung rm 99 minta tawar sikit pun tak kasi hamboi sombongnya. Pergi Jakel Pok Cu nak beli baju melayu Aron Aziz
rm 150 sepasang dengan sampin berlagak si Ocu tak mau baju melayu lain ingat pakai baju melayu Aron Aziz leh jadik kacak cam Aron Aziz ?
rm 150 sepasang dengan sampin berlagak si Ocu tak mau baju melayu lain ingat pakai baju melayu Aron Aziz leh jadik kacak cam Aron Aziz ?
Ocu...Cukmi ....Aimi ....Najla sopin raya
Aron Aziz dan Siti Norhaliza sambut Aimi kat depan Jakel
Penat berjalan rehat kejap celah baju pun jadik
Kalau bawak budak ni macam2 permintaan nak beli telekung raya jugak...
Iftar day 15
Hari ni masak popia kemboja yang dah lama nau teringin....udang butter dan sayur kacang boncis goreng alhamdulillah rezeki untuk hari ni.
Saturday 12 July 2014
Friday 11 July 2014
Iftar day 13
Menu hari ni macam2 ada...alhamdulillah
Laksa penang ma masak
Laksa penang ma masak
Lasagna en suami masak
Udang goreng
Sayur boncis goreng bertelur
Ketam goreng sekor jer
Thursday 10 July 2014
Puasa sebagai ibu yang menyusukan
Tahun ni pengalaman pertama berpuasa sebagai ibu yang menyusukan. Tahun lepas puasa ibu yang mengandung. Arissa masih menyusu badan sepenuhnya alhamdulillah bekalan susu masih mencukupi cuma kurang sikit daripada biasa. Selalunya setiap hari kat ofis dapat pam 20 oz tapi bulan puasa hanya 15 oz namun masih cukup untuk keperluan sehari. Pelik juga sebenarnya tak makan tak minum tapi susu masih banyak.....kuasa Allah.
Paling tak tahan selepas pam tekak sangat kering nak telan air liur pun tak de.... letihnya tak terkata namun apakan daya tahan jugak la. Tapi kalau tak larat tetiba pening atau nak pitam aku akan buka puasa lagipun nak drive balik kerja dengan jalan jam sangat memenatkan.
Untuk kes ibu yang menyusukan di bolehkan tidak berpuasa jika tak larat tetapi kena ganti puasa dan bayar fidyah. Tetapi jika ibu tidak berpuasa kerana kasihankan anak kecil yang memerlukan susu atau tidak cukup susu hanya perlu bayar fidyah tidak perlu ganti puasa. So aku kenalah ganti balik puasa dan bayar fidyah kerana berbuka disebabkan diri sendiri yang tak larat bukan atas alasan anak. Dalam kes ibu yang mengandung pula jika ibu tidak berpuasa kerana bimbang akan anak dalam kandungannya dia hanya perlu membayar fidyah sahaja tetapi jika ibu tidak berpuasa atas alasan diri sendiri di wajibkan keatasnya ganti puasa dan bayar fidyah.
Untuk kes ibu yang menyusukan di bolehkan tidak berpuasa jika tak larat tetapi kena ganti puasa dan bayar fidyah. Tetapi jika ibu tidak berpuasa kerana kasihankan anak kecil yang memerlukan susu atau tidak cukup susu hanya perlu bayar fidyah tidak perlu ganti puasa. So aku kenalah ganti balik puasa dan bayar fidyah kerana berbuka disebabkan diri sendiri yang tak larat bukan atas alasan anak. Dalam kes ibu yang mengandung pula jika ibu tidak berpuasa kerana bimbang akan anak dalam kandungannya dia hanya perlu membayar fidyah sahaja tetapi jika ibu tidak berpuasa atas alasan diri sendiri di wajibkan keatasnya ganti puasa dan bayar fidyah.
Sekali pam dapat banyak ni....rezeki Arissa
Wednesday 9 July 2014
Monday 7 July 2014
Jahit baju kurung raya untuk Arissa Safiya
Kebetulan ada kain perca kosong warna kegemaranku rasanya muat untuk buat sepasang baju kurung raya untuk Arissa Safiya potong kain 10 minit jer....nak jahit pun tak lama cuma kena buat sikit2 sbb ikut mood. Dan akhirnya siap jugak sepasang baju kurung untuk si kecikku.
Dah siap .....
Bangganya dapat pakai baju kurung yang mama jahit ...
Alo...alo...alo...omei mama .....
Siap jahit manik lagi....istimewa untk baju raya pertama Arissa.....