Monday 28 July 2014

Tunjuk bakat nampak.....

Malam tadi en suami masak masakan ala thai sedap lazat kami makan sampai licin.....menu malam ni ikan siakap masak pedas, kerabu sotong, udang goreng tepung dan tom yam udang.

Saturday 26 July 2014

Balik kampung

Baru nak mulakan perjalanan balik kampung entah pukul berapa sampai tak taulah harap2 jalan tak jam semoga kami selamat sampai ke destinasi biar lambat asal selamat.....

Wednesday 23 July 2014

Hantaran bertunang Abg Ngah

Dalam sibuk2 orang dok buat persiapan raya aku pulak dok buat  hantaran bertunang tak de kena mengena dengan raya. Buat hantaran ni untuk Abg Ngah nak bertunang pada hari raya ke 3. Pihak lelaki bawa 5 dulang dan perempuan 7 dulang idea ni aku tak tiru tau... main buat jer sesedap mata memandang......tapi rasa cam comel jer cam sweet jer....kan..kan..kan...




Monday 21 July 2014

Puding Buah Peach

Yummy yummy sedapnya puding susu peach. Aku selalu buat puding susu nenas dan laici tapi kali ni guna peach pulak nak tau sebab apa ? sebab dah lama nau en suami beli kalau tak silap tahun lepas idok buat sampei sekarang tapi masih elok belum expired lagi. 




Bahan-bahan
1 tin buah peach
1/2 sudu tepung jagung 
1/2 tin susu cair
2 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 paket agar2
Nata dicoco

Tudung saji pun jadik

Ni lah aktiviti si kecik kalau kami dok berbuka puasa suka nau main tudung saji dia panjat dan duduk bertenggek atas tudung saji tak padan dengan gegirl awak tu baru 7 bulan tapi  "agahnya" macam dah pandai berjalan.




Tengok siap duduk atas tudung saji....sayang oii awak tu baru 7 bulan....

Sunday 20 July 2014

Iftar day 22

Hari ni masak apa yang ada habiskan mee semalam dan udang galah yang en suami pancing sebelum bulan posa so buat mee dan meehon sup jer.

                                 Yang ni khas untu en suami udang besau....

Yang ni untuk aku udang kocik2

Saturday 19 July 2014

Mee goreng

Semalam berbuka masak mee goreng menu yang paling senang nak masak
Bahan-bahan
1 bungkus mee
1 paket tauhu kering
1 sudu cili giling
5 ulas bawang putih
5 sudu cili sos
4 sudu tomato sos
2 sudu sos tiram
Kicap kipas udang
8 ekor udang
8 batang sawi
Daun kucai
Daun sup
Daun ketumbar
1 sudu kecil gula
Cara-cara
Tumis bawang putih dan cili
Dah naik bau masukkan udang
Kemudian masukkan cili sos,tomato sos,kicap
Masukkan garam...gula
Masukkan mee dan sedikit air
Masukkan sayur...kucai...daun ketumbar...daun sup
Ok dah siap selamat mencuba


Thursday 17 July 2014

Resepi udang butter prown




Bahan-bahan
500 g udang
1/4 butter
3 tangkai daun kari
4 biji telur (guna kuning telur sahaja)
Bawang putih 4 ulas cincang
1/4 cawan susu segar(susu cair pun boleh)
5 tangkai cili padi

Cara-cara
Goreng udang bersama butter angkat toskan
Tumis bawang putih bersama butter,daun kari masukkan susu kemudian udang
Dalam kuali yang lain masak kuning telur bersama sedikit susu, buttersedikit garam dan kacau sehingga telur masak
Taburkan bahan2 ini diatas udang  yang telah digoreng terlebih dahulu

Wednesday 16 July 2014

Masak Kuey Teow Ladna

Percubaan pertama yang menjadi lepas ni boleh masak lagi serius sedap bangat. Tak susah rupanya nak masak kuey teow ladna. Meh nak kasi tau masak cara aku.

Bahan-bahannya 
lobak merah diparut 
Kobis bunga 
Sawi 
Cili api
1 bungkus Kuey teow
2 sudu tepung jagung 
1 inci halia 
8 ekor udang 
Kicap kipas udang

Cara -cara 
Tumis 3 biji bawang putih dengan sedikit minyak kemudian masak kuey teow dan masukkan sedikit kicap
Angkat kuey teow 
Kemudian untuk membuat kuahnya tumis 3 biji bawang putih 
Masukkan air rebusan daging 
Masukkan 1 sudu sos tiram 
masukkan udang dan sayur sayuran
Masukkan telur
Masuk garam dan sedikit serbuk perasa 
Masukkan sedikit lada sulah 
last sekali masukkan tepung jagung ( bancuh dgn air dahulu)



Mula -mula goreng kuey teow dengan bawang putih dan kicap

Tuesday 15 July 2014

Jahit manik

Tahun ni baju raya aku biasa2 jer no manik2 yang ni aku tolong jahitkan kawan punya baju sebab kesian tengok lace yang sedia ada "buruk sangat" so aku tolong belikan lace yang lain dan jahit pulak manik kat atas lace tu kalau nak cantik gunalah manik lebih dari 1 warna dan pelbagaikan saiz manik barulah nampak menyerlah dan hasilnya dah macam baju orang kawen pulak.

Sebelum jahit manik nampak biasa2 jer

Lepas dijahit manik baru menyerlah

Haa ni pulak baju lama tuan punya blog

Setelah siap dijahit manik kenapa pilih hijau? sbb nak pakai tudung hijau 

Sunday 13 July 2014

@Jalan TAR

Setiap tahun kalau nak raya acara wajib mesti ukur Jalan TAR  rasa tak lengkap kalau tak pergi jalan TAR tahun lepas tak pergi langsung  maklumlah masa tu dok mengandung tak sesuai nak pergi dengan ramainya manusia jalan kaki pun boleh jam. Semalam pagi2 dah kuar nak beli baju kurung Aimi dan tudung  tahun ni mama malas nak jahit hanya sempat jahit baju Arissa jer. Boleh tahan gak harga sepasang baju kurung rm 99 minta tawar sikit pun tak kasi hamboi sombongnya. Pergi Jakel Pok Cu nak beli baju melayu Aron Aziz 
rm 150 sepasang dengan sampin berlagak si Ocu tak mau baju melayu lain  ingat pakai baju melayu Aron Aziz leh jadik kacak cam Aron Aziz ?



Ocu...Cukmi ....Aimi ....Najla sopin raya 

 Aron Aziz dan Siti Norhaliza sambut Aimi kat depan Jakel 

Penat berjalan rehat kejap celah baju pun jadik

Kalau bawak budak ni macam2 permintaan nak beli telekung raya jugak...


Iftar day 15

Hari ni masak popia kemboja yang dah lama nau teringin....udang butter dan sayur kacang boncis goreng alhamdulillah rezeki untuk hari ni.



Saturday 12 July 2014

Iftar day 14

           Hari ni masak daging goreng dan ikan kerapu sambal ala thai alhamdulillah....


Friday 11 July 2014

Iftar day 13

                              Menu hari ni macam2 ada...alhamdulillah

                                                   Laksa penang ma masak

Lasagna en suami masak 

Udang goreng

Sayur boncis goreng bertelur

Ketam goreng sekor jer 

Thursday 10 July 2014

Puasa sebagai ibu yang menyusukan

Tahun ni pengalaman pertama berpuasa sebagai ibu yang menyusukan. Tahun lepas puasa ibu yang mengandung. Arissa masih menyusu badan sepenuhnya alhamdulillah bekalan susu masih mencukupi cuma kurang sikit daripada biasa. Selalunya setiap hari kat ofis dapat pam 20 oz tapi bulan puasa hanya 15 oz namun masih cukup untuk keperluan sehari. Pelik juga sebenarnya tak makan tak minum tapi susu masih banyak.....kuasa Allah. Paling tak tahan selepas pam tekak sangat kering nak telan air liur pun tak de.... letihnya tak terkata namun apakan daya tahan jugak la. Tapi kalau tak larat tetiba pening atau nak pitam aku akan buka puasa lagipun nak drive balik kerja dengan jalan jam sangat memenatkan. 

Untuk kes ibu yang menyusukan di bolehkan tidak berpuasa jika tak larat tetapi kena ganti puasa dan bayar fidyah. Tetapi jika ibu tidak berpuasa kerana kasihankan anak kecil yang memerlukan susu atau tidak cukup susu hanya perlu bayar fidyah tidak perlu ganti puasa. So aku kenalah ganti balik puasa dan bayar fidyah kerana berbuka disebabkan diri sendiri yang tak larat bukan atas alasan anak. Dalam kes ibu yang mengandung pula jika ibu tidak berpuasa kerana bimbang akan anak dalam kandungannya dia hanya perlu membayar fidyah sahaja tetapi jika ibu tidak berpuasa atas alasan diri sendiri di wajibkan keatasnya ganti puasa dan bayar fidyah. 



Sekali pam dapat banyak ni....rezeki Arissa

Monday 7 July 2014

Jahit baju kurung raya untuk Arissa Safiya

Kebetulan ada kain perca kosong warna kegemaranku rasanya muat untuk buat sepasang baju kurung raya untuk Arissa Safiya potong kain 10 minit jer....nak jahit pun tak lama cuma kena buat sikit2 sbb ikut mood. Dan akhirnya siap jugak sepasang baju kurung untuk si kecikku.


Dah siap .....

Bangganya dapat pakai baju kurung yang mama jahit ...

Alo...alo...alo...omei mama .....

Siap jahit manik lagi....istimewa untk baju raya pertama Arissa.....