Bedak Kulit Rambai Berubat...berlulur Ler Pulokkk.....
Lulur ni agak kekampungan sikit ler.... tapi kesannya sangatlah bagus. Tidak perlu melulur selalu... cukup sebulan sekali kalau tak sempat 2 bulan sekali kalau tak sempat jugak 3 bulan sekali dan kalau tu pun tak sempat jawabnya biar kan je kulit ko berdaki ape susah...malas sangatkannn...hehehe. Sebenarnya kerja lulur melulur ni tak ramai orang rajin nak jadikan rutin ...ye la paling tidak 1 jam kena menggoyoh badan dalam bilik air....mana ada masa kan...tambahan nak kena duduk dalam bilik air lama-lama, tapi jika rajin hasilnya sangat bagus...kulit menjadi lembut dan mulus...keluar segala bapak daki yang dah bertahun tu..
Biasanya melulur masa cuti je ....petang lepas semua kerja selesai manjakan pulak diri kita dengan berlulur....tapi kalau yang ada lebih duit pergi ler ke SPA ...
Biasanya setelah melulur kulit akan menjadi kering untuk mengelakkan kekeringan kulit itu sebablah bancuh dengan sedikit madu supaya kulit menjadi lembap.Cubalah dan boleh rasakan sendiri keberkesanannya.....
Monday, 18 February 2013
Friday, 8 February 2013
Kutip Buah Kelapa Sawit
Kebetulan masa balik kampung baru-baru ni mak mertua upah orang potong buah kelapa sawit di sekeliling rumah. Buah kelapa sawit yang gugur dari tandan tuan tanah kenalah kutip sendiri orang hanya mengambil upah potong tandan sahaja.
En suami dan anak-anak tolong kutip buah yang berterabur sayanglah kan kalau tak kutip jika dikumpul dapat juga satu guni. Menurut kata en suami dulu dia pernah ambil upah kutip buah kelapa sawit relai satu guni sehengget sungguh tak berbaloinya. Penat kottt..... nak mengutip buah sawit penuh seguni upahnya hanya sehengget je .....
Ni lah hasil sawit keliling rumah untuk sekali potong...
Dah kutip masukkan dalam guni....
"Kakak buah sawit boleh buat apa"?
Aimi dan Najla tolong atuk kutip buah sakit ....
Bayangkan upah kutip buah sawit seguni ni sehengget je.....
En suami dan anak-anak tolong kutip buah yang berterabur sayanglah kan kalau tak kutip jika dikumpul dapat juga satu guni. Menurut kata en suami dulu dia pernah ambil upah kutip buah kelapa sawit relai satu guni sehengget sungguh tak berbaloinya. Penat kottt..... nak mengutip buah sawit penuh seguni upahnya hanya sehengget je .....
Ni lah hasil sawit keliling rumah untuk sekali potong...
Dah kutip masukkan dalam guni....
"Kakak buah sawit boleh buat apa"?
Aimi dan Najla tolong atuk kutip buah sakit ....
Bayangkan upah kutip buah sawit seguni ni sehengget je.....
"Dulu kalau cuti sekolah abah tolong atuk kutip buah sawit "
Lepas kutip buah sawit layan pulok main bakor...bakor
Pegedil Turki a.k.a Daging Berger Mini
Baru je hari tu buat pegedil Turki, bila tengok blog Kak Nor buat daging burger resepi nyer lebih kurang sama dengan pegedil turki, dengan pertambahan bahan-bahan seperti italian herbs, serbuk cili dan dried parsley maka jadilah daging berger mini makan bersama roti Kali ni tidak mengunakan cheese untuk rasa lemak bakar menggunakan butter.
Bentukkan seperti ini jangan terlalu tebal
Makan macam ni saje pun sodap....
Balut daging dengan salad dan tomato ngapp........ermm sedap
Makan bersama roti ...
Monday, 4 February 2013
Rendang Ayam Negori Semilan.....10 ....11....12....
Balik kampung hari tu kakak ipor kasi ayam hutan, nak masak ayam hutan ni kena lama sebab dagingnya liat. So masak rendang paling sesuai ler...kalau nak tau daging ayam hutan ni manis lebih sedap dari ayam kampung. Bila balik kampung selalulah dapat makan ayam hutan. Ayam hutan selalu ada kat ladang sawit. Rupanya bukan senang woo nak tangkap ayam hutan kena tembak dulu bila ayam dah jatuh tergolek dokkk barulah sembelih. Kalau setakat orang yang tak besa masuk ladang sawit usah mimpi ler nak tengok ayam hutan, nampak kelibat bolehla sebab ayam ni terlalu pantas bergerak.
Ayam hutan banyak makan tumbuh-tumbuhan... so sangat bersih janganler rasa geli nak makan ....sebab lebih bersih dari ayam bandor. Disebabkan ayam hutan kecik aku masak bersama ayam bandor maka bertemulah ayam hutan dengan ayam bandor dalam satu kuali maka berjejak kasihler dema......

2 ekor ayam utan
1/2 ekor ayam bandor
Cili api hijau segenggam - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
2 inci lengluas - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 batang serai - dikisar
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
10 biji bawang kecil - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
3 keping asam keping
2 biji kelapa ( ambil santan)
Cara-cara
Tumis bahan-bahan kisar dengan sedikit minyak bila dah naik bau masukkan air
Terus masukkan ayam hutan
Masukkan asam keping
Apabila ayam dah empuk barulah masukkan santan setelah santan hampir kering barulah masukkan ayam bandor pulak...(ayam bandor ni tak boleh masak lama nanti hancuss)
Kacaulah sampai kering masukkanla sedikit gula dan garam.....
Apabila hampir masak masukkan daun kunyit dan daun limau
Rendang negeri sembilan ni hanya menggunakan cili api walaupun pedas berapi tapi rasanya walllaaaa.... sedapp.....
Friday, 1 February 2013
Nasi lemak...... Sambal Sotong Kering
Dah lama nak makan sambal sotong kering ni tapi bila pergi pasar carik sotong kering terus tak berselera nak makan sebab warna sotong kering hitam dan kotor....hari tu pergi Pangkor beli sotong kering sangat bersih barulah berselera nak makan. Lepas masak baru rasa alamak asal pulak liat....rupanya kalau nak masak sotong kering ni kena rebus dulu barulah sotong tu lembut.....tak pun beli je ubat kasi lembut sotong rendam dulu tapi disebabkan sotong dah pun masak maka aku letaklah banyak air so masak sampai kering nasib mau lembut....kalau tak jenuh ler nak menguyah....
Kuih Teow Sup ....untuk orang demam
Hari ni kakak demam tak selera nak makan nasi katanya..... nak makan sup pulok....so buatkan kuih teow sup untuk kakak berselera dia makan......
Bahan-bahan
Kuih teow
Ayam
Udang
Fish ball
Carrot
Daun sup
Bawang goreng
Bawang putih 4 biji
Lada hitam
Halia 1 inci
Cara-cara
Tumis bawang putih masukkan air mengikut banyak mana kuah yang perlu
Masukkan sup bunjut adabi dan sedikit ( setengah sudu rempah sup serbuk)dan lada hitam
Apabila air dah mendidih masukkan ayam, halia yang diketuk,carrot, fish ball dan udang
Apabila telah siap hidangkan bersama daun sup dan bawang goreng..
Kuih Poli Kegemaranku
Kuih tradisional orang Terengganu dan Kelantan. Dah lama sungguh aku tak makan kuih ni. Dok tahu bak po aku suko sangat kuih ni. Padahal bahan-bahannya simple je. Tapi kalau ma buat aku makan semahu-mahunya. Nak buat kuih ni sangat senang sebab menggunakan ubi semata, cuma satu perkara yang leceh nak parut ubi kayu tu. Kalau boleh pakai balender mau aku balender je ubi kayu ni . Nak parut sendiri jenuh kotttt. Disebabkan cuti maka aku bolehler mengatur ma minta tolong ma parutkan ubi guna mesin parut kelapa sekejap je siap sekilo setengah ubi kayu.
Ubi kayu yang telah di parut
Balut dengan daun pisang
Bersedia untuk dikukus
Ubi yang telah dikukus di salut pula dengan kelapa
Makan bersama air gula melaka
Subscribe to:
Posts (Atom)























