Monday 30 May 2016

Terubat rindu dihati

Seronoknya ma datang rumah walaupun hanya 2 hari cukup mengubat rindu.... rasa seperti ada semangat baru. Petang semalam bawak ma, kak linda dan anak2 pergi Teluk Batik.

Bye bye tok wan lain kali dtg lagi 

Thursday 26 May 2016

Oh Nabila...

 Karangan yang bertajuk sahabat baik yang ditujukan khas untuk Nabila. 

Thursday 19 May 2016

20 May 2016

Selamat hari lahir yg ke 41 untuk diriku. Semoga dengan meningkatnya usia menjadikan aku seorang yang lebih dekat kepadanya istiqamah dalam amalan 

Ganti puasa

Abah masak istimewa tuk mama dgn kakak berbuka puasa ganti. Menu siakap masak sambal ala thai, baby kailan ikan masin dan kerabu sotong manakala pencuci mulut puding roti yang ni aku  buat.

Tuesday 17 May 2016

Menu hari Rabu

Hari ni cuti tapi masak tidak pernah cuti. Hari2 pun masak kalau rajin masak 3 jenis lauk tapi kalau malas sejenis cukup janji anak2 ku makan air tanganku setiap hari. Menu hari ni sambal sotong, kailan ikan masin dan ikan goreng. Ikan kat sini sangat manis sedap kalau hari2 makan nasi berlaukkan ikan cicah kicap pon sudah menyelerakan.

Tuesday 10 May 2016

Cucur udang

Alhamdulillah petang ni bumi Lekir dibasahi hujan setelah sekian lama kepanasan. Menikmati hujan yang turun sambil makan cucur udang.

Saturday 7 May 2016

Rindu bonda

Sejak kecil sampaila umur 40 aku tak pernah berpisah lama dengan ma. Jujurku akui tak pernah kenal erti rindu pada ma sebab hari2 jumpa hari2 borak. Namun setelah pindah barulah aku rasa apa erti rindu..... bila teringat ma air mata bergenang rindunya......
Dulu hari2 jumpa ma balik kerja borak2 akulah pendengar setia ma macam2 cerita tentang anak2,tentang cucu2, tentang jiran, tentang aktiviti kat surau, tentang kenduri kendara, tentang baju, tentang tudung tentang abah hahaha semua ma citer walaupun ada kalanya aku mendengar cerita yang sama berulang2.
Paling seronok bila teringin nak makan sesuatu menu istimewa air tangan ma sama2 masak makan ramai2 ( selalunya makanan kelantan la).
Setiap bulan aku lah peneman ma beli barang dapur selalunya kat Giant. Ma jugak temanku merayap kat Jalan TAR aku jugaklah perunding imej ma tentang baju dan tudung.
Semoga allah panjangkan umur ma, sihatkan ma agar kami adik beradik dapat menikmati kasih sayang berpanjangan insan yang bernama IBU

Friday 6 May 2016

Rendang siput namanya

Nampak pelik kan siput apa tak ingat nama tak dapat nak tunjuk cengkerang sebab dah hancur kena ketuk nak kuarkan isi kena guna penukul. En suami aku ler yang teringin sangat nak makan aku masak rendang. Bukan senang nak masak siput ni keras isinya kena rebus 1 jam barulah boleh berendang, menyambel atau mengicap. 

Sunday 1 May 2016

Dinner 1 may..

Hari ni kedai tutup sebab tiga pekerja tak datang yang sorang kena renjatan elektrik kebas2 badan yang sorang lagi penat nak pengsan tak larat nak kojer sebab semalam balik kenduri terus datang kojer balik rumah kol 12 mlm masak pulak sambal nasi lemak untuk jual, pagi kojer pulak kat kedai roti canai memanglah penat tahap gaban kan...dan tukang bancuh air pulak nak gi coti bersama keluarga so sapa nak buat kojer tutup jer ler jawabnya....secara tak langsung kami pun boleh rehat jugak. Malam ni chef zaki masak menu istimewa ayam utan masak paprik ( baru dapat orang kasi) , sup ekor dan baby kailan ikan masin. 

Mek cha dah bersedia nak baca doa