Tuesday, 10 February 2015

Hello abah

Sejak dua menjak ni tak de kisah lain kecuali kisah anak-anakku sebenarnya tujuan aku buat blog ni khas untuk anak-anakku juga agar satu hari nanti diorang boleh baca itu sahaja tiada niat lain tapi kalau ada yang baca blog aku terima kasih daun keladi kalau suka bacalah lagi 

                                                               abah....abah...abah...


Hamboi kecik2 dah pandai selfie 

Senyummmmm

Nampak gigi 2 atas 2 bawah

Comotnyer 

Monday, 9 February 2015

Menunggu mama pulang

Macam ni lah Arissa bila petang dia tahu time mama balik nampak ja kereta mama terus lari ke pagar mama. ....mama....mama......selagi tak dukung puteh tak tinggal bawakla kehulu kehilir cute sangat......penghibur hati mama dah besar nanti boleh la tengok keletah2 masa kecik dalam blog mama yer semuanya akan menjadi kenangan abadi....





Wednesday, 4 February 2015

Selamat bersara yana

Selamat bersara yana semoga kita berjumpa lagi kenangan indah bersamamu sentiasa dalam ingatanku. Lumrah dunia bertemu dan berpisah adat manusia biasa. Walaudimanapun berada ikatan silaturrahim akan terus berkekalan.







Malam ni

Dah lama tak ada entri pasal makanan sejak peristiwa banjir kat kelantan rasa macam tak sesuai ja nak citer pasal makan kita makan sedap2 sedangkan orang lain susah nak makan ala2 tak sesuai jer. Malam ni tekak nak makan salad jer tak yah masak Aimi baru sihat demam selera makan pun masih kureng.

Layan hobi...

Sesekala melepas rindu jahit manik baju ni aku tempah tak tahu nak pakai bila silap2 untuk raya mak datuk awalnya....tapi gian nak menjahit punya pasal beli kain tempah baju kebetulan masa aimi warded sesambil nenunggu siap jugak dan inilah hasilnya...


Monday, 2 February 2015

3 hari 2 malam

Orang lain tentu seronok pergi cuti2 malaysia 4 hari cuti tapi aku check in hotel Pusrawi jaga Aimi. Gara2 muntah setiap kali makan ubat Aimi kena admit kerana sudah ada infection dalam darah serius bosan tahap gaban jaga orang sakit nih...malam Aimi takut tido sorang terpaksalah mama teman jugak tinggalkan Arissa tidur dengan kakak (kesian si kecik mama).



Makanan hospital Aimi cakap tak sedaplah mama

Menjahit hilangkan boring

Nun dari kejauhan nampak rumahku syurgaku...

Saturday, 31 January 2015

Demam

Aimi dan seminggu demam budak penakut makan ubat memang payah la nak sembuh setiap kali makan ubat mesti muntah dah macam mana sebijik ikut mama penakut makan ubat. Disebabkan dah banyak kali muntah kena admit jugak sekejap untuk drip pengalaman pertama kena cucuk menjerit la jugak semoga anak mama cepat sembuh....demam2 pun makan tetap selera:)