Chef cuti sebulan seronoknyer hari2 dapat makan sedap. Hari ni chef masak daging masak merah, tom yam udang dan ikan kering special dari
Pangkor.
Friday, 12 June 2015
Dinner
Thursday, 11 June 2015
Nasik arab istimewa
Alahai bertuahnya badan semalam en suami sampai dari kampung terus masakkkan nasi arab untuk bininyer berbuka puasa. Mulai hari ni seronokla anak2 dan mamanyer chef sudah balik order sahaja apa mau makan. Mek sudah order macam2 tu bersediala untuk masak yer chef.
Mek cha macam biasala tukang sibuk
Mek cha macam biasala tukang sibuk
Nikmat manakah yang hendak didustakan
Tuesday, 9 June 2015
Peel makan mek cha
Ni peel makan mek cha yang suka sumbat makanan dan simpan kat pipi. Dia paling suka buah anggur sekali makan 4 bji terus masuk mulut kunyah slow2 sampai habis kulit dia kasi kat mama, kalau dia tidur kena tengok dalam mulut kadang2 makanan masih tersimpan kat pipi budak besar ni kalau kita cakap mana dia faham so kena selalu perhatikan. Kalau kat rumah Tok Wa, Tok Yah selalu akan picit pipi dia habis keluar segala makanan dalam mulut.
Dah macam upe apa tah....
Dah macam upe apa tah....
Paling suka buah anggur
Makan anggur sambil berbuai
Buruknyer rupa
Monday, 8 June 2015
Mendobi si puteh
Puteh mek cha dah kembali putih gebu sebelum ni si kelabu sakit jer mata mama tengok tapi tak tahu masa bila sesuai nak gi dobi asyik berkepit ja dengan puteh pantang hilang dari mata teh...teh...teh....dah macam kembar dia. Kalau cuci dengan mesin basuh kat umah tak bersih. Sabtu minggu lepas bawak mek cha gi dobi semata2 nak basuh puteh nasibla dia tak nangis menunggu puteh bleaching dengan penuh kesabaran.
Si puteh mek cha cacat mata hilang sebelah

Si puteh mek cha cacat mata hilang sebelah

Sunday, 7 June 2015
Kenduri kawin
Lama sungguh tak pergi kenduri kawin hari ni ada jemputan kawin kat Senawang tumpang adik aku, bawak ma sekali. Perjalanan lebih kurang 45 minit ikut Lekas. Pengantinnya Eisya Toh dan Huzairi adik ipar abang aku.
Bersama si cantik Syafiqah
Pengantin lelaki iras Anuar Zain
Tinggi Eisya Toh peramah orangnya
Wednesday, 3 June 2015
Kakak
Kakak nampak jer halus tapi minat sukan softball petang2 ja pergi training hampir setiap hari sampai muka tu dah hitam macam dayang senandung mama tengok yang putih bahagian bingkai speck ja. Ini gambar kenangan kakak dengan geng softball, sekolah kakak dapat tempat pertama keseluruhan sekolah2 daerah Gombak.
Monday, 1 June 2015
Majlis bacaan yasin
Majlis bacaan yasin dan sambutan hari lahir yang terakhir ku bersama sahabat ofis. Bulan ni last aku berkerja lepas ni boleh nyah anggur. Sayang nak tinggalkan sahabat banyak kenangan indah bersama lepas ni memang payahla nak jumpa kembali hanya FB dan wassap perhubung bicara.
Bersama sahabat yang menyambut hari lahir pada bulan April dan Mei
Bersama sahabat yang menyambut hari lahir pada bulan April dan Mei
Yang ni aku masak
Cantik kek sesedap rasanya...
Subscribe to:
Posts (Atom)