Hasil kerja tangan Najla untuk majlis perkahwinan pada 20 December ni di Felda Villa.
Thursday, 17 December 2015
Wednesday, 16 December 2015
Ikea Cheras
Seronoknya Ikea Cheras dah buka dekat ja dengan rumah mak . Ikea Damansara jauh rasanya baru dua kali aku pegi. Kalaulah aku masih kerja kat ofis lama mau setiap hari jumaat menjadi pengunjung setia. Selama ni orang citer meatball ikea sedap pertama kali aku rasa nak cakap terus terang loya tekak ni tak habis makan pun pelik macam mana orang boleh kata sedap. Barang yang menarik minat aku tentulah barangan kaca dan perhiasan yang comel2 kat tempat lain tak jual.
Monday, 14 December 2015
Jumpa BFF
Kami cuti lama hujung minggu baru balik Perak. Semalam Aimi jumpa Bff dekat AEON pergi kol 10 pagi sakan korang sampai kol 3 baru balik. Bila tanya macam mana sejak Aimi pindah masing2 jawab bosan sunyi tak de orang nak buat lawak dan nak gelak guling. Rupanya selama ni dia kaki gelak dan buat lawak.
Thursday, 10 December 2015
Santai petang@Teluk Batik
Dah 5 bulan balik Sitiawan baru berkesempatan pergi pantai. Aku paling suka menikmati suasana petang tepi pantai melihat sunset subhanallah sangat cantik ciptaanmu.
Monday, 30 November 2015
Cemerlang????
Nak gelak mama bila jumpa hadiah ni dalam bonet kereta. Last day sekolah Aimi ada cerita dia dapat hadiah pelajar cemerlang tahun 5 tapi aku tak tanya pulak apa hadiah yang dia dapat. Tadi buka bonet nampak ni ambik ler sekeping gambar buat kenangan...
Wednesday, 25 November 2015
Sunday, 15 November 2015
Majlis pernikahan ekin dan Alif
Majlis pernikahan cucu pertama dalam keluarga ibu mertuaku. Aku jadi bidan terjun masak untuk 80 orang jemputan dan jadi mak andam untuk pengantin kerlas tak???.Selamat pengantin baru ekin semoga berbahagia hingga ke jannah.