Wednesday, 23 December 2015

Majlis persandingan@felda Villa

Majlis menyambut menantu pertama Abg long dan Kak yong sangat meriah semua perpakaian warna sedondon. Adik beradik berhimpun masing2 dengan tugasan yang telah ditetapkan. Nak share gambar kemeriahan sepanjang majlis berlangsung.

Tuesday, 22 December 2015

Flower girls&flower boys

Majlis perkahwinan Abg Ngah menjadi bertambah meriah dan ceria dengan adanya flower girl dan flower  boy yang terdiri daripada sepupu sepapat.

Thursday, 17 December 2015

Flower crown

Hasil kerja tangan Najla untuk majlis perkahwinan pada 20 December ni di Felda Villa.

Wednesday, 16 December 2015

Ikea Cheras

Seronoknya Ikea Cheras dah buka dekat ja dengan rumah mak . Ikea Damansara jauh rasanya baru dua kali aku pegi. Kalaulah aku masih kerja kat ofis lama mau setiap hari jumaat menjadi pengunjung setia. Selama ni orang citer meatball ikea sedap pertama kali aku rasa nak cakap terus terang loya tekak ni tak habis makan pun pelik macam mana orang boleh kata sedap. Barang yang menarik minat aku tentulah barangan kaca dan perhiasan yang comel2 kat tempat lain tak jual.

Monday, 14 December 2015

Jumpa BFF

Kami cuti lama hujung minggu baru balik Perak. Semalam Aimi jumpa Bff dekat AEON pergi kol 10 pagi sakan korang sampai kol 3 baru balik. Bila tanya macam mana sejak Aimi pindah masing2 jawab bosan sunyi tak de orang nak buat lawak dan nak gelak guling. Rupanya selama ni dia kaki gelak dan buat lawak.

Thursday, 10 December 2015

Santai petang@Teluk Batik

Dah 5 bulan balik Sitiawan baru berkesempatan pergi pantai. Aku paling suka menikmati suasana petang tepi pantai melihat sunset subhanallah sangat cantik ciptaanmu.