Malam ni masak sendiri grill chicken chop sejak buka restoran ini kali ke 2 makan udah tengok tiap2 hari rasa jemu pulak...kepada sesiapa yang teringin tu mai ler ke Wadi Safiya yer....
Tuesday, 16 December 2014
Sunday, 14 December 2014
Friday, 12 December 2014
Selamat hari lahir Arissa Safiya
Hari ini genab setahun umur sayangku Arissa pantasnya masa berlalu. Baru dua tiga hari dia dah pandai jalan terkedek2 gigi langsung tak ada. Arissa dah pandai cakap beberapa perkataan dengan jelas putih....mama...abah....air tea. ... mamam dan wewe(tok wan).
Thursday, 11 December 2014
Menu@Wadi Safiya
Ini diantara menu yang sempat aku amik gambo iaitu grill chicken chop,chicken chop dan nasi goreng chicken chop. Sapa nak rasa jemputlah datang ke restoran wadi safiya...
Sunday, 7 December 2014
Boss kecik
Tengok tu gaya boss kecik sesekala melawat restoran siap naik motor besau amboi2 kemain lagi udah macam Erra Fazira minat moto berkuasa tinggi
Hangus
Beginilah jadinya kalau kelam kabut didapur macam2 nak buat sampai terlepas pandang padahal ramai ja orang kat dapur tapi masing2 sibuk kaedahnya udah hangus kentang hitam legam...biasala semuanya masih baru tak biasa lagi nak buat banyak perkara dalam satu masa..
Friday, 5 December 2014
Nasi lemak
Kisah nasi lemak yang jadi kegemaran keluarga sekarang menjadi kegemaran ramai tak sangka pulak aku boleh masak nasi lemak 2 kilo sehari dan mendapat sambutan, permulaan yang sangat baik. Yang paling gumbira bila ada pelanggan restoran yang kasi tahu sambal nasi lemak sangat sedap.....terharu akak.....ada yang datang setiap hari untuk makan nasi lemak kalau dah setiap hari datang dan order nasi lemak maknanya apa???? sendiri faham lah kan.....alhamdulillah walaupun agak penat tapi puas hati....