Friday, 13 January 2017

Resepi Akok Kedut

Memang tak sangka mudoh sungguh buat akok dengan menggunakan Trio cuisine baru beli oulls. Paling best dalam masa hanya satu jam iaitu sekali bancuhan boleh dapat 45 ke 50 butir. Sejak dok perak ni akak tok jupo lagi ore jual akok dok terliur sokmo sekarang nak makan akok tiap2 hari pon boleh. Nak kasi tahu akak tak jual benda ni carilah sendiri ok meh nak kongsi resepi akok kedut yang sedap. Ni nak pesan buat akok telur tu jangan nak baget2 sangat eh...kalau dalam resepi 8 biji ikut jer jangan nak memandai kurangkan...kang tak jadi ko nak salahkan resepi lak...padahal ko yang derhaka resepi..

Kalau guna Trio Cuisine ni pasti jadi
Letak jangan penuh sangat 
Yang terkeluar tu sbb letak penuh so kalau nak cantik kurangkan sikit ...
Senang sangat tak payah nak set suhu bagai letak ja kalau dah masak penutup tu akan terbuka sendiri
Ok dah siap akok yang sedap molep kedut dih tu sebab banyok telur
Bahan2
8 biji telur
1 cawan tepung
1 cawan air pandan guna 6 helai daun pandan blend( kalau nak buat perasa pandan)
2 karet nise (rebus dgn 1 cawan air kalau nak buat perasa nise)
1 cawan gula (kalau tak suka manis kurangkanlah)
1 1/2 cawan santan
Secubit garam
Blander semua 
Cara²
Blend semua bahan 
Masukkan dlm jug
Tuang dalam acuan
Panaskan acuan terlebih dahulu

Saturday, 24 December 2016

Layan upin ipin

Mek cha kalau dapat tengok upin ipin mama panggil pon dia tak layan buat bodo jer....minat sungguh tersengeh sengeh tergelak sorang2. MaDulu pon dia suka tengok upin ipin tapi layan tanpa perasaan tak paham sekarang dah paham siap ajuk percakapan uncle muthu sikit2 ayo yo ayo yo....betul...betul..betul...cute jer. Meh tengok gaya2 mek cha layan upin ipin.

Amboi khyusuk benor...
Kalau macam ni masa nak tido putih disisi sambil tangan gentel ekor putih
Yang di pulak kat dapur kedai bila cust tak de semua orang borak kat luar bising dia lari ke dapur 
Bila orang busy time tu la dia nak balik umah bila tak de sapa nak layan dia bawak diri siap baring kat tangga

Sunday, 4 December 2016

Menu senin

Fuhhh lama sungguh tak update pasal masak2 kan....hari ni masak lemak udang,kerabu mangga dan ikan kembung goreng alhamdulillah

Saturday, 17 September 2016

Petai.

Kalau dah penggemar petai kalau boleh semua masakan nak letak petai baru selera nak makan katanya. Teruk sungguh kesukaan en suamiku kepada petai.

Ikan sambal petai
Kulit cempedak gereng petai
Daging goreng petai
Sambal sotong petai
Sambal udang petai

Wednesday, 24 August 2016

Nasi ayam rupa nasi tomato

Tak pernah lagi dalam sejarah masak nasi ayam rupa nasi tomato. Gatal sangat nak letak pewarna konon nak kasi nampak lawo sikit warna kekuningan tercurah lebih pewarna udah jadi warna kemerahan. Main curah2 jer dari botol tak sukat pakai sudu hei buat kojer nak cepat gitulah mujur la rasa tak berubah.