Saturday, 27 September 2014

Rendang Daging Negeri Sembilan

Tak sabar nak tunggu raya haji semalam buat rendang daging teringin sangat. Bila cakap nak buat rendang en suami beriya beli daging 2 kilo sekilo tak cukup katanya. Bila dah siap ja en suami kata tak suka rendang negeri sembilan terasa akak.... paksa jugak dia makan masuk freezer separuh raya haji ni tak payah masak rendang lagi.

                      Rendag negeri sembilan langsung tidak menggunakan bawang 



Bahan-bahan
1 kilo daging
1 kilo santan 
6 batang serai
2 inci kunyit hidup
segenggam cili padi hijau
2 helai daun kunyit
5 helai daun limau purut
2 sudu kerisik
Cara- cara
Blender cili padi, kunyit hidup, serai dan 2 sudu garam 
Masukkan ke dalam kuali kacau bersama daging 
Masak dengan api yang kecil sampai air hampir kering 
Masukkan santan kacau sehingga kering 
Masukkan kerisik
Campak daun limau dan daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa 


No comments: