Monday, 21 April 2014

Bila budak bam bam melaram......

Mesti semua perasan sekarang Aimi dah bam bam mana tidaknya asyik nak makan jer kalau makan bukan sepinggan ok apa barang sepinggan banyaknya kalah abah dia makan. Sehari 3 kali makan nasi kekadang tu kalau lauk yang Tok Wan masak sedap kena dengan selera  siap bawak bekal gi sekolah agama maknanya 4 kali sehari makan nasi. kalau weekend mama dia masak lagilah makan tak hengat tak habis-habis puji sedapnya mama masak ...sedapnya mama masak mek nak makan lagi boleh........gitulah selalu.....

Tengoklah dagu dia dah berlapis-lapis tang perut jangan cakaplah tah berapa lapis. Bila orang cakap dia gemuk mulalah nak diet tapi setakat cakap mulut jer la nampak jer nasik hilang segala hangan-hangan nak diet tu. Semua seluar jeans dia dah tak muat so terpaksa pakai seluar kakak kalau diikutkan sama saiz baju dan seluar dengan kakak cuma kakak tinggi sikit jer. Yang kelakornya bila dia nak jugak pakai seluar jeans memang boleh masuk la tapi lepas makan udah sengkak tak boleh bernafas. Aimi satu hal tak pernah heran dengan KFC,Pizza atau MCd  kekadang bengang jugak disebabkan dia kena masak nasik lauk telur goreng pun dah buat dia selera dan makan bertambah-tambah. Kitaorang makan apapun ok janji kenyang tapi dia nak nasik jugak....

                  Ni foto masa pegi dinner ofis dia masuk pertandingan baju pengantin 
                           






Menunggu pengantin lelaki yang tidak kunjung tiba





2 comments:

Umm AA said...

syomelnya pengantin bambam nie..hehe

Unknown said...

pengantin bam2 tak menang pun dapat hadiah saguhati jer...