Sunday, 11 May 2014

Sabarajelah.....

Pernah tak korang alami situasi yang membuatkan rasa nak marah dipagi hari dalam keadaan kelam kabut nak pergi kerja anak2 nak pergi sekolah ada jer hal yang melambatkan atau peristiwa yang macam tak masuk akal tapi terjadi dalam kehidupan kita. Ini antara kisah2 yang aku hadapi ....

Biasanya sebelum kuar rumah aku akan dukung Arissa sebelah kanan dan handbeg sebelah kiri beg pam dan botol susu minta Najla atau Aimi bawakkan. Dah beberapa kali terjadi bila sampai jer rumah ma beg susu tak de maknanya dua orang anak dara aku tak bawak ya allah masa tu rasa nak nangis terpaksa balik rumah semula kalau dah patah balik tentulah akan lambat sampai ofis sebab jalan jam. 

Ni kisah Aimi dan Najla selalu buat hal pagi2 bila dah masuk kereta tiba2 dia cakap eh mama mek lupa nak bawak beg la ingatkan beg mek dalam kereta rupanya mek dah bawak naik adoiii pagi2 dah buat mama naik angin kebetulah pulak dah lambat terpaksa tunggu dia naik ambil beg sekolah. Kalau Najla selalunya tertinggal buku mama kakak lupa buku sejarah tertinggal kat bilik belajar dan macam2 yang tertinggal selepas masuk dalam kereta.

Selalu Aimi akan tinggalkan kasut dalam kereta (kereta aku dah mcm stor kasut dia) naik rumah hanya pakai selipar bila sampai depan sekolah nak pakai kasut (dah memang tabiat dia sampai sekolah baru nak pakai stokin dan kasut) udah tak de kasut rupanya dia tak bawak balik kasut tinggal kat rumah Tok Wan terpaksa la pergi rumah Tok Wan ambil kasut sekolah dia dan hantar balik gi sekolah. Ni masih kisah kasut tapi kes tertukar kasut dengan kasut kakak bila sampai depan sekolah baru tahu kasut sebelah lain kasut kakak sebelah ...kasut dia sebelah bila dah macam ni jawabnya tak yah la pegi sekolah. 

Kisah yang paling stress bila sampai rumah penat2 balik kerja kunci rumah tak de dalam beg puas cari segala celah tak hado tak tau tinggal kat mana nak call en suami takut kena marah so terpaksalah anak beranak patah balik kerumah Tok Wan... sendiri silap sendirilah tanggung. 

Yang paling best dan paling tak boleh blah kunci kereta jatuh kat celah lubang lift macam mana tu yer dalam banyak2 tempat kat celah lubang tu jugak ko nak jatuh bila kunci kereta tak de terpaksalah aku bercuti tak boleh nak pergi kerja kena tunggu lift maintenance datang ambil kunci nun dalam lubang lift sejak dari peristiwa tu sampai sekarang aku cukup takut pegang kunci bila sampai depan lift.

2 comments:

Umm AA said...

Hadoi tensinya kan kalau tengah kalut2 semua tuh terjadi..kena buat checklist tuk depa tuh sblm turun lift..
yg jatuh celah lift tuh...hmmmm tal dpt bygkan..hehe

Unknown said...

yerlah ummu kena buat checklist tampak kat pintu
peristiwa kunci jatuh celah lift akanku ingat sampai bila2