Tuesday, 11 November 2014

Trajedi 11 November....

Kejadian berlaku semasa perjalanan pulang dari Cameron Highland ikut laluan Tapah. Kami pilih untuk ikut laluan Tapah kerana lebih dekat walaupun agak bahaya kerana sepanjang perjalanan penempuhi berpuluh2 lokasi tanah runtuh tetapi perjalanan masih selamat. Namun entah dimana silapnya apabila melalui kawasan empangan tayar kereta telah terlanggar batu yang berada di tepi jalan. Pelanggaran menyebabkan tayar pecah. Menggelabah aku tak pernah terjadi kejadian macam ni tayar pecah di tengah hutan lokasinya lebih kurang 3 km untuk sampai Lata Iskandar. Segala barang terpaksa dikeluarkan dari bonet untuk keluarkan spare tyre. Kurang lebih satu jam kami disitu mujur ada bas dan lori lalu lalang so tidak rasa takut sangat. Orang Asli pun ramai jer yang lalu naik motor. Lepas tukar tayar kami teruskan perjalanan bawak slow ja sampai pekan Tapah carik kedai tayar lepas tukar, teruskan perjalanan alhamdulillah selamat sampai Kl.


Tayar pecah langgar batu

Budak ni tengah pening banyak kali berhenti muntah

Tersadai di tengah hutan 

Hai apalah nasibku hari ni...

Bos tengah tukar tayar..

No comments: