Saturday 7 May 2016

Rindu bonda

Sejak kecil sampaila umur 40 aku tak pernah berpisah lama dengan ma. Jujurku akui tak pernah kenal erti rindu pada ma sebab hari2 jumpa hari2 borak. Namun setelah pindah barulah aku rasa apa erti rindu..... bila teringat ma air mata bergenang rindunya......
Dulu hari2 jumpa ma balik kerja borak2 akulah pendengar setia ma macam2 cerita tentang anak2,tentang cucu2, tentang jiran, tentang aktiviti kat surau, tentang kenduri kendara, tentang baju, tentang tudung tentang abah hahaha semua ma citer walaupun ada kalanya aku mendengar cerita yang sama berulang2.
Paling seronok bila teringin nak makan sesuatu menu istimewa air tangan ma sama2 masak makan ramai2 ( selalunya makanan kelantan la).
Setiap bulan aku lah peneman ma beli barang dapur selalunya kat Giant. Ma jugak temanku merayap kat Jalan TAR aku jugaklah perunding imej ma tentang baju dan tudung.
Semoga allah panjangkan umur ma, sihatkan ma agar kami adik beradik dapat menikmati kasih sayang berpanjangan insan yang bernama IBU

No comments: