Saturday 18 June 2016

Projek jahit tudung raya

Macam biasa tudung raya aku hanya beli yang plain lepas tu pepandaila nak menepek lace nak seri sikit jahit pulak manik dan hasilnya tidaklah mengecewakan aku. Aku ni bukanlah jenis yang sanggup beli tudung harga ratusan ringgit tak gamak ko.....alahai setakat tudung jer pun janji tutup kepala, tutup dada sudah. Ngeri weh tengok tudung sekarang ni mahal bebenor tak masuk akai pun ada regenya. Tudung aku yang plain  buble ( tak yah gosok) paling akak suka rege rm 15 jer pastu aku beli la lace dan manik kos tak sampai rm 20 gitew dah boleh pakai untuk raya brand nan hado beli kat pasar tani. Prinsip akak senang jer kalu ko dah cantik pakai tudung rm 10 hengget pun tetap cantik tudung tak boleh mengubah muka ko tetiba jadi secantik Neelofa. Kesimpulannya tak payah la membazir duit beli tudung mahai2 bersederhanalah dan satu lagi janganlah dek kerana tudung sanggup tidur dikakilima kedai hish melampau!!!!


Aku susun menyerong nak susun caner ikut suka hatila
Paling geram bila mama nak jahit ada si comel mengacau 
Ok dah siap.....nampak jer sikit tapi sakit leher ooo

No comments: