Tuesday, 9 September 2014

Sumber inspirasiku....

Sukanya tengok photo2 di instagram tengku puan pahang dan sorang lagi nani rostam mak Hanis Zalika. Dulu aku suka baca blog dia sekarang follow instagram pulak aku paling suka part daining cara dia sediakan meja dan cara mempersembahkan air tangan dengan pinggan mangkuk yang cantik2. Mungkin sebab dah minat  tu yang tiap2 hari mesti tengok insta depa tak pernah jemu, lain orang lain minatnya kalau orang yang minat handbeg cam gitu lah gamaknya mesti dok tengok  handbeg ja tapi aku minat masak dan deco2 makanan nak citer macam mana tah...... rasa jiwa terhibur bila dapat tengok pinggan cantik 2 dan makanan sedap2 seperti terapi mata gitew lah lebih kurang.....hebatnya depa dua orang ni boleh masak macam2 makanan nampakpun dah sedap kalau dapat rasa apatah lagi teringin nak jadi macam ni dapat masak sedap2 untuk family sendiri dan tetamu yang bertandang.

Monday, 8 September 2014

Marah nampak.....

Lain anak lain perangainya.....inilah Aimi kalau dia marah atau tak puas hati dengan mama ...kakak dan terkini adik macam nilah cara dia melepaskan perasaan. Dia ada diari tau suka meluahkan isi hati dalam diari. Kalau dia baca blog mama mesti tekejut sebab mama terjumpa kertas ni padan muka....mau gelak sakan nanti tak sabar nak tunggu dia baca blog.

                      Ayok kakak dah marah....tak boleh blah tang telinga tu...

Telinga adik samakan dengan lukisan kakak 

Sunday, 7 September 2014

Basikal siapa????

Cantikkan basikal tua ni walaupun dah berpuluh tahun tetap terjaga bersih cat pun hitam berkilat siapalah agaknya tuan punya basikal ni yer teringin nak kenal tuan punya basikal antik ni pandai bebenor jaga basikal, pinjam boleh tak buat roud kampung. Nak kenal tak dengan tuan empunya basikal ni....




Meh kita berkenalan ...

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Laaa     tak bertuan rupanyanya...... lukisan semata ....jatuh hati pada pandangan pertama  terbaiklah.....


Saturday, 6 September 2014

Sup Ikan Tambak

Hari ni malas nak buat breakfast so terus masak lunch menu sup ikan Tambak ni ikan batu karang en suami pancing, ikan kering dan ikan bilis goreng kicap pedas lauk yg menyebabkan aku makan bertambah2. Alhamdulillah diatas rezeki hari ni.

Nasi lemak sambal sotong petai

Semalam aimi suruh masak sambal sotong letak petai....jangan tak tau budak bam bam ni suka makan petai. Aku selalu masak sambai ikan bilis,udang letak petai. ..tapi aku tak makan petai tu sebab tak tahan bau. Aku tak suka betul kalau bercakap dengan orang mulut bau petai adoi rasa nak sepak mulut orang tu kalau dah makan petai tu bawak2 ler gosok gigi kasi hilang bau barulah leh cakap dengan orang kan. Eh ni pesal melalut kisah petai pulak.....ok sambung citer. ...pagi tadi dah alang2 masak sambal sotong buat sekalilah nasi lemak masak 3 cawan secawan setengah aimi yang belasah....nak buat cam mana lah budak sorang ni makin kuat makan.

Friday, 5 September 2014

Simple jer....

Ni jer lauk yang sempat masak malam ni. Sotong goreng tepung, kerabu mangga dan ikan goreng  yang comel semua ni en suami pancing semalam.

Thursday, 4 September 2014

Inilah hasilnya.....

Setelah 3 hari abg nelayan turun kelaut inilah hasilnya bawak balik untuk anak bini. Disebabkan pergi 8 orang maka semua hasil tangkapan di bahagikan sama banyak. Aku paling teruja tengok sotong besau2 weh...sebesau lengan en suami. Ikan tak lah banyak sesink jer. ....ok lah muat2 freezer tu tak taulah berapa lama nak habis....tak pelah ikan ko duduk diam2 dalam tu....nanti aku masak. Inilah pertama kali abg nelayan gi jauh sebelum ni setakat kolam...muara tapi kali ni dah sampai ke Pulau Tioman....area mersing dan kawasan sekitar dengannya dia sewa bot kalau tak silap seribu lebih gak la share reramai. Alahai gi Pulau Tioman sensorang jer tak ajak kite pun teringat kenangan haneymoon dulu.

                    Sotong besau2 macam2 menu bini abg nelayan boleh masak 

Ikan penuh sink

Ini ikan paling besau 

Masak sotong pada detik 12 malam 

Dah siap sotong goreng kunyit 

Pagi ni punya breakfast