Hari ni menu dinner udang galah masak lemak,udang galah goreng berempah dan sayur kailan ikan masin alhamdulillah.....
Friday, 14 November 2014
Wednesday, 12 November 2014
Mek pink....
Warna pink kegemaran mama maka tidak hairanlah setiap kali beli baju anak2 warna pink akan menarik perhatianku. Daripada Najla kemudian Aimi sehinggalah Arissa tak habis2 dengan baju pink. Sekarang kakak dan Aimi dah besar sudah ada citarasa tersendiri diorang tak suka baju yang aku pilih. ..Najla selalu cakap mama kakak bukan kecik lagi ok tak habis2 mama pilih warna pink. Aimi pulak kalau aku nak beli baju dia akan pesan mek tak nak warna pink yer, mama pun tersentak dari lamunan. ....sekarang dah ada Arissa dia pulak jadik mangsa pink mama. Kalau beli baju warna pink tetap menarik perhatianku nak buat caner....pada aku kalau gegirl pakai baju pink terserlah kecomelannya.
Di mana Arissa disitu ada putih...
Tuesday, 11 November 2014
Trajedi 11 November....
Kejadian berlaku semasa perjalanan pulang dari Cameron Highland ikut laluan Tapah. Kami pilih untuk ikut laluan Tapah kerana lebih dekat walaupun agak bahaya kerana sepanjang perjalanan penempuhi berpuluh2 lokasi tanah runtuh tetapi perjalanan masih selamat. Namun entah dimana silapnya apabila melalui kawasan empangan tayar kereta telah terlanggar batu yang berada di tepi jalan. Pelanggaran menyebabkan tayar pecah. Menggelabah aku tak pernah terjadi kejadian macam ni tayar pecah di tengah hutan lokasinya lebih kurang 3 km untuk sampai Lata Iskandar. Segala barang terpaksa dikeluarkan dari bonet untuk keluarkan spare tyre. Kurang lebih satu jam kami disitu mujur ada bas dan lori lalu lalang so tidak rasa takut sangat. Orang Asli pun ramai jer yang lalu naik motor. Lepas tukar tayar kami teruskan perjalanan bawak slow ja sampai pekan Tapah carik kedai tayar lepas tukar, teruskan perjalanan alhamdulillah selamat sampai Kl.
Tayar pecah langgar batu
Budak ni tengah pening banyak kali berhenti muntah
Tersadai di tengah hutan
Hai apalah nasibku hari ni...
Bos tengah tukar tayar..
Bubur Asyura Kelantan
Sedapnya bubur asyura kelantan setahun sekali ja dapat makan, kuih ni aku beli pesan kepada kawan ofis yang setiap weekend balik Kelantan. Kalau berminat boleh beli online melalui www.kuih kelantan.com
Sebekas RM 15.00
Friday, 7 November 2014
Monday, 3 November 2014
Pengotor
Selalu pagi-pagi india putu mayam naik motor akan lalu depan rumah ma, sesekala ubah selera aku beli putu mayam untuk breakfast. Sekarang sejak tengok gambar ni tekak aku dah tak boleh nak terima putu mayam, tak kisahla ni kat mana sekalipun aku tetap anggap semua sama, pengotor tak hengat..... tengoklah tu dengan tak berbaju gelap hati makan makanan yang tak bersih dan kotor. Inilah diantara punca aku langsung tak boleh makan kat kedai mamak kembang tekak.
Saturday, 1 November 2014
Hari Karnival SKTK 1
Hari ni busy kesana kemari walaubagaimanapun sempat jugakla singgah sekolah Aimi ada hari karnival. Sebenarnya aku datang nak tengok Aimi masuk persembahan tarian dan gerakan tapi bila sampai selesai sudah.... ruginya tak dapat tengok dia buat persembahan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
