Monday, 8 June 2015

Mendobi si puteh

Puteh mek cha dah kembali putih gebu sebelum ni si kelabu sakit jer mata mama tengok tapi tak tahu masa bila sesuai nak gi dobi asyik berkepit ja dengan puteh pantang hilang dari mata teh...teh...teh....dah macam kembar dia. Kalau cuci dengan mesin basuh kat umah tak bersih. Sabtu minggu lepas bawak mek cha gi dobi semata2 nak basuh puteh nasibla dia tak  nangis menunggu puteh bleaching dengan penuh kesabaran.

                                   Si puteh mek cha cacat mata hilang sebelah 
                              
   

Sunday, 7 June 2015

Kenduri kawin

Lama sungguh tak pergi kenduri kawin hari ni ada jemputan kawin kat Senawang tumpang adik aku, bawak ma sekali. Perjalanan lebih kurang 45 minit ikut Lekas. Pengantinnya Eisya Toh dan Huzairi adik ipar abang aku.





Bersama si cantik Syafiqah  



Pengantin lelaki iras Anuar Zain 

Tinggi Eisya Toh peramah orangnya 

Wednesday, 3 June 2015

Kakak

Kakak nampak jer halus tapi minat sukan softball petang2 ja pergi training hampir setiap hari sampai muka tu dah hitam macam dayang senandung mama tengok yang putih bahagian bingkai speck ja. Ini gambar kenangan kakak dengan geng softball, sekolah kakak dapat tempat pertama keseluruhan sekolah2 daerah Gombak.










Monday, 1 June 2015

Majlis bacaan yasin

Majlis bacaan yasin dan sambutan hari lahir yang terakhir ku bersama sahabat ofis. Bulan ni last aku berkerja lepas ni boleh nyah anggur. Sayang nak tinggalkan sahabat banyak kenangan indah bersama lepas ni memang payahla nak jumpa kembali hanya FB dan wassap perhubung bicara.

                              Bersama sahabat yang menyambut hari lahir pada bulan April dan Mei

Yang ni aku masak

Cantik kek sesedap rasanya...

Sunday, 31 May 2015

Weekend

Cuti sekolah dah mula lega dapat rehat sikit cuma kesian kat anak-anak tak dapat pergi holiday seperti kebiasaan cuti sekolah. Macam biasa kalau cuti pagi -pagi dah masak disebabkan mama plan nak merayap dengan geng so kenala ambil hati kakak dengan mek yang nak kena jaga adik, maaflah anak2ku mama bukan selalu leh merayap sesekala ja. 

                                                       Siakap stim permintaan mek                         
                               
                                                       Spaghetti Aglio permintaan kakak                        

                                    Lepas setel makan anak2 mama gi KLIH fair 2015 kat PWTC  

Bertiga

Bersama si cantik Azizah Ariffin awet muda ko


Malam masak lamb Chop kakak nak makan

Mek Cha pun sibuk nak makan gaya macam pandai 

Thursday, 28 May 2015

Packing

Bukan mudah nak pindah rumah tambahan pulak pindah jauh kena pastikan perabut dibalut dengan elok kalau tak terimalah nasib perabut calau balau rosak pecah bagai. Hari tu dah call company movers siap hantar consultant amik gambar dia kata barang aku terlalu sikit pulak macam tak berbaloi nak gunakan khidmat diorang sebab cas agak mahal, kalau gini kaedahnya buat sendiri ajerlah lagipun masih banyak masa . Barang kaca seperti pinggan mangkuk semua aku suruh en suami bawak dengan kereta ja tak yakinlah naik lori kang pecah menangis tak berlagu bukan senang akak nak mengumpulkan kesemua pinggan mangkuk tu hokey siap main kutu pinggan ko hahaha ( pecah rahsia).

Weekend  aku packing barang kotak kirim kat kawan belikan kat selayang  buat sendiri sikit2 lelama setel jugak. Habis semua perabut aku balut memula cantik tapi bila dah malas hentam sajalah janji berbalut. Harap lepas ini tiada lagi episode pindah rumah dulu pindah rumah tak terasa sangat sebab barang sikit sekarang barang makin bertambah tak larat nak berkemas. 





Tengok mek cha menyibuk jugak nak panjat kotak

Wednesday, 27 May 2015

OLIcandy

Setelah  mencuba 2 kotak olicandy sudah nampak perbezaan pada kulit terutama kulit wajah la tidak kering, cerah sedikit, kulit lebih bersih  tidak kusam dan lingkaran hitam bawah mata semakin berkurangan. Yang paling aku suka cara nak makan pun senang hanya hisap macam makan gula2 tak perlu bancuh boleh bawak kemana sahaja letak dalam handbag. Sebelum ni aku minum collagen kena bancuh selalu terlupa dan agak kemalasan nak bancuh olicady memang memudahkan kalau malas jugak nak makan tak tahulah nak kata ape. Harga tak mahal sangat berpatutan sekotak hanya RM 50 sahaja walaupun murah tapi berkesan itu yang aku nak cari. Aku tak jual tau cuma nak kongsi pengalaman menggunakan olicandy kalau nak beli boleh wassap no ni, nama aku tak tahu tapi panggil adik olicandy 011 14950981.



Kelebihan OLIcandy
Tona kulit berganda lebih cerah
Kulit lebih gebu, lembap dan tegang
Memperbaiki tekstur kulit tua dan mati
Mengurangkan pigmentasi dan garis kedutan
Memberi kecerdasan badan sepanjang hari 
Menyekat pembentukan Jerawat dan merawat masalah jerawat yang serius
Merangsangkan, menghasilkan Glutatione dalam badan secara semulajadi iaitu dari daun Zaitun, lebih efektif berbanding mengambil gluta
Membantu menghilangkan parut dengan berkesan dan efektif