Thursday, 1 May 2014

Spaghetti Carbonara

Ni malam tadi punya citer tekak ni teringin nak makan spaghetti cabonara lah pulakkk dengan bahan2 yang tak berapa nak cukup masak jugak rasa sedaplah cuma tak berapa nak lemak sebab tak letak parmesan cheese kalau lemak lagi sedap dan makan lagi banyakkk yang penting habis licinnn.

Tuesday, 29 April 2014

Malam Raikan Cinta.....

Dinner ofis tema raikan cinta ramai jugak kengkawan yang sangat sporting pakai baju kawin dengan pasangan masing2. Kalau aku nak pakai baju kawin masih muat tapi disebabkan en suami tak pegi so tak delah nak beriya2 sangat.... pakai baju biasa2 jer. Pergi dengan Najla dan Aimi....Arissa si kecik tinggal kat ma rasanya tak sesuai pegi majlis macam ni nak bawak baby. Majlis tak lah meriah sangat. ....biasa2 jer tak de artis undangan pun.Tapi yang paling best kat ofis aku ni setiap staf yang datang akan dapat cabutan bertuah semua tak balik dengan tangan kosong masing2 ada hadiah.


 









Saturday, 26 April 2014

Nasi lemak buah bidara......

Gara-gara sayang nak buang santan lebih buat mee kari petang semalam maka pagi ni kami makan nasi lemak.....gerun pulak rasanya makan berlemak dua tiga hari ni. Disebabkan aku masih berpantang tak boleh makan timun dan kangkung jadik gantikan dengan salad. Najla tukang perap dan goreng ayam tah apa mimpi rajin hari ni sedap la pulak ayam tu rasa ala2 berempah dia letak rempah kari sikit masa perap ayam ni mesti ikut resepi Tok Wan.



Mee Kari Udang

Malam ni dinner makan mee kari udang nak perabis udang yang ada lagipun dah lama tak masak mee kari aku tak berapa minat mee kari tapi peberet en suami. Mee kari ni ala-ala mee kari nyonya letak serai, sedikit daun kesum dan masa nak menumis tu letak sedikit rempah kurma bersama rempah kari. ( resepi dah ada carik sendiri lah yer....)

                                           Yang ni en suami punya

Yang ni Najla punya

Thursday, 24 April 2014

Udang Galah Teluk Intan

Malam ni aku masak lemak udang galah, en suami pancing nun jauh kat Teluk Intan, nak kata banyak tak banyak.....nak kata sikit tak sikit bolehla tiga kali masak. Disebabkan nak makan udang fresh punya pasal memalam pun sanggup bergulai bagai maaf lah yer jiran atas....jiran bawah. ...jiran kiri. ...jiran kanan memalam ni memekak menumbuk mengganggu ketenteraman awam. ..tahan la sikit telinga tu yer bukan selalu pun......kalau masak esok dah tak fresh lagi la kan.

Monday, 21 April 2014

Bila budak bam bam melaram......

Mesti semua perasan sekarang Aimi dah bam bam mana tidaknya asyik nak makan jer kalau makan bukan sepinggan ok apa barang sepinggan banyaknya kalah abah dia makan. Sehari 3 kali makan nasi kekadang tu kalau lauk yang Tok Wan masak sedap kena dengan selera  siap bawak bekal gi sekolah agama maknanya 4 kali sehari makan nasi. kalau weekend mama dia masak lagilah makan tak hengat tak habis-habis puji sedapnya mama masak ...sedapnya mama masak mek nak makan lagi boleh........gitulah selalu.....

Tengoklah dagu dia dah berlapis-lapis tang perut jangan cakaplah tah berapa lapis. Bila orang cakap dia gemuk mulalah nak diet tapi setakat cakap mulut jer la nampak jer nasik hilang segala hangan-hangan nak diet tu. Semua seluar jeans dia dah tak muat so terpaksa pakai seluar kakak kalau diikutkan sama saiz baju dan seluar dengan kakak cuma kakak tinggi sikit jer. Yang kelakornya bila dia nak jugak pakai seluar jeans memang boleh masuk la tapi lepas makan udah sengkak tak boleh bernafas. Aimi satu hal tak pernah heran dengan KFC,Pizza atau MCd  kekadang bengang jugak disebabkan dia kena masak nasik lauk telur goreng pun dah buat dia selera dan makan bertambah-tambah. Kitaorang makan apapun ok janji kenyang tapi dia nak nasik jugak....

                  Ni foto masa pegi dinner ofis dia masuk pertandingan baju pengantin 
                           






Menunggu pengantin lelaki yang tidak kunjung tiba





Thursday, 17 April 2014

Deko-deko kek

Kat ofis ada pertandingan deco kek tak pernah sehayat idup deco kek  sajelah nak cuba bukan berbayor pun bawak badan dan bakat terpendam jer (eh ada bakat ke?). Tak sangka hasil kretiviti kawan2 kite  (bukan kite) sangat hebat dah macam tahap profesional cuma kek kite jer yang tah hape2. Mula2 rasa susah jer nak deco kek tapi bila dah buat sendiri rasa bersemangat pulak nak pergi belajar deko kek bukan apa nanti boleh buat sendiri kek birthday untuk anak2 mesti diorang bangga mama dia boleh buat kek birthday sendiri kan. Bila dah pandai bolehla buat kek bertengkek-tengkek macam2 pesen pun boleh. Korang janganlah gelak tengok kek kita yang sangat kelakor ni baru pertama kali ok...


Kek hentam sajalah kalau 10 markah berapa lah agaknya kek ni layak dapat ek...nampak sangat tak berseni langsung orang yang buat kek ni kan...

No 1 hebatkan....

No 2 saye suka kek ni sangat kreatif 

No 3

Kek ni sangat istimewa sebab yang membuatnya peserta lelaki