Monday 4 February 2013

Rendang Ayam Negori Semilan.....10 ....11....12....


Balik kampung hari tu kakak ipor kasi ayam hutan, nak masak ayam hutan ni kena lama sebab dagingnya liat. So masak rendang paling sesuai ler...kalau nak tau daging ayam hutan ni manis lebih sedap dari ayam kampung. Bila balik kampung selalulah dapat makan ayam hutan. Ayam hutan selalu ada kat ladang sawit. Rupanya bukan senang woo nak tangkap ayam hutan kena tembak dulu bila ayam dah jatuh tergolek dokkk barulah sembelih. Kalau setakat orang yang tak besa masuk ladang sawit usah mimpi ler nak tengok ayam hutan, nampak kelibat bolehla sebab ayam ni terlalu pantas bergerak.

Ayam hutan banyak makan tumbuh-tumbuhan... so sangat bersih janganler rasa geli nak makan ....sebab lebih bersih dari ayam bandor. Disebabkan ayam hutan kecik aku masak bersama ayam bandor maka bertemulah ayam hutan dengan ayam bandor dalam satu kuali maka berjejak kasihler dema......






Bahan-bahan
2 ekor ayam utan
1/2 ekor ayam bandor
Cili api hijau segenggam - dikisar
2 inci kunyit hidup - dikisar
2 inci lengluas - dikisar
1 inci halia - dikisar
4 batang serai - dikisar
5 helai daun limau purut
2 helai daun kunyit
10 biji bawang kecil - dikisar
2 biji bawang putih - dikisar
3 keping asam keping
2 biji kelapa ( ambil santan)

Cara-cara
Tumis bahan-bahan kisar dengan sedikit minyak bila dah naik bau masukkan air 
Terus masukkan ayam hutan
Masukkan asam keping
Apabila ayam dah empuk barulah masukkan santan setelah santan hampir kering barulah masukkan ayam bandor pulak...(ayam bandor ni tak boleh masak lama nanti hancuss)
Kacaulah sampai kering masukkanla sedikit gula dan garam.....   
Apabila hampir masak masukkan daun kunyit dan daun limau 
Rendang negeri sembilan ni hanya menggunakan cili api walaupun pedas berapi tapi rasanya walllaaaa.... sedapp.....       

No comments: