Monday, 1 July 2013

Soto Ayam

Soto kegemaran kami sekeluarga kalau masak soto pagi ...tengahari sampaila kemalam mengadap soto dah puas meehon soto, belasah soto nasi pulak so aku tak yah ler susah2 nak masak nasi. Kalau buat soto tentulah lengkap dengan pegedil sekali, kali ni Aimi rajin pulak tolong aku kat dapur dia yang tolong goreng dan tumbuk kentang anak dara sorang ni sangatlah boleh harap berbalaoilah pun sebab dia yang makan paling banyak. Yang paling best makan soto ni kalau letak cili kicap banyak sikit perghhhhhh sedapppp bibirpun dah rasa macam kena cucuk botox.....





  Resepi Soto Ayam
  Bahan-bahan
 1/2 ekor ayam
 1 inci halia  ketuk
 1 inci lengkuas ketuk
 1/2 inci kunyit tumbuk
 3 batang serai ketuk
 4 helai daun limau
 6 ulas bawang putih ditumbuk
 1 sudu kecil lada hitam di tumbuk
 3 sudu rempah soto @ boleh guna rempah kurma 
 1 batang kayu manis
 2 kuntum bunga lawang
 4 biji buah pelaga
   Cara-cara
Tumis bawang putih, lada hitam, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga bersama rempah soto @ rempah kurma sehingga naik bau
Masukkan air mengikit banyak mana kuah yang diperlukan
Masukkan sebelah ayam ( jangan potong)
Masukkan halia,lengkuas, kunyit, serai dan daun limau purut
Akhir sekali masukkan garam dan sedikit serbuk perisa
Keluarkan ayam dari periuk goreng seketika agar kulit luar berwarna kekuningan kemudian siat isi ayam ( untuk mengelakkan ayam daripada cepat basi)
Celur mihun jika nak makan dengan mihun atau rebus nasi himpit 
Daun sup 
Bawang goreng

Bahan-bahan cili kicap
1 ulas bawang putih
10 biji cili api
Cara-cara
Blender bawang putih bersama cili api 
Masukkan gula, garam dan sedikit cuka atau asam limau 


2 comments:

makhana said...

lahaiiii..peberet ni..tp nak buat begedel tu mls betul sbb tak sabor nak makan..hehe..kalau soto sampai titisan terakhir sruppp sruppp

yan's cottage said...

sedapnya....nak pula makan masa bulan puasa memang layan....