Tuesday 21 January 2014

Berpantang...

Nak menghabiskan 44 hari tempoh berpantang rasanya gabai 44 bulan lama semacam. Berpantang kali ni aku udah derhaka hehehe dulu masa bersalinkan Aimi dengan Najla pantang giler2 memang taat sungguh ikut jer cakap ma...itu tak boleh ini tak boleh ....tapi kali ni tak pantang sangat.

Pada aku asal tak makan makanan yang menyebabkan gatal, sejuk, berangin dan berbisa cukuplah yang lain belasah jer ....tak perlulah pantang sampai melampau-lampau sangat macam orang dolu-dolu hanya makan ikan kering dengan nasi berulamkan halia muda nasi letak pulak lada hitam mana nak ada zat sedangkan kita menyusukan baby kenalah makan makanan yang berkhasiat. 

Dalam masa 15 hari selepas bersalin aku tak ambil sebarang jamu atau ubat herba untuk mengelakkan baby kena joundice alhamdulillah Asissa tak kena joundice.

Kalau berpantang sangatpun tapi lepas 44 hari minum minuman berais belasah makan macam-macam makanan serupa sia-sia jer berpantang betul tak. Ma selalu cakap sekarang ni boleh la makan macam2 semua sumbat sebab tak rasa lagi dah tua nanti baru tau.

Guna set bersalin Nona Roguy paling bagus Phytonatal untuk cuci perut dan memudahkan pembuangan selalu selepas bersalin mesti mengalami masalah sembelit ubat ni paling bagus.

Guna lotion Mustajab untuk sapu pada bahagian peha, perut dan pinggang sebelum berbengkung panas sangat....

Walaupun bersalin czer masih menggunakan bengkung tetapi selepas 20 hari 

Guna minyak mestika untuk sapu keseluruh badan terutama bahagian sendi-sendi supaya panas dan badan tak masuk angin

Untuk mandian rebus Rempah Harum Sari bersama daun-daun kayu bila mandi dapat memberi kesegaran dan menghilangkan bau badan 

    Rebus daun pandan, daun lengkuas, daun limau purut,daun jambu, daun inai jangan daun 
                                                          terup sudahhhh

        Dua hari sekali berlulur letak sikit madu untuk mengelakkan kulit menjadi kering 
                                                       selepas melulur

Dua minggu pertama makan ikan selar bakar, ikan haruan goreng dan ikan haruan masak sup walaupun tak lalu ku telan jua tapi hanya 2 minggu jer la lepas tu dah boleh makan daging dan ayam. Disebabkan tak boleh makan sayur ( badan sakit2) aku makan buah limau, epal dan anggur. 


No comments: