Thursday, 10 July 2014

Puasa sebagai ibu yang menyusukan

Tahun ni pengalaman pertama berpuasa sebagai ibu yang menyusukan. Tahun lepas puasa ibu yang mengandung. Arissa masih menyusu badan sepenuhnya alhamdulillah bekalan susu masih mencukupi cuma kurang sikit daripada biasa. Selalunya setiap hari kat ofis dapat pam 20 oz tapi bulan puasa hanya 15 oz namun masih cukup untuk keperluan sehari. Pelik juga sebenarnya tak makan tak minum tapi susu masih banyak.....kuasa Allah. Paling tak tahan selepas pam tekak sangat kering nak telan air liur pun tak de.... letihnya tak terkata namun apakan daya tahan jugak la. Tapi kalau tak larat tetiba pening atau nak pitam aku akan buka puasa lagipun nak drive balik kerja dengan jalan jam sangat memenatkan. 

Untuk kes ibu yang menyusukan di bolehkan tidak berpuasa jika tak larat tetapi kena ganti puasa dan bayar fidyah. Tetapi jika ibu tidak berpuasa kerana kasihankan anak kecil yang memerlukan susu atau tidak cukup susu hanya perlu bayar fidyah tidak perlu ganti puasa. So aku kenalah ganti balik puasa dan bayar fidyah kerana berbuka disebabkan diri sendiri yang tak larat bukan atas alasan anak. Dalam kes ibu yang mengandung pula jika ibu tidak berpuasa kerana bimbang akan anak dalam kandungannya dia hanya perlu membayar fidyah sahaja tetapi jika ibu tidak berpuasa atas alasan diri sendiri di wajibkan keatasnya ganti puasa dan bayar fidyah. 



Sekali pam dapat banyak ni....rezeki Arissa

3 comments:

Izwa Kamaruddin said...

alhamdulillah

Umm AA said...

alhamdulillah ade lg rezki dorang nie..sy nie azmatun wpun posa bukannya sahur makan sangat cuma minum tea ngan oat jer tp alhamdulillah jika lama sket arissa sy tak nyusu..masih cepat bengkak gak lagi...
pssttt..arissa dah setahun sy masih belum datg kakak kembar lg nie, kuatnya dia nyusu kan..huhuhu

Unknown said...

alhamdulillah kalau boleh biar dia menyusu sampai 2 th