Sunday, 16 November 2014

Cameron Highland yang semakin terancam

Setiap tahun Cameron Highlang merupakan destinasi percutian pilihan kami sekeluarga. Aku memang suka naik Cameron Highland kerana suka menikmati pemandangan ladang teh yang menghijau (pecinta alam gitu). Dari pemerhatianku kini kerosakan Cameron Highland semakin menjadi-jadi. Sepanjang perjalanan terdapat banyak tanah runtuh, bukit di tarah sesuka hari, pembangunan yang tidak terkawal kesian tempat yang "indah" ini sudak tidak seindah dahulu terlalu banyak kerosakan semuanya angkara perbuatan manusia rakus yang meneroka setiap ruang bukit.


Tidak pasti sampai bila kerosakan ini akan berterusan. Dimana pihak berkuasa apa pula kerja Pegawai Daerah Cameron Highland. Adakah mereka hanya menjadi pemerhati pembangunan yang tidak terkawal ?. Terlalu banyak pembukaan ladang2 baru yang dilakukan tanpa batasan yer tanpa batasan..... seolah2 setiap ruang bukit boleh di terokai tanpa penguatkuasa undang2, seolah2 tanah Cameron Highland mak apak diorang yang punya 
( macam itulah lebih kurang bahasa kasornyer).

Selain masalah kerosakan alam Cameron Highland juga mengalami masalah kebanjiran pekerja asing yang terlalu ramai, boleh dikatakan pekerja kebun sayur adalah terdiri daripada orang2 Nepal dan Bangla aku confuse sekejap aku berada kat Bangladesh atau di tanah airku. Suasana di Cameron Highlang sunyi sepi dan lengang kedai2 banyak tutup kerana ketiadaan pekerja(pekerja nyorok imegresan sedang jalankan operasi tangkap pekerja haram). 

Sepanjang melalui Jalan Tapah Cameron Highlang aku melalui berpuluh-puluh kawasan tanah runtuh, semua ini tidak akan terjadi jika hutan tidak diterokai oleh pembalak-pembalak tak pastilah pulak halal ke haram. 

                   

2 comments:

Izwa Kamaruddin said...

bila dah jadi sesuatu baru la sudi nak tunding jari kat org lain..padahal sebelum tu semua buta mata.

Unknown said...

betul sangat setuju....