Wednesday 17 April 2013

Mee Kari

Mee kari ni aku masak ikut citarasa anak tekak sendiri selain guna rempah kari aku juga masukkan 2 sudu besar rempah kurma adabi sesuka hati jer kan..... tapi pada aku rasa sedaplah cubaan yang menjadi.....ma tak suka kalau aku masak mee kari, dia kata "pelik eh letak daun kesum dan serai"...tapi pada aku daun kesum dan seraitulah yang menaikkan rasa menjadi lebih sedapppp.....selera masing-masinglah kan....... 

                     





Bahan-bahan
1 1/2 bungkus mee kuning
1 biji kelapa - santan cair sahaja
1 paket serbuk kari 
2 sudu besar rempah kurma adabi
5 biji bawang merah - ditumbuk
2 biji bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
3 sudu cili giling
1 batang kayu manis
1 biji ubi kentang (besar) - dipotong dadu
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga 
2 tangkai daun kari 
1 tangkai daun kesum
2 batang serai - diketuk
1 paket tauhu kering
1 keping asam keping
Fish cake
Fish ball
Isi ayam
Udang 
Sayur sawi - celur
Telur - rebus
Bawang goreng 
Daun sup 

Cara-cara
Tumis bawang putih, bawang merah, halia, cili giling, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga sampai naik bau
Masukkan rempah kari dan rempah kurma bersama daun kari kacau sampai garing
Masukkan isi ayam dan ubi kentang kemudian masukkan air 
Masukkan asam keping dan serai
Apabila air telah mendidih masukkan santan kacau sentiasa
Masukkan udang , fish cake, fish ball dan tauhu kering
Masukkan daun kesum
Akhir sekali masukkan garam dan sedikit serbuk perisa
Celur sayur sawi dan toskan 
Hidangkan bersama daun sup, bawang goreng, sayur dan telur rebus 

2 comments:

Umm AA said...

aahhh..sedapnya..telan air liur nie..kalau letak kerang pun lg sedap kan..eee..nantilah sy pun nak cuba gak..:)

Unknown said...

ummu saya tak letak kerang sbb bab nak mengopek tu akak tak mampu hehehe