Tuesday, 23 September 2014

Rutin...

Inilah makanan tambahan yang menjadi rutin aku ambil setiap hari. Aku lebih suka ambil makanan tambahan dari sumber semulajadi kerana takut kesan sampingan. Aku tak suka ambil tablet atau kapsul sebab lepas makan kena minum banyak air kalau tidak minum air yang secukupnya takut effect kepada buah pinggang pulak. Apa yang pasti semua ini sudah cukup buat badan selesa dan sihat sepanjang hari. 

Susu kambing aku mesti minum 2 paket sehari pagi dan malam. Sebagai ibu yang menyusukan memerlukan kalsium yang cukup. Kalau tak minum susu tulang belakang akan rasa sengal- sengal. Aku tak suka ambi pil kalsium kerana panas nanti kena ulser dalam mulut. 

Vitamin E aku ambil 2 biji sehari untuk melancarkan pengeluaran susu selain elok untuk kulit, kulit badan menjadi lembap manakala kulit muka lebih cerah dan tidak kusam.

Jus hidayah yang ni aku ambil masa bulan puasa pada mulanya terpengaruh dengan iklan kat TV tapi bila cuba sendiri alhamdulillah dengan izin Allah badan segar sepanjang sehari berpuasa kalau tak minum badan letih sangat yer la pam susu macam biasa sedangkan tak makan dan minum disiang hari. Selepas rasa sendiri kebaikannya sampai sekarang aku masih mengamalkan minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam. 

Jus delima aku amalkan sejak mengandungkan Arissa tapi yang ni kekadang tak minum sebab masam sangat. Bila baca kebaikan mengamalkan jus delima ni aku mula minum balik setiap hari 2 sudu pagi dan 2 sudu malam. 

Kacip Fatimah Orang Kampung setiap hari setin atau 2 tin kalau minum kacip fatimah ni tak perlu lagi abil jamu atau majun badan akan rasa ringan dan lebih bertenaga sepanjang hari. Kacip Fatimah Orang Kampung ni aku dah minum 15 tahun lalu memang terbaekkk. 



No comments: