Thursday, 23 October 2014

XPDC Rabani @Taman Negara Part 1

Akhirnya tercapai juga hajat nak menjejakkan kaki ke sini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Kuala Lumpur melalui kawasan ladang sawit felda Jengka yang luas, jalan yang agak sempit. Team building biasanya aktiviti penuh tak ada masa la nak rehat2. Malam tu juga ada jungle night walk sepanjang trekking mulut terkumat kamit membaca ayat kursi aku bukan takut binatang tapi takut tut..... dikhabarkan ada 4 orang kena histeria pada malam tu rupanya mengikut kata guide kami En  Bad wanita yang period sering terkena gangguan.

Keesokan hari aktiviti kami dimulai dengan berkawat kemudian trekking dalam hutan lebih kurang 5 jam . Memang terasa keletihannya untuk aku yang langsung tidak pernah exercise ni semput akak dik non.... mula la terasa sakit pinggang dan betis rasa nak kejang. Sampai KL turun bas tak boleh jalan, kaki kejang terpaksa pergi urut reflexsiology penyudahnya 2 hari aku MC betis tegang tak leh jalan. Rasanya kalau selepas ini diberi peluang untuk ke Taman Negara akak tobat tak nak pegi lagi cukuplah merasa sekali tak nak pergi doh....penatnya sampai seminggu. Faktor usia memang bukan penghalang tapi faktor stamina adalah halangan utama aku. 

                                           Sebelum bertolak bergambau dulu


                      Singgah makan di RnR Temerluh yang terkenal dengan Gulai Ikan Patin 


                       Melalui laluan yang sempit goyangan bas membuat aku pening 

Dah sampai berehat seketika di chalet masing2 sebelum memulakan aktiviti di sebelah petang

Night walk aku sorang pakai baju hujan sebab hujan tau jangan korang pelik lak yer...

Di hadapan pintu masuk Taman Negara

Bergambar kenangan bersama Datuk Che Mad Che Ali cayalah datuk stamina tinggi kalah orang muda Datuk membuktikan faktor usia bukan penghalang

Di hadapan Resort Mutiara hanya mampu ambil gambar ja tinggal sini tak mampu mahal beb

 Sepanjang trekking langsung tak jejak tanah kasutpun bersih 

Kemain tekun mendengar penerangan tentang pokok gaharu


Menunggu giliran untuk naik canopy walkway 

Menunggu dengan penuh kesabaran 

Pemandangan dari Canopy walkway 

Cabaran yang mendebarkan 

Tak sangka dalam takut2 akhirnya aku berjaya meniti canopy walkway yang terpanjang di Asia sejauh 500m setinggi 40 m

Bot untuk ke Kelah Sanctuary kami tak pergi sebab tak cukup bot 

Menuruni beberapa anak tangga untuk ke Jeti Kuala Tahan turun laju ja masa naik nak tercabut lutut mencungap- cungap...

Amboi dalam hutan pun ko nak selfie bersama Rahimah staf Labuan 



Selfie lagi....mesti jin dalam hutan ni bengkek jer kat aku tak habis2 selfie

Mutiara resort yang terletak didalam kawasan Hutan Taman Negara bertaraf 5 bintang

Muka excited ke muka letih ni...


Macam2 gaya

Kuala Tahan

Bergambar kenangan bersama ranjer jabatan perhutanan setiap pengunjung yang nak ambil gambar tak kiralah walau guna HP kena bayar RM 5 

Diseberang sana Jeti Kuala Tahan 

Melepaskan hajat dulu sebelum naik canopy walkway 




Tak jemu. ...

Nasi arab tidak pernah menjemukan kami, malam ini en suami masak....apa lagi kami pulun sampai licin, dia masak chicken chop seketul ja kami merasa sikit sorang alhamdulillah.

Wednesday, 22 October 2014

Xcape Resort Taman Negara Jerantut Pahang

Sepanjang Team Building kami menginap di Xcape Resort bertaraf tiga bintang dulunya dikenali sebagai Woodland Resort. Antara aktiviti yang disediakan night walk, trekking, rapid shooting, conopy walk, lawatan ke perkampungan orang asli, Kelah sanctuary ( tak pergi) harga pakage seorang untuk 3 hari 2 malam rm 400 ++( lebih kurang ). Jarak resort dengan jeti Kuala Tahan pintu masuk utama Taman Negara lebih kurang 500 meter. Xcape resort  menyediakan banyak kemudahan, bilik selesa dan makanan pun sodap.
              
                                                      Xcape Resort 


                                             Dah sampai .............

Menunggu check in 

Kawasan resort yang bersih


Swimming pool 

Segarnya udara berkabus..... 

Santai petang ...

Pemandangan resort dari arah belakang

Geng sebilik

Segarnya udara pagi....


Parking 

Menuruni bukit untuk ke jeti

Berjalan kaki ke Jeti 


Laluan bertangga untuk ke jeti 

Wednesday, 15 October 2014

PT3 yang amat mengecewakan......

Kesian sungguh anak2 yang ambil PT3 untuk tahun ini diorang ni jadi bahan ujikaji pulak. Aku bukanlah seorang yang menentang perubahan tetapi kalau nak buat sesuatu perubahan atau pembaharuan pastikan dulu benar2 bersedia kerana ini melibatkan masa depan pelajar. Apa yang aku lihat sekarang kerajaan tidak benar2 bersedia untuk melakukan perubahan.Tiada buku rujukan yang cukup pelajar tak tahu nak rujuk dimana. Contoh2 soalan untuk peperiksaan PT3 hanya dikeluarkan pada bulan Julai macam mana murid2 nak membuat persedian, tempoh masa mengulangkaji yang sangat singkat lebih kurang 5 bulan kerana skop soalan sentiasa berubah2. 

Bayangkanlah sehingga disaat2 akhir peperiksaan hendak dijalankan cikgu2 sendiri masih samar2 kabur dengan skop soalan peperiksaan PT3 yang sebenar. Ayoyo apa citer ni.
Kesiannya pelajar tingkatan 3 tahun ni termasuk anak aku lah tu. Soalan peperiksaan tidak seragam ada 300 set bermakna setiap sekolah berlainan soalan. 

Semua soalan adalah subjektif langsung tiada soalan objektif. Soalan aras tinggi seperti tahap tingkatan 5. Najla kata soalan matematik dan sains sangat susah aku cuba nak pastikan tanya kepada kawan yang anak bersekolah asrama ternyata jawapannya adalah sama soalan terlalu susah senang kata bukan tahap tingkatan 3.

Aku pergi sekolah untuk dengar sendiri penerangan tentang peperiksaan PT3 memang bagus pembaharuan yang hendak dilakukan. Apa yang memeningkan Najla kata segala penerangan yang aku dengar tu sudah berubah 100% langsung tidak boleh digunapakai samasekali pulak dah. Aku sangat percaya ramai ibu bapa yang kecewa dengan PT3 yang hentah hape-hape, kucar kacir, haru biru, lintang pukang dan seangkatan dengannya. 

Sekian.....
Luahan hati ibu yang kecewa dengan PT3

Tolong jangan jadikan pelajar mangsa kelemahan pentadbiran "ANDA"

Tuesday, 14 October 2014

Kacip Fatimah Orang Kampung

Aku mula minum Kacip Fatimah Orang Kampung masa dalam pantang lahirkan Najla 15 tahun lalu ( setiap hari ok) dan selepas tu boleh dikatakan seminggu sekali lebih sikit 3 kali seminggu mesti minum dah jadi rutin. Bila badan letih nak tenaga cepat, minum jer setin kacip fatimah akan cergas semula kalau nak berjaga malam dan memulakan perjalanan jauh aku pasti akan minum kacip fatimah so badan tidak akan letih. Bila dah minum kacip Fatimah tak perlu makan jamu lagi  rasanya sangat sedap kelat2 gitu badan jadi ringan kerana dapat membuang angin dalam badan. Selama ini aku minum Kacip Fatimah hanya untuk tenaga tapi bila baca khasiatnya rupanya untuk awet muda kooo ....so bila ramai orang kata aku nampak muda berbanding usia mungkin sebab selalu minum kacip fatimah lah kot ( cam poyo jer kan). 

Apa yang menjadi masalah sekarang sejak lahirkan Arissa aku sudah semacam ketagih setiap hari mesti nak minum. Sehari tak minum rasa tak lengkap hidup adakalanya sampai 2 tin sehari yang tukang beli Aimi, tauke kedai sampai dah cam dia ingatkan Aimi yang minum 
 " adik minum kacip fatimah ke??" eh taklah mama saya punya ...alahai ko ni pun tauke agak2 la takkan la budak sekolah cam tu nak minum kacip fatimah, tapi Aimi suka minum jugak aku kasi la rasa seteguk dua ja biar awet muda hehehe. 


Jus Kacip Fatimah 
Kehebatan minuman herba yang diperkayakan dengan vitamin dan mineral serta disatukan dengan keaslian kacip fatimah dan manjakani serta lain-lain herba yang pasti menampilkan keunggulan seorang wanita . Ia berupaya membekaln tenaga berpanjangan , mengekalkan awet muda ( wah adakah disebankan ini aku kelihatan awet muda kui kui kui) dan ceria dan menjaga kesihatan dan kecerdasan . Juga sesuai bagi yang ingin membahagiakan seksual pasangannya. Minuman ini tidak disyorkan kepada wanita hamil dan kanak-kanak.

 Si kecik pun suka jugak...pantang jer kalau mama letak tin kat meja mesti dia ambil dan minum, dapatla setitik dua kot ....tak boleh minum adik kecik lagi minuman ni dilarang untuk kanak- kanak dan ibu mengandung tapi masa mengandung aku belasah jer alhamdulillah tak ada apa2.

                    

Nak pegi mana tu???

Dua beranak nak ke destinasi yang berbeza.Kemana aku nak pegi nantilah sambung cerita yang pasti destinasi ini adalah tempat yang aku teringin nak pergi sejak zaman sekolah,kalau nak merasa pergi sendiri sekarang dengan family memang tidak mungkin sama sekali. Dah kebetulan ofis buat team building kat sana maka haruslah ambil peluang. Boleh jer aku nak excuse sebab ada alasan kukuh menyusu baby tapi aku pilih untuk turut serta. Insyaa allah aku dah sediakan stok susu yang mencukupi untuk Arissa selama 3 hari mujur dia bukan jenis direct breastfeeding so tidak ada masalah menyusu malam. Terima kasih en suami kerana sudi menjaga si kecil. Ermm merasalah pulak berjaga malam susukan anak yer...atau anggap jer saya pergi memancing 3 hari tinggalkan laki dan anak2 hehehe....eh ade ke kisah sebenar cam tu bini gi mancing ???tapi memancing saya ni idok ler bawak balik ikan bag....

Monday, 13 October 2014

Cara2 masak roti John. ....travolta

Tak puas hati betul makan roti john beli kat pasar malam kedekut daging rasa telur je alahai nak meniaga kedekut sangat tak ikhlas bagi orang makan padahal kalau tak berkira lagi banyak rezeki allah gandakan...tapi tak semua orang paham hakikat itu. Aku sajer je cakap kat en suami jom kita buat sendiri roti john en suami cakap ala senang jer.....abih asal awak tak pernah buat selama ni setiap kali gi pasar malam saya beli roti john tau....dia cakap awak tak mintak oh gitu pulak. Bila dah siap aku makan masyaallah tabarakallah...... sedap bangat roti john air tangan mu "yang" serius sedap daging berketul2 kalau dah macam gini sokmo2 la buat yer "yang".....meh nak share resepi. 


Tumis bawang besar, bawang putih, kayu manis, bunga lawang dan rempah kurma 

Masukkan sebungkus daging hancur dan 2 cawan air 

Masak sehingga air betul2 kering 

Inilah rupanya bila dah siap 

Pecahkan sebijik telur 

Kacau bersama sesudu daging ini untuk sebiji roti 

Bila minyak dah panas tuang atas kuali macam ni

Lepas tu ko amik roti tepik atas telur 

Macam ni la rupanya kalau dah siap... letak mayonis dan cili sos 
Bahan-bahan
1 bungkus daging hancus, 2 kuntum bunga lawang, 1 batang kayu manis, 1 biji bawang besar 3 ulas bawang putih, 4 biji telur, setengah paket rempah kurma 

Daun salad. Mayonis. Cili sos. Roti