Tuesday 14 October 2014

Kacip Fatimah Orang Kampung

Aku mula minum Kacip Fatimah Orang Kampung masa dalam pantang lahirkan Najla 15 tahun lalu ( setiap hari ok) dan selepas tu boleh dikatakan seminggu sekali lebih sikit 3 kali seminggu mesti minum dah jadi rutin. Bila badan letih nak tenaga cepat, minum jer setin kacip fatimah akan cergas semula kalau nak berjaga malam dan memulakan perjalanan jauh aku pasti akan minum kacip fatimah so badan tidak akan letih. Bila dah minum kacip Fatimah tak perlu makan jamu lagi  rasanya sangat sedap kelat2 gitu badan jadi ringan kerana dapat membuang angin dalam badan. Selama ini aku minum Kacip Fatimah hanya untuk tenaga tapi bila baca khasiatnya rupanya untuk awet muda kooo ....so bila ramai orang kata aku nampak muda berbanding usia mungkin sebab selalu minum kacip fatimah lah kot ( cam poyo jer kan). 

Apa yang menjadi masalah sekarang sejak lahirkan Arissa aku sudah semacam ketagih setiap hari mesti nak minum. Sehari tak minum rasa tak lengkap hidup adakalanya sampai 2 tin sehari yang tukang beli Aimi, tauke kedai sampai dah cam dia ingatkan Aimi yang minum 
 " adik minum kacip fatimah ke??" eh taklah mama saya punya ...alahai ko ni pun tauke agak2 la takkan la budak sekolah cam tu nak minum kacip fatimah, tapi Aimi suka minum jugak aku kasi la rasa seteguk dua ja biar awet muda hehehe. 


Jus Kacip Fatimah 
Kehebatan minuman herba yang diperkayakan dengan vitamin dan mineral serta disatukan dengan keaslian kacip fatimah dan manjakani serta lain-lain herba yang pasti menampilkan keunggulan seorang wanita . Ia berupaya membekaln tenaga berpanjangan , mengekalkan awet muda ( wah adakah disebankan ini aku kelihatan awet muda kui kui kui) dan ceria dan menjaga kesihatan dan kecerdasan . Juga sesuai bagi yang ingin membahagiakan seksual pasangannya. Minuman ini tidak disyorkan kepada wanita hamil dan kanak-kanak.

 Si kecik pun suka jugak...pantang jer kalau mama letak tin kat meja mesti dia ambil dan minum, dapatla setitik dua kot ....tak boleh minum adik kecik lagi minuman ni dilarang untuk kanak- kanak dan ibu mengandung tapi masa mengandung aku belasah jer alhamdulillah tak ada apa2.

                    

2 comments:

Umm AA said...

sy tak pernah amalkan..dl pernah bwk berbotol2 yg tablet kat sini ingat nak makan lps bersalin..tp sebotol pun tak abes..nie azmatun cakap awet (ker awek) muda..cam tertarik jgk nie...hehehe

Anonymous said...

Saya pun dah bertahun2 minum OK ni,cuma saya tambah setengah sudu teh serbuk manjakani dalam tin dan goncang, mmg kelat sikit laa..Hasilnya pun sangat bagus.