Thursday, 23 October 2014

XPDC Rabani @Taman Negara Part 1

Akhirnya tercapai juga hajat nak menjejakkan kaki ke sini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dari Kuala Lumpur melalui kawasan ladang sawit felda Jengka yang luas, jalan yang agak sempit. Team building biasanya aktiviti penuh tak ada masa la nak rehat2. Malam tu juga ada jungle night walk sepanjang trekking mulut terkumat kamit membaca ayat kursi aku bukan takut binatang tapi takut tut..... dikhabarkan ada 4 orang kena histeria pada malam tu rupanya mengikut kata guide kami En  Bad wanita yang period sering terkena gangguan.

Keesokan hari aktiviti kami dimulai dengan berkawat kemudian trekking dalam hutan lebih kurang 5 jam . Memang terasa keletihannya untuk aku yang langsung tidak pernah exercise ni semput akak dik non.... mula la terasa sakit pinggang dan betis rasa nak kejang. Sampai KL turun bas tak boleh jalan, kaki kejang terpaksa pergi urut reflexsiology penyudahnya 2 hari aku MC betis tegang tak leh jalan. Rasanya kalau selepas ini diberi peluang untuk ke Taman Negara akak tobat tak nak pegi lagi cukuplah merasa sekali tak nak pergi doh....penatnya sampai seminggu. Faktor usia memang bukan penghalang tapi faktor stamina adalah halangan utama aku. 

                                           Sebelum bertolak bergambau dulu


                      Singgah makan di RnR Temerluh yang terkenal dengan Gulai Ikan Patin 


                       Melalui laluan yang sempit goyangan bas membuat aku pening 

Dah sampai berehat seketika di chalet masing2 sebelum memulakan aktiviti di sebelah petang

Night walk aku sorang pakai baju hujan sebab hujan tau jangan korang pelik lak yer...

Di hadapan pintu masuk Taman Negara

Bergambar kenangan bersama Datuk Che Mad Che Ali cayalah datuk stamina tinggi kalah orang muda Datuk membuktikan faktor usia bukan penghalang

Di hadapan Resort Mutiara hanya mampu ambil gambar ja tinggal sini tak mampu mahal beb

 Sepanjang trekking langsung tak jejak tanah kasutpun bersih 

Kemain tekun mendengar penerangan tentang pokok gaharu


Menunggu giliran untuk naik canopy walkway 

Menunggu dengan penuh kesabaran 

Pemandangan dari Canopy walkway 

Cabaran yang mendebarkan 

Tak sangka dalam takut2 akhirnya aku berjaya meniti canopy walkway yang terpanjang di Asia sejauh 500m setinggi 40 m

Bot untuk ke Kelah Sanctuary kami tak pergi sebab tak cukup bot 

Menuruni beberapa anak tangga untuk ke Jeti Kuala Tahan turun laju ja masa naik nak tercabut lutut mencungap- cungap...

Amboi dalam hutan pun ko nak selfie bersama Rahimah staf Labuan 



Selfie lagi....mesti jin dalam hutan ni bengkek jer kat aku tak habis2 selfie

Mutiara resort yang terletak didalam kawasan Hutan Taman Negara bertaraf 5 bintang

Muka excited ke muka letih ni...


Macam2 gaya

Kuala Tahan

Bergambar kenangan bersama ranjer jabatan perhutanan setiap pengunjung yang nak ambil gambar tak kiralah walau guna HP kena bayar RM 5 

Diseberang sana Jeti Kuala Tahan 

Melepaskan hajat dulu sebelum naik canopy walkway 




1 comment:

Umm AA said...

oooo...team buiding kat sini..mmg best nak beraktiviti...pernah pegi zmn mudo2 dl jer...