Thursday, 7 March 2013

Udang Masak Lemak Bersama Nenas

Masakan Sempena Hari Wanita Sedunia....
Hari ni aku tak kerja sebab nak meraikan hari wanita sedunia......ceh...ceh...ceh caya ke?...hari apapun tak kisahlah yang penting hari ni aku tak sihat Dokto kasi mc 2 hari....walaupun tak sihat masak tetap masak ler kan.... kang en suami nak makan apa, menu istimewa hari ni kerabu peria dan masak lemak udang bersama nenas dua menu jer cukuplah ....tapi en suami kata awak masak sedap sangat hari ni ( hari ni je ker???) terima kasih banyak-banyak ...maka si binik pun rasa berbunga-bunga hatinya.....

                                           Udang Masak Lemak Bersama Nenas


Bahan-bahan
1/2 biji santan kelapa
10 ekor udang sederhana size
10 biji cili api suka katilah kalau nak pedas segengam pun ok - ditumbuk
1/2 biji nenas di potong ikut sukalah macam mana cara 
3 biji bawang merah - ditumbuk
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
1 ulas bawang putih - ditumbuk
1 helai daun kunyit - koyak2 kan je

Cara-cara 
Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih
Timis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau
Masukkan asam keping 
Masukkan 1 cawan air 
Masukkan santan
Apila telah menggelegak masukkan udang 
Kemudian masukkan pula nenas 
Masukkan serai dan daun kunyit 
Akhir sekali garam dan gula secukup rasa

No comments: