Monday, 3 December 2012

L e m o n.......minuman yang baik untuk kesihatan

Apa kata kita amalkan permakanan yang sihat untuk kesihatan,  sesekala lari dari kebiasaan rendam lemon di dalam air kosong minum pada waktu pagi tidak susah mencuba sesuatu yang kita tidak biasa tetapi dapat memberi impak yang baik untuk  kehidupan . Sebagai contoh semua sedia maklum minum segelas air masak sejurus bangun pagi merupakan amalan yang bagus untuk awet muda mudahkan... ...tapi berapa orang yang dapat menjadikannya amalan berterusan? 



Antara kebaikan lemon 
Buah beralkali tinggi yang menakjubkan, lemon bertindak sebagai asid sendiri.
Keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri. 

Membantu masalah mengurangkan berat badan, untuk memastikan berat badan maintain bolehlah amalkan cara ini kerana lemon mempunyai khasiat serat pektin yang tinggi dimana ianya mampu melawan kelaparan. Alkali dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah.

Lemon bagus untuk mengawal tahap kolesterol dalam badan. Maka tidak hairanlah kepada sesiapa yang rajin mengamalkan minuman air lemon tahap kolesterol mereka adalah rendah.

Pembersih air kencing. Jus lemon membantu membuang bahan yang tidak di perlukan badan lemon meningkatkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa, apabila kerap membuang air bermakna banyaklah juga toksin yang di buang.

Mengelakkan dehidrasi. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi selain membantu menurunkan tekanan darah. 

Kaya dengan antiaksida dan menghalang perbagai penyakit berbahaya.

Amalkan semasa lunch minum air lemon/limau suam, sangat baik untuk mengelakkan kegemukan dan kebuncitan lupakan sirap ais, teh ais dsb.
Amalan abah aku yang sakit darah tinggi apabila makan durian  atau tersalah makan kepala akan berdengung leher menegang  abah akan perah air lemon/limau pekat untuk diminum ternyata cepat  melegakan.


Lemon yang telah di perah jangan buang sebaliknya gunakan untuk sapukan pada kulit wajah biarkan seketika kemudian bilas dikatakan dapat menghalus dan mencerahkan kulit. 

                                                     Minum lemon bersama madu.....

Sejak mula mengamalkan minum air lemon bersama air suam mahupun madu aku tak pernah pulak ambil tahu khasiatnya secara jelas......orang kata bagus so buat jer ler, wah tak sangka rupanya  banyak khasiat lemon, boleh dijadikan amalan berterusan. Jom sesama kita amalkan.....

No comments: