Thursday, 27 December 2012

Penjagaan Diri Untuk Seorang Wanita.....

Sebagai seorang wanita tidak kiralah yang telah mendirikan rumahtangga atau belum penjagaan kecantikan dalaman dan luaran amatlah penting, lebih-lebih lagi bagi wanita yang telah berkahwin. Selalunya sebelum berkahwin wanita sangat menjaga keterampilan diri,tetapi setelah bersuami tidak lagi menghiraukannya dengan alasan tak sempat, tak de masa tak itu tak ini ......

Tempuh berpantang 
Setelah melahirkan  adalah masa yang sangat penting untuk memastikan keterampilan terus terjaga. Tempoh dua bulan berpantang adalah peluang yang paling sesuai untuk mengembalikan bentuk badan yang asal ikutlah segala pantang larang yang menjadi amalan orang dulu-dulu seperti bertungku,bertanggas, berurut, minum air akar kayu serta makan jamu.

Dalam tempoh berpantang janganlah keluar merayap walaupun anda rasa badan telah sihat.....sebenarnya dalaman kita memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya
sayangilah badan anda kerana kesannya kita tidak dapat lihat sekarang. 


Setelah habis berpantang janganlah terus mengambil makanan yang berbisa, sejuk dan berangin  seperti ais, laksa, ikan pari,nenas, rebung, buah tembikai, dsb berilah tempuh paling kurang satu tahun untuk badan betul-betul kuat dan sihat.

Insyallah semua ini akan menjadi mudah dengan adanya disiplin dan keazamanyang tinggi untuk cantik.Jangan apabila badan sudah lari jauh dari bentuk asal baru hendak. menyesal. 

Jaga pengambilan makanan
Penjagaan awal sangat penting kerana untuk mengembalikan bentuk badan yang asal bukanlah perkara mudah sebenarnya ...sukar ok sukar......terutama melibatkan penyekatan selera makan.... ko mampu ke  tengok makanan yang sedap berlalu di depan mata ...tentu tidak bukan.... jangan makan mengikut kemahuan hati makan...makan dan makan...., sentiasa bersikap takut atau prihatin terhadap kenaikan berat badan.Sediakan satu timbangan dan timbanglah apabila perlu...supaya anda tidak terbabas jauh.....

Motivasi diri sendiri adalah lebih penting dari segala-galanya. Makanlah nasi hanya sekali sehari, malam memadai makan makanan yang tidak terlalu berat. Makan jangan terlalu lewat malam, pilihlah makanan yang seimbang setiap hari. Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilih makanan yang segar seperti ulam-ulaman.Kurangkan makan makanan proses, makanan segera dan minuman yang bergas. Perbanyakkan minum air kosong.

Amalkan pengambilan jamu untuk kesihatan dalaman
Untuk wanita yang telah berkahwin amalkan pengambilan jamu untuk penjagaan dalaman wanita. Sekarang ni terdapat banyak product pelbagai jenama di pasaran pilih je mana yang sesuai, kalau tak mampu yang mahal beli yang murah pendek kata pilihan terletak ditangan anda.

Antara kelebihan dan kebaikan makan jamu dapat menyuburkan rahim, mengatasi masalah keputihan, merapatkan faraj, memberi tenaga, mengurangkan keletihan, dapat membakar lemak, membuang angin dalam badan, mengurangkan masalah bau badan, dapat menyeimbangkan horman wanita, mengurangkan ketegangan sendi, otot dan sengal-sengal badan.

Sebaiknya untuk kelihatan awet muda hindarlah minum ais, makanan yang sejuk, berangin dan berbisa buat selama-lamanya.

Ingat badan kita bukan bakul sampah yang boleh dimuatkan dengan apa sahaja yang kita selerakan yang penting displin diri untuk memilih makanan yang sihat, diri anda adalah cara hidup yang anda amalkan....

No comments: