Sunday, 3 March 2013

Asam Pedas Ikan Jenahak





Bahan-bahan
1/2 ekor ikan jenahak
2 biji buah tomato
3 sudu cili kisar
6 batang bendi
1/2 batang bunga kantan
1 tangkai daun kesum
1/2 inci belacan
5 biji bawang merah - ditumbuk
1 biji bawang putih - ditumbuk
1/2 inci halia - ditumbuk
1 keping asam keping
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut

Cara-cara
Tumis bahan- bahan yang ditumbuk dan cili kisar sehingga garing bersama belacan
Masukkan air, apabila telah mengelegak masukkkan ikan
Masukkan asam keping
Apabila hampir masak masukkan bendi, bungan kantan, daun limau, daun kesum dan serai
Masukkan garam, sedikit gula dan sedikit bahan perisa
Apabila telah masak akhir sekali masukkan tomato dan tutup api

1 comment:

Umm AA said...

sedap nie...ikan jenahak takder lak kat sini..semua ikan besar2..