Monday, 28 January 2013

Cara Mengurangkan Stres Oleh Dr Bubbles

Cara Mengurangkan Stres Oleh Dr Bubbles
Dalam hidup ini semua orang mengalami masalah stres tak banyak sikit....tak sikit banyak..... dan apa yang penting cara kita menanggani stres tersebut, kerana jika silap langkah akan membawa mudarat dalam kehidupan. Moh kita tengok beberapa cara yang dapat mengurangkan stres. 
                                   
                            Tuan Iskandar yang berkelulusan Chemial Engineering 

          Memilih menjadi Badot sebagai kerjaya yang menghiburkan kanak-kanak    
        di hospital dan mangsa bencana alam dan terlibat dengan aktiviti sukarelawan.

                                                                Macam Aflin Syauki 

1. Ketawa
    Ketawa secara semulajadi atau ketawa yang dibuat-buat selama 15 minit sehari dapat 
    mengurangkan stress kerana ketawa merendahkan hormon stres( kortisol)
    Ketawa juga dapat meningkatkan hormon penahan sakit ( endorfin)
    Ketawa akan menyebabkan saluran darah mengembang dan membolehkan lebih banyak 
    oksigen disalurkan ke seluruh tubuh. Apabila kita stres, salur darah di dalam tubuh akan 
    mengecil. 
    Kajian di Jepun mendapati ketawa dapat meningkatkan melatonin dalam susu ibu, dan 
    mengurangkan alahan anak yang menyusu.

2.Makan limau
  Makan buah limau juga boleh mengurangkan stres.
  Menurut kajian yang dikongsi oleh Dr. Mehmet Oz, orang-orang yang mengambil 1000mg
  vitamin C sebelum mereka memberi ucapan, didapati tekanan darah dan kadar hormon 
  stres (kortisol) mereka menjadi lebih rendah.

3.Mencium bau buah mangga /lemon

   Mencium bau buah mangga yang masak ranum. Ia mengandungi linalool, sejenis bahan 
   kimia yang dapat meredakan stes. Selain buah mangga, buah lemon dan bungan lavender 
   juga mengandungi bahan kimia yang sama.

4.Makan Oat 
   Oatmeal boleh meningkatkan kadar serotonim dalam otak. Sirotonim adalah 
   neurotransmiter yang boleh membuatkan kita berasa tenang. 

5. Minum tea
   Kajian juga mendapati orang yang minum empat cawan teh ( black tea) setiap hari, 
   selama 6 minggu akan lebih cepat meredakan stres mereka dan mempunyi kadar hormon 
   stres kortisol yang rendah berbanding orang lain.

6.Kunyah chewing gum 
  Kajian juga mendapati dengan menguyah chewing gum kadar hormon stres kortisol    
  menurun sebanyak 18% dalam air liur kita. Menurut kajian itu lagi apabila kita menguyah, 
  pengaliran darah ke otak juga meningkat lalu membuatkan kita lebih cergas.

7.Mendengar muzik 
   Kajian dari University of California mendapati apabila kita mendengar muzik klasik 
   tekanan darah kita menurun lebih cepat dan kita lebih mudah relaks berbanding 
   apabila kita mendengar muzik pop atau jazz.
   Muzik boleh merangsang emosi positif dan merendahkan kadar hormon stres. Kajian yang 
   dilaporkan dalam journal of Advance Nursing mendapati pesakit yang mendengar lagu 
   kesukaan mereka berasa lebih tenang sebelum mereka menjalani pembedahan.

8.Menulis 

   Menulis mengenai peristiwa yang menyebabkan kita stress, (kira macam ko luahkan 
   segala perasaan yang tak puas hati atas kertas) yang dilakukan selama 20 minit pada 
   2 hari yang berbeza dapat mengurangkan stres kita.

9.Membuat kerja rumah
    Membuat kerja rumah seperti menyapu dapat meredakan ketegangan dalam diri, apabila 
    kita leka melipat kain atau membersih lantai rumah, corak pemikiran menjurus kepada 
    stres terganggu lalu merangsang tindakbalas relaksasi pada tubuh kita.

10.Mengurut badan
     Aktiviti mengurut badan dengan menggunakan kerusi urut selama 15 minit boleh 
     meredakan stres dengan menenangkan sistem safar simpatetik tubuh kita
     Alternatif yang lebih mudah golekkan sahaja bola tenis pada otot tubuh kita 
     dengan tangan bagi mendapat kesan mengurangkan stres yang sama. 

11.Berkebun
    Kajian dari Belanda menunjukkan berkebun boleh mengurangkan stres. Kajian itu 
    mendapati aktiviti berkebun dapat merendahkan kadar hormon stres ( kortisol) 
    malah, ia lebih rendah daripada aktiviti membaca buku.

12.Tidur sebentar (waktu tengah hari) 
     Pastikan anda tidur tidak melebihi 30 minit supaya anda bangun dengan segar sekali. 
     Jika lebih anda boleh berasa lesu dan pening akibat 'sleep inerti'. Tidur sebentar 
     membolehkan tubuh dan otak berehat sebentar dan boleh mengelakkan dari serangan 
     penyakit jantung ( oleh itu tidurlah walau hanya 15 minit )

13.Berdoa 
     Apabila kita berdoa untuk orang lain, ia dapat mengurangkan stres kita. Oleh itu 
     kalau stres banyak-banyaklah berdoa untuk orang lain ye. Orang yang mengaminkan
     doa juga dapat manfaatnya. Dalam islam sekalipun kalau kita stres kita akan berdoa 
     bermohon ketenangan kepadanya. 
     
14.Berfikiran optimistik
     Kajian terbaru dari Harvard School of Public Health risiko orang yang diserang sakit 
     jantung jauh lebih rendah berbanding orang-orang yang kurang optimistik dalam hidup.
     Kajian itu mendapati ia juga benar tanpa mengira faktor umur, berat dan tabiat 
     merokok.

1 comment:

Umm AA said...

Berkebun tuh betul..salah satu stress treatment yg baik..:)