Monday, 14 January 2013
Saya Tak Reti Masak......
Aku rasa semua orang pun tak reti memasak pada awalnya, tetapi jika ada keinginan untuk belajar maka semua yang kita rasakan susah akan menjadi mudah. Buang sahaja sikap malas dan rajin mencuba sudah pasti menjadi. Sedap atau tidak bukanlah ukuran, yang penting ada keinginan untuk mencuba. Insyallah jika semua yang kita lakukan untuk kebaikan ...seluruh keluarga akan mendapat manfaatnya.
Pernah dengar tak orang kata saya tak reti memasak....suami saya tak kisah makan kat luar...suami saya sporting.....tak masak pun tak pe tak marah.....wah bertuahnya kalau dapat suami macam tu, sebenarnya dari sudut lain anda adalah seorang yang rugi......rugi kerana anak-anak tidak dapat merasa air tangan seorang ibu begitu juga suami tidak dapat merasa air tangan seorang isteri. Sedangkan itu adalah tunggak kebahagian sebuah rumahtangga.
Ambillah peluang untuk memasak walaupuan sekali seminggu. Bila memasak jangan lupa bersalawat dan niatlah apa yang anda inginkan supaya anak-anak menjadi anak yang mendengar kata dan menapat kasih sayang suami berterusan. Memasaklah dengan penuh kasih sayang insyalah apa yang kita hidangkan akan mendapat barakahnya pada anak-anak. Semasa masak nasi jangan lupa bersalawat niatkan supaya satu keluarga bersatu hati dan dan sentiasa berkasih sayang. Jika kita tidak memasak maka terlepaslah peluang untuk berbuat seperti ini.
Anak-anak yang makan air tangan ibu lebih mendengar kata dan taat pada ibubapanya. Kerana apa sahaja yang kita masak masuk kedalam perut anak-anak pastilah berkat. Berbanggalah menjadi seorang ibu dan isteri yang dapat menyediakan makanan untuk seisi keluarga.
Pernah dengar tak petua orang -orang tua dahulu supaya anak -anak berkongsi cawan yang sama sewaktu makan supaya kelak kepandaian yang mereka miliki sama rata dan sentiasa berkasih sayang diantara satu sama lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
setuju sangat2...tp selalu lupa yg part nak berselawat dan niat ms memasak tu..yg gelas tu mmg kadang2 saya suruh diaorg kongsi...
Atuk sedara memang mengamalkan kongsi gelas untuk anak-anaknya yang ramai masa makan dan ternyata anak2 dia memang bersatu hati dan pandai2 semuanya
Post a Comment