Friday 11 January 2013

LAMPU GARAM BUKIT baik untuk kesihatan




         Kat rumah aku guna lampu garam macam ni walaupun rupa buruk tapi berjasa oulls 

Pengalaman sendiri
Aku ni memang pesakit sinus tegar sangat alah pada aircond, kipas dan kesejukan....tiap-tiap malam pukul 4 pagi akan terjaga sebab selsema, bersin dan hidung gatal-gatal selagi tak makan ubat selsema selagi itulah bersin kalau dibiarkan gatal tekak dan mata. Nak tak nak kena makan juga ubat bila dah makan ubat faham-faham sahajalah tentu mengantuk yang amat untuk bangun bekerja pada kulul 6 pagi. Macam tulah selalu....sehingga menjadi perkara biasa tetapi tersiksa. 

Masa birthday aku lily kasi lampu garam bukit sebagai hadiah sejak itulah aku mula pasang lampu garam 24 jam kat dalam bilik dan beli satu lagi untuk bilik Najla alhamdulillah dengan izin allah aku tidak lagi bersin dan selsema pada waktu malam. Yang seronoknya tak perlu lagi makan ubat ( saya manusia benci makan ubat). Najla pun selalu bersin samalah anak beranak dah keturunan sinus sekarang tak bersin lagi. Sekarang saya sudah bebas dari bersin, selsema dan gatal hidung. Ini bukan promote product lampu garam ok.... saje nak kongsi pengalaman diri sendiri tentang kebaikan menggunakan lampu garam bukit. Kalau nak ko cari kat kedai ada yang murah ada yang mahal, paling murah rm 15 hengget tapi upenya burukler......kalau nak yang cantik dengan berbagai rupa bentuk yang menarik mahaller sikit .....alah apa nak dikira sangat... yang penting elok untuk kesihatan betul tak....

Tips supaya bulb lampu garam tidak cepat terbakar
Guna bulb LED yang berharga rm 3.50 sen supaya tahan lama. Kalau guna bulb yang biasa agak murah rm 1.50 sen takut-takut ko tak tahan sabar asyik terbakar kang tak pasal-pasal ko campak lampu dalam tong sampah...ni cerita pengalaman sendiri pernah terjadi baru 2 hari bulb dah terbakar buat hangin je tak sudah-sudah beli bulb asyik terbakar je, tapi setelah aku guna bulb LED walaupun pasang 24 jam masih elok sampai sekarang.
Jika bulb terbakar cepat- cepatlah dapatkan gantiannya supaya batu garam tidak cair.


                          Comelkan family lampu garam ni ada bapak, mak dan anak 4
                                                                                                      
Antara kelebihan dan kebaikan lampu garam 
1.  Membantu mempercepatkan tahap pemulihan pesakit asthma dan stroke
2.  Menstabilkan dan meningkatkan kualiti dalam udara
3.  Membantu mengeluarkan sebahagian besar bakteria dalam udara
4.  Ion negatif dikenali sebagai vitamin udara
5.  Membersihkan udara debu debunga
6.  Menghilangkan bau yang kurang enak
7.  Menghilangkan pening dan migraine, resdung, demam panas, batuk dan selsema
8.  Mengurangkan tekanan serta keletihan 
9.  Memberi ketenangan di dalam kawasan rumah dan pejabat
10.Menjadikan tidur anda lebih lena serta segar apabila bangun dari tidur
11.Fikiran lebih fokus apabila melakukan ulangkaji 
12.Membebaskan segala ancaman radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh peralatan 
     letrik 

5 comments:

~ana~ said...

kak, lampu ni mmg kena sentiasa on 24 jam ke? mcm berminat nak cr since saya pun kul 3-4am mesti terjg sbb hidung tersumbat...sinus teruk sgt dah ni...

Unknown said...

ana lampu ni kalau tutup nanti air garam akan mengalir so akan rosakkan bulb, seeloknya tak perlu tutup, masalah kita sama cubalah insyallah sinus akan hilang...

apple69 said...

Bila tak nak on lampunya serkup lampu garam tu dengan plastik. Insya Allah tak cair garamnya. Saya dah lama tak guna lampu garam saya tapi masih elok lagi .Cubalah.

Anonymous said...

Saya sudah 8 tahun guna lampu garam. Alhamdulillah...
dulu bau bilik busuk..semenjak guna lampu niee..bau busuk dah x berbau...

@ d e p t said...

Boleh tak bagi gambar lampu LED yg puan guna sbb bila saya tanya kak kedai, dorg kata takde yang kecik, takut nanti kat muat dengan lubang pada garam tu.