Monday, 14 January 2013

Ayam Penyet yang pedas meletop...


Biasanya kalau nak makan ayam penyet kami akan pergi Restoran Ayam Penyet Wong Solo, sambal dia wow memang pedas yang amat. Sebelum ni pernah cuba buat en suami kata tak berapa menjadi sebab aku main agak-agak je ( konon macam pandai....) ok kali ni betul-betul buat ikut resepi...tapi aku hanya masak nasi biasa kalau ikutkan nasi ayam penyet berempah. Aku masak sup tauhu rasa tercekik kalau makan makanan yang tak berkuah. Manakala untuk ayam diperap dahulu, kukus kemudian goreng seketika barulah isi ayam menjadi lembut. Untuk resepi ayam penyet yang lengkap ko cari sendirilah kat google tak kosa nak taip panjang bebenor...aku cuma kongsi resepi sambal sahaja. 


                                                 
Resepi sambal ayam penyet 
Sambal 1
6 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
15 biji cili api
6 biji cili masak
1/2 inci belacan
ikan bilis
2 biji asam limau -perah 
Garam, gula dan serbuk perisa

Sambal 2
5 Biji cili masak ditumbuk kasar
1 biji bawang putih
Garam, gula

Cara-cara
Goreng ikan bilis dan tumbuk lumat
Goreng bawang putih, bawang kecil, cili masak, cili api dan belacan dengan minyak yg sangat sedikit 
Bila dan masak barulah kisar jangan terlalu lumat
Kemudian masakkan semula dalam kuali bersama ikan bilis yang telah ditumbuk
Sambal ni kalau buat boleh simpan lama so buatlah banyak sikit supaya lain kali leh makan dengan ulam- ulaman

2 comments:

Umm AA said...

salam..
belum pernah makan lagi..nampak mcm sedap yg awak buat nie..:)

Unknown said...

Nasi ayam penyet percubaan ke 2 lah ummu yang pertama tak berapa jadi....