Friday 31 January 2014

Dah boleh harap......

 Setiap kali adik lepas mandi kakak Aimi mesti nak tolong pakaikan baju, mula-mula agak kasar takut pulak terseliuh tangan adik tapi lama kelamaan dah ok.... tapi aku akan sentiasa perhatikan. Sambil pakaikan baju adik sambil mulut membebel dengan adik....macamlah adik paham apa yang dia cakap adik pulak diam jer memberi kerjasama. Bagusnya kakak Aimi rajin tolong mama.

                                          Mula-mula pakai stokin dulu yer adikkk....

Lepas tu pakai seluar

Sekarang kita pakai baju pulak....

Akak butang baju adik yer...

Ok dah siap.....

Friday 24 January 2014

Rezeki memancing...

Sekarang dah tak de alasan tak nak kasi en suami pegi memancing so bila dia gi memancing jer kita orang akan cakap bawak balik ikan besar yer.....alhamdulillah dapat seekor ikan jenahak, besar jugakla berat lebih kurang 3 kilo lebih. Lokasi memancing macam biasa dekat kolam air masin Pandamaran Klang. Bayaran untuk sekali masuk rm 60 masa dari pukul 12 hingga pukul 5 pagi.  Ikan yg ada dalam kolam ialah ikan siakap,jenahak,kerapu dan Kaci....kesemua jenis ikan ni en suami pernah dapat aku paling suka ikan jenahak. Ikan siakap tu bukan en suami pancing tapi kawan sepancingan ( ada ke ayat ni????) kasi.
Di sebabkan aku masih duduk rumah ma ikan jenahak tu buat sup hanya sekali masak jer maklumla ramai....kalau kat umah sendiri mau sebulan baru habis...



Besau..... ikan ni saye sukaaa.....


Masak sup seperiuk tak sampai petang dah licin.....

Thursday 23 January 2014

Arissa safiya 44 days

Seronoknya bila Arissa dah pandai senyum. Semoga anak mama sentiasa sihat membesar dengan sempurna dan dilindungi allah. 







Hai......mama Arissa pun dah habis pantang seronoknya...

Tuesday 21 January 2014

Berpantang...

Nak menghabiskan 44 hari tempoh berpantang rasanya gabai 44 bulan lama semacam. Berpantang kali ni aku udah derhaka hehehe dulu masa bersalinkan Aimi dengan Najla pantang giler2 memang taat sungguh ikut jer cakap ma...itu tak boleh ini tak boleh ....tapi kali ni tak pantang sangat.

Pada aku asal tak makan makanan yang menyebabkan gatal, sejuk, berangin dan berbisa cukuplah yang lain belasah jer ....tak perlulah pantang sampai melampau-lampau sangat macam orang dolu-dolu hanya makan ikan kering dengan nasi berulamkan halia muda nasi letak pulak lada hitam mana nak ada zat sedangkan kita menyusukan baby kenalah makan makanan yang berkhasiat. 

Dalam masa 15 hari selepas bersalin aku tak ambil sebarang jamu atau ubat herba untuk mengelakkan baby kena joundice alhamdulillah Asissa tak kena joundice.

Kalau berpantang sangatpun tapi lepas 44 hari minum minuman berais belasah makan macam-macam makanan serupa sia-sia jer berpantang betul tak. Ma selalu cakap sekarang ni boleh la makan macam2 semua sumbat sebab tak rasa lagi dah tua nanti baru tau.

Guna set bersalin Nona Roguy paling bagus Phytonatal untuk cuci perut dan memudahkan pembuangan selalu selepas bersalin mesti mengalami masalah sembelit ubat ni paling bagus.

Guna lotion Mustajab untuk sapu pada bahagian peha, perut dan pinggang sebelum berbengkung panas sangat....

Walaupun bersalin czer masih menggunakan bengkung tetapi selepas 20 hari 

Guna minyak mestika untuk sapu keseluruh badan terutama bahagian sendi-sendi supaya panas dan badan tak masuk angin

Untuk mandian rebus Rempah Harum Sari bersama daun-daun kayu bila mandi dapat memberi kesegaran dan menghilangkan bau badan 

    Rebus daun pandan, daun lengkuas, daun limau purut,daun jambu, daun inai jangan daun 
                                                          terup sudahhhh

        Dua hari sekali berlulur letak sikit madu untuk mengelakkan kulit menjadi kering 
                                                       selepas melulur

Dua minggu pertama makan ikan selar bakar, ikan haruan goreng dan ikan haruan masak sup walaupun tak lalu ku telan jua tapi hanya 2 minggu jer la lepas tu dah boleh makan daging dan ayam. Disebabkan tak boleh makan sayur ( badan sakit2) aku makan buah limau, epal dan anggur. 


Saturday 18 January 2014

Fobia ular

Penangan tengok citer ular lakonan Lisa dan Yusri budak-budak dalam rumah Tok Wan udah fobia nak gi toilet takut terkeluar kepala ular. Kebetulan nak dijadikan cerita masa Najla nak melepaskan hajat ternampak tah apa binatang kat dalam toilet bowl dia kata macam ular. ...hish tak kot....( saje nak sedapkan hati). Tok Wan kata mengkarung ....cam tak logik jer.....entah menatang apa sampai sekarang menjadi tanda tanya dalam kepala aku memang tak pikir lain mesti en U. ...tapi malas nak sebut. Yang kelakornya ada anak buah aku yang imaginasi udah terlebeh punyalah penakut dah buat hal melepaskan hajat kat atas lantai bilik air, apa lagi mengamuk la mak dia. Sejak hari tu aku dah tak guna lagi toilet tu nasibla rumah Tok Wan ada dua toilet. Najla memang sampai bila-bilapun tak kan guna. Minggu lepas ada yang post gambar ni kat Fb.Tak sangka pulak kejadian ni benar-benar wujud ingat dalam cerita jer. Tak dapat dibayangkan kalau diri sendiri yang mengalami.....mintak dijauhkan nauzubillah. ...

Friday 17 January 2014

Dapat lagi....

Wah.... murah rezeki en suami aku malam tadi gi memancing dapat ikan kerapu bosar. Ingatkan gi kerja rupanya memancing......kali ni dia pegi senyap2 tak kasi tau pon.......kalau kasi tau kang aku tak kasi.... alasan tunggu sampai habis pantang hari tu masa mengandung tunggu sampai bersalin tension en suami baik dia gi senyap2 hehehe. Penah jugak dia gi memancing tak dapat ikan bergantung pada rezeki la. Berat ikan kerapu ni 3.5 kg boleh masak macam-macam ni.

Karangan kakak Farah Aimi

Adikku si comel Arissa Safiya

Thursday 16 January 2014

Dah terjual...... Lega.......

Akhirnya ada jugak orang nak beli electric breast pump yang aku guna sekali jer....jenuh menunggu nak dapat 4 oz susu, bila pump jer sakit gilerr serius aku tak tahan bukan sahaja breast yang sakit kepala pun sakit, aku tak sesuai guna pump ni daripada simpan buat menyemak mata dan sakit hati sebab mahal(pada aku mahal la) baik jual jer rugi sikit pun tak pe rezeki orang yang beli tu la.

Wednesday 15 January 2014

Cara simpan susu ibu yang menjimatkan ruang

Disebabkan terlalu banyak susu aku kena cari cara yang terbaik dan selamat untuk menyimpan susu. Susu yang disimpan dalam freezer tahan 3 bulan jer dengan stok yang banyak ni tak terhabis Arissa minum rasa nak kasi jer kat sape2 yang memerlukan tak yah bayar pun kasi free jer(ada ke sesiapa yg sudi?). Aku rasa dengan cara ni dapat menjimatkan ruang dan jimat kos maka jadilah aiskrim malaysia perisa susu ibu. Kesian tengok ibu2 yang tak de susu sampai kena ambil supplement tambahan untuk menggalakkan pengeluaran susu ibu sedangkan aku sampai terlebih-lebih. Apa yang pasti susu ibu adalah anugerah dari Allah.

Arissa safiya 30 hari

Sekejap je Arissa Safiya dah sebulan berat bertambah hanya 1 kilo jer, dia tak berapa kuat menyusu sedangkan susu mamanya melimpah ruah. Baby girl memang macamtu yang penting anak mama sihat. Yang seronoknya dia dah pandai senyum bila kita panggil. Mamanya pulak turun berat sampai 10 kilo sedangkan makan banyak lapor memanjang. Itulah kebaikan menyusukan anak, cepat turun berat badan.  Ni masa gi cucuk sebulan.

                     Abah nak cekelat boleh..... cucuk dulu nanti abah belikan ye...

Masamnya anak mama

Tuesday 7 January 2014

Demam Bengkak Susu...

Bila berpantang inilah perkara yang paling aku tak sanggup nak hadap. Setiap kali bangun pagi sakit bahagian ketiak dan kepala berdenyut nak bangunpun susah breast berat dan keras merening bengkak penuh susu. Dah cuba beberapa pentua untuk kurangkan sakit dan bengkak namun langsung tidak berjaya antaranya letak kobis, tuam dengan tuala panas dan urut dengan sikat.

Setiap kali nak pam susu, kena makan panadol dulu barulah boleh pam sebab tak tertanggung sakitnya .....sambil pam sambil menitis airmata..... memang menyiksakan. Beli pam elektrik langsung tak berguna bila nak pam sakit yang amat dah la aku sakit lagi bertambah2 sakit.....pulak tu nak dapatkan 2oz jenuh menunggu.... harga Rm 500++ buat rugi jer beli.

Kebetulah nurse datang rumah dia kata cuba letak RAGI supaya breast jadi lembut so senangla nak perah. Akupun cubalah ternyata memang sangat berkesan. Caranya ambil sebiji RAGI bancuh dengan air macam buat bedak sejuk tempek-tempekkan kat breast dan bawak ketiak yang sakit biarkan sampai kering bila dah kering cuci semula barulah perah susu langsung tak sakit alhamdulillah dah temu jalan penyelesaian.

                                                          Ragi

Disebabkan pam elektrik  langsung tak berjasa ma suruh aku try pam Manual Avent adik aku, bila cuba sukanya hati memancut2 susu kuar malam tu jugak aku suruh en suami gi beli pam yang serupa tapi rugi sikit kalau beli online seratus lebih jer kat kedai RM 300 tak kisahla yang penting aku dapat pam susu dengan banyaknya dan tak sakit lagi. Bangun pagi aku dapat pam 10 oz susu. Satu hari lebih dari 10 kali aku pam susu. Seronok sangat stok susu dah banyak.
                 

Monday 6 January 2014

Edit Gambar Lama....

Saje isi masa lapang edit gambar-gambar lama guna Lightroom Preset cantik jugak hasilnya ni gambar masa raya haji empat tahun lalu kat Sitiawan.










Thursday 2 January 2014

Kesiannya dia.....

Dah lama tak dapat baby memang pening mula-mula nak paham kerenah dia. Siang Arissa tidur sepanjang hari bisinglah macam mana pun dia takkan terjaga tapi bila malam mama udah pening kepala tak tau nak buat macam mana kalau dia menangis tak mau tido. Udah kasi susu, kasi puting....sapu ubat kat perut ( kot2 kembong perut) masih nangis bila buai masih tak mau tido masa ni memang menguji kesabaran..... aku pulak jenis tak boleh tido siang so bila malam kol 10 dah mengantuk tapi macam mana nak tido Arissa asyik menangis jer...aku mulala pikir yang bukan2 udah masuk jin ke hape anak aku ni....kalau dia buat hal dari kol 10 mlm sampaila kol 3 ke 4 pagi barulah tido adoiii ujian sungguh kalau macam ni bukan anak jer nangis dengan mak pun leh nangis penat sungguh kesian Arissa dia pun penat menangis....cepatlah besar sayang mama leh kurus kalau selalu macam ni...

Akhirnya jumpa satu cara yang boleh buat dia berhenti menangis kasi dia hisap puting botol susu rupanya dia nak menyonyot sebelum tido ....