Saturday 31 January 2015

Demam

Aimi dan seminggu demam budak penakut makan ubat memang payah la nak sembuh setiap kali makan ubat mesti muntah dah macam mana sebijik ikut mama penakut makan ubat. Disebabkan dah banyak kali muntah kena admit jugak sekejap untuk drip pengalaman pertama kena cucuk menjerit la jugak semoga anak mama cepat sembuh....demam2 pun makan tetap selera:)


Wednesday 21 January 2015

Ragam Mek Cha....

Suka tengok keletah mek cha macam2 dia buat walaupun bersepah dapor dia kuarkan barang2 dalam kabinet tapi aku suka tengok gelagat kuat menyepah yang 'comel'tuh tengok ni Mek Cha main basen pas tu masuk dlm basen mentang2 kecik muatlah....kakak tukang amik gambar gelagat adik...

Sunday 18 January 2015

Majlis bacaan yasin sempena jubli perak

Minggu lepas pergi majlis bacaan yasin sempena sambutan jubli perak ofisku semua staf wajib hadir. Balik kerja terus ke Masjid Negara majlis selesai hampir sepuluh malam. 

                               

Tenang disini


Bergambar kenangan bersama kawan2



Alahai sucinya muka...

Monday 12 January 2015

Rumahku syurgaku...

Inilah rumahku syurgaku yang aku tinggal selama hampir enam tahun kini hanya tinggal kenangan......alhamdulillah dah jual sayang pulak rasanya sedih pun ada tapi tiada pilihan lepas ni kami nak pindah Sitiawan mulakan hidup baru di kampung pulak. Beruntung pasangan muda yang beli rumah ni sebab kami memang jaga rumah dengan baik tak sangka pulak dia berminat dengan perabut sekali. Kalau diikutkan hati nak bawak semua perabut tapi en suami kata payah jauh nanti barang2 rosak baik jual jer so terpaksalah merelakan walaupun hati tak berapa nak rela sebenarnya sebab semua perabut adalah mengikut citarasa aku.  

                                                    Ruang tamu






Mek Cha jadik model

Ruang yang paling aku suka sebab sebelum kuar umah belek muka kat sini dulu...

Laluan kebilik2

Bilik anak dara

Study room 

Master bedroom 

Kitchen 

Balcony

Bilik ayor 1

Bilik ayor 2

Kini semua hanya tinggal kenangan ......

Saturday 10 January 2015

Aktif...

Arissa sekarang makin aktif tak padan dengan halus lepa2 dah ada atas katil bilik kakak bukan saja panjat katil habis segala barang yang ada dia selongkar.

Monday 5 January 2015

Back to school

Kakak Najla dan Kakak Aimi mula sekolah hari ni mek cha pun sibuk nak gi sekolah jugak tengok tu kemain bergaya dengan beng upin &Ipin.



Mek cha yang suka mengubang 

Ni dah kenapa mek  Cha

Friday 2 January 2015

Tahun baru imej baru

Dah bosan pakai spek lama rasanya dah 4 tahun tak tukar cari punya cari akhirnya ada gak yang aku berkenan lebih kurang Najla punya. Dulu aku memang suka spek bingkai hitam akak rasa pakai spek ni nampak mudo sikitlah hihihi.....masuk 40 aku sudah rabun dekat so spek ni utk rabun dekat jugok....alohai udah tua itu  kenyataannya.....


Thursday 1 January 2015

Jiran....

Cerita sedih beberapa hari lalu hari ni baru sempat nak share. Kisah ini tentang jiran sebelah rumah yang aku panggil kakak. Hampir enam tahun tinggal disini kami jarang bertegur sapa kerana jarang sekali bersua muka namun setahun sekali kami akan undang kak liza dan family untuk jamuan raya itupun jika buat tapi sudah 2 tahun tak buat maka secara tidak langsung aku sudah 2 tahun tidak borak2 dengan kakak masing2 dengan hal masing. Beberapa bulan lepas aku perasan tak pernah dengar suara kakak, kakak selalu balik lewat dan setiap kali pulang akan memberi salam sebelum masuk rumah aku rasa pelik dan bertanya kepada en suami ada nampak kakak tak. ...en suami kata kakak sakit jatuh di ofis dan bercuti panjang. Bila dengar kakak sakit aku memang nak pergi melawat tapi segan nak melawat ( sungguh tidak patut aku sangat2 menyesal sebenarnya) inilah yang dipanggil malu tidak bertempat....(ya allah ampunkan aku).

Hari selasa setelah sekian lama aku terserempak dengan abang Din suami kakak entah kenapa tiba2 mulut ringan nak bertanya bang kakak sihat? Abg Din kata dik kakak dah tiada.......inalillahi Wainailaihi Rojiun......aku tersentap seketika....ya allah....ya allah....ya allah...satu perasaan yang sukar aku gambarkan.....abg Din kata kakak meninggal hari khamis 25/12/2014 DI HUKM kerana sesak nafas dia kata nak kasi tahu aku tiada dirumah....dan no tel pun tiada sebab dia tukar phone. Bermakna setelah beberapa hari kakak pergi baru aku tahu.

Semoga kakak ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. ...Al Fatihah....