Tuesday 29 April 2014
Malam Raikan Cinta.....
Dinner ofis tema raikan cinta ramai jugak kengkawan yang sangat sporting pakai baju kawin dengan pasangan masing2. Kalau aku nak pakai baju kawin masih muat tapi disebabkan en suami tak pegi so tak delah nak beriya2 sangat.... pakai baju biasa2 jer. Pergi dengan Najla dan Aimi....Arissa si kecik tinggal kat ma rasanya tak sesuai pegi majlis macam ni nak bawak baby. Majlis tak lah meriah sangat. ....biasa2 jer tak de artis undangan pun.Tapi yang paling best kat ofis aku ni setiap staf yang datang akan dapat cabutan bertuah semua tak balik dengan tangan kosong masing2 ada hadiah.
Saturday 26 April 2014
Nasi lemak buah bidara......
Gara-gara sayang nak buang santan lebih buat mee kari petang semalam maka pagi ni kami makan nasi lemak.....gerun pulak rasanya makan berlemak dua tiga hari ni. Disebabkan aku masih berpantang tak boleh makan timun dan kangkung jadik gantikan dengan salad. Najla tukang perap dan goreng ayam tah apa mimpi rajin hari ni sedap la pulak ayam tu rasa ala2 berempah dia letak rempah kari sikit masa perap ayam ni mesti ikut resepi Tok Wan.
Mee Kari Udang
Malam ni dinner makan mee kari udang nak perabis udang yang ada lagipun dah lama tak masak mee kari aku tak berapa minat mee kari tapi peberet en suami. Mee kari ni ala-ala mee kari nyonya letak serai, sedikit daun kesum dan masa nak menumis tu letak sedikit rempah kurma bersama rempah kari. ( resepi dah ada carik sendiri lah yer....)
Yang ni en suami punya
Yang ni en suami punya
Yang ni Najla punya
Thursday 24 April 2014
Udang Galah Teluk Intan
Malam ni aku masak lemak udang galah, en suami pancing nun jauh kat Teluk Intan, nak kata banyak tak banyak.....nak kata sikit tak sikit bolehla tiga kali masak. Disebabkan nak makan udang fresh punya pasal memalam pun sanggup bergulai bagai maaf lah yer jiran atas....jiran bawah. ...jiran kiri. ...jiran kanan memalam ni memekak menumbuk mengganggu ketenteraman awam. ..tahan la sikit telinga tu yer bukan selalu pun......kalau masak esok dah tak fresh lagi la kan.
Monday 21 April 2014
Bila budak bam bam melaram......
Mesti semua perasan sekarang Aimi dah bam bam mana tidaknya asyik nak makan jer kalau makan bukan sepinggan ok apa barang sepinggan banyaknya kalah abah dia makan. Sehari 3 kali makan nasi kekadang tu kalau lauk yang Tok Wan masak sedap kena dengan selera siap bawak bekal gi sekolah agama maknanya 4 kali sehari makan nasi. kalau weekend mama dia masak lagilah makan tak hengat tak habis-habis puji sedapnya mama masak ...sedapnya mama masak mek nak makan lagi boleh........gitulah selalu.....
Tengoklah dagu dia dah berlapis-lapis tang perut jangan cakaplah tah berapa lapis. Bila orang cakap dia gemuk mulalah nak diet tapi setakat cakap mulut jer la nampak jer nasik hilang segala hangan-hangan nak diet tu. Semua seluar jeans dia dah tak muat so terpaksa pakai seluar kakak kalau diikutkan sama saiz baju dan seluar dengan kakak cuma kakak tinggi sikit jer. Yang kelakornya bila dia nak jugak pakai seluar jeans memang boleh masuk la tapi lepas makan udah sengkak tak boleh bernafas. Aimi satu hal tak pernah heran dengan KFC,Pizza atau MCd kekadang bengang jugak disebabkan dia kena masak nasik lauk telur goreng pun dah buat dia selera dan makan bertambah-tambah. Kitaorang makan apapun ok janji kenyang tapi dia nak nasik jugak....
Ni foto masa pegi dinner ofis dia masuk pertandingan baju pengantin
Tengoklah dagu dia dah berlapis-lapis tang perut jangan cakaplah tah berapa lapis. Bila orang cakap dia gemuk mulalah nak diet tapi setakat cakap mulut jer la nampak jer nasik hilang segala hangan-hangan nak diet tu. Semua seluar jeans dia dah tak muat so terpaksa pakai seluar kakak kalau diikutkan sama saiz baju dan seluar dengan kakak cuma kakak tinggi sikit jer. Yang kelakornya bila dia nak jugak pakai seluar jeans memang boleh masuk la tapi lepas makan udah sengkak tak boleh bernafas. Aimi satu hal tak pernah heran dengan KFC,Pizza atau MCd kekadang bengang jugak disebabkan dia kena masak nasik lauk telur goreng pun dah buat dia selera dan makan bertambah-tambah. Kitaorang makan apapun ok janji kenyang tapi dia nak nasik jugak....
Ni foto masa pegi dinner ofis dia masuk pertandingan baju pengantin
Menunggu pengantin lelaki yang tidak kunjung tiba
Thursday 17 April 2014
Deko-deko kek
Kat ofis ada pertandingan deco kek tak pernah sehayat idup deco kek sajelah nak cuba bukan berbayor pun bawak badan dan bakat terpendam jer (eh ada bakat ke?). Tak sangka hasil kretiviti kawan2 kite (bukan kite) sangat hebat dah macam tahap profesional cuma kek kite jer yang tah hape2. Mula2 rasa susah jer nak deco kek tapi bila dah buat sendiri rasa bersemangat pulak nak pergi belajar deko kek bukan apa nanti boleh buat sendiri kek birthday untuk anak2 mesti diorang bangga mama dia boleh buat kek birthday sendiri kan. Bila dah pandai bolehla buat kek bertengkek-tengkek macam2 pesen pun boleh. Korang janganlah gelak tengok kek kita yang sangat kelakor ni baru pertama kali ok...
Kek hentam sajalah kalau 10 markah berapa lah agaknya kek ni layak dapat ek...nampak sangat tak berseni langsung orang yang buat kek ni kan...
No 1 hebatkan....
No 2 saye suka kek ni sangat kreatif
No 3
Kek ni sangat istimewa sebab yang membuatnya peserta lelaki
Tuesday 15 April 2014
Senyuman pengubat rindu.....
Alahai rindunya pada si kecik Arissa pertama kali berpisah kena gi kursus ni foto umi whatsApp lepas rindu mama. Kakak Aimi tak sekolah dah 3 hari demam. Amboi sukanya dia.
Sunday 13 April 2014
Mee Udang Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam
Hari Sabtu balik Kampung singgah makan kat Medan Selera BNO. Masa kami sampai pagi kedai baru buka so tak ramai orang. Aku jarang buat entri pasal makan2 kat luar tapi kali ni nak citer sebab rasa cam istimewa sikit menu kat sini. Malaslah nak citer cara nak pegi sini korang pegi tengok blog orang lain la ek. Aku cuma nak citer pasal nasi goreng yang selambak udang dengan kerajinan akak mengira udang tu adalah dalam 10 ekor sepinggan jenuh pulak nak mengopek. Selain nasi goreng kitaorang makan Mee Udang rasanya pun sodap. Dari segi harga sangat berpatutan RM 6 sepinggan same jer harga mee udang dan nasi goreng.
Nasi Goreng Udang Tersusun akak yang susun udang ni yer ....
Mee udang
Kerang Bakar
Budak DBKL segala makanan tak habis dia kasi licin....
Sambil makan di sajikan dengan pemandangan pokok-pokok kering
Pantai yang surut
Ada jual layang-layang
Sekian
Thursday 10 April 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)