Tuesday 30 September 2014
Dan akhirnya.....
Mula dah.....
Sekarang Arissa dah langkah panjang....boleh meniti,panjat sofa, bangun berdiri tapi hanya beberapa saat dan mulut bising ada jer yang dia bebelkan tak reti diam tok wan kata peramah dah besar nanti macam mama dia la tu...tapi gigi tak tumbuh lagi tang gigi lambat pulak.
Tak boleh berpisah......
Alahai geram tengok gaya Arissa tido dengan si putih kemain nyenyak dok menepek kat atas si putih yang gebu. Tengok tu sampai ternganga mulut dengan bibir yang cekci. Kalau dapat tengok dia tido dengan gaya menonggeng macam ni boleh gelak sorang.....comey sangat.
Monday 29 September 2014
Kuey teaw goreng
Ketuk 5 ulas bawang putih.
2 sudu cili giling
8 ekor udang
3 sudu cili sos
2 sudu tomato sos
5 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
Isi ayam ikut suka byk mana
Daun kucai
Daun sup
Taugeh ( tak suka)
Cara-cara
Mula2 sebelum masak bancuh dahulu sos tiram, sos cili,sos tomato dan kicap dalam satu bekas bersama 1 sudu gula biarkan selama setengah jam atau lebih
Tumis bawang putih
Masukkan cili giling
Masukkan udang dan ayam
Masukkan sos2 yg telah dibancuh tadi
masukkan 1 sudu sos ikan
Masukkan sedikit air ( jika hendak yang berkuah)
Masukkan telur
Masukkan kuey teaw kacau rata
Ikan sebelah masak stim chinese style
Saturday 27 September 2014
Rendang Daging Negeri Sembilan
Rendag negeri sembilan langsung tidak menggunakan bawang
Friday 26 September 2014
Mashed potato untuk karnival amal
Seawal 5 pagi dah bangun masak mashed potato untuk jualan karnival amal sekolah Najla. Disebabkan tak ada periuk besar so kena masak 3 kali untuk dapatkan 150 bekas. Duit hasil jualan akan didermakan kepada sekolah untuk buat dewan.
Dinner
Hari ni sampai ja rumah makanan telah terhidang en suami masak ikan susu bakar(pernah dengar tak ikan susu?) cicah air asam dan sayur kailan masak sos tiram.
Tuesday 23 September 2014
Rutin...
Susu kambing aku mesti minum 2 paket sehari pagi dan malam. Sebagai ibu yang menyusukan memerlukan kalsium yang cukup. Kalau tak minum susu tulang belakang akan rasa sengal- sengal. Aku tak suka ambi pil kalsium kerana panas nanti kena ulser dalam mulut.
Vitamin E aku ambil 2 biji sehari untuk melancarkan pengeluaran susu selain elok untuk kulit, kulit badan menjadi lembap manakala kulit muka lebih cerah dan tidak kusam.
Jus hidayah yang ni aku ambil masa bulan puasa pada mulanya terpengaruh dengan iklan kat TV tapi bila cuba sendiri alhamdulillah dengan izin Allah badan segar sepanjang sehari berpuasa kalau tak minum badan letih sangat yer la pam susu macam biasa sedangkan tak makan dan minum disiang hari. Selepas rasa sendiri kebaikannya sampai sekarang aku masih mengamalkan minum 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.
Jus delima aku amalkan sejak mengandungkan Arissa tapi yang ni kekadang tak minum sebab masam sangat. Bila baca kebaikan mengamalkan jus delima ni aku mula minum balik setiap hari 2 sudu pagi dan 2 sudu malam.
Kacip Fatimah Orang Kampung setiap hari setin atau 2 tin kalau minum kacip fatimah ni tak perlu lagi abil jamu atau majun badan akan rasa ringan dan lebih bertenaga sepanjang hari. Kacip Fatimah Orang Kampung ni aku dah minum 15 tahun lalu memang terbaekkk.